CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2998|Reply: 5

Special ID setanding Ip Man?

[Copy link]
Post time 14-10-2013 11:43 AM | Show all posts |Read mode



SELEPAS berehat daripada industri perfileman aksi moden, Donnie Yen, 50, kembali menerusi filem terbarunya, Special ID yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Asia pada 18 Oktober ini.

Sehubungan itu, peluang bertemu pelakon tersohor Hong Kong tersebut ketika dalam rangka promosi filem itu di Malaysia baru-baru ini tidak dipersiakan.

Aktor berkenaan menjadikan Malaysia sebagai titik permulaan promosi filem tersebut sebelum ke negara Asia lain.

Special ID mendapat sentuhan istimewa daripada Clarence Fok selain turut membariskan pelakon hebat lain seperti Andy On, Zhang Hanyu, Collin Chou, Ronald Cheng, Tian Jing dan Paw Hee Ching.

Ia mengisahkan kehidupan seorang pegawai polis yang terpaksa menyamar sebagai gengster kerana melakukan tugasan pengintipan terhadap sebuah kumpulan kongsi gelap.

Menceritakan mengenai filem aksi terbarunya itu, bintang Seven Swords itu memberitahu, dia lebih suka berlakon dalam filem aksi moden berbanding filem aksi sejarah.

“Gaya berlawan dalam filem aksi moden lebih bebas berbanding aksi sejarah. Ia juga tidak menyebabkan saya terikat dengan watak,” katanya pada sidang media promosi Special ID, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, filemnya kali ini, memaparkan jalan cerita realistik selain padat dengan seni mempertahan diri dan aksi tangkas Yen Kung Fu.

“Saya sendiri atur koreografi untuk babak aksi setiap pelakon malah saya melakonkan sendiri babak aksi tanpa bantuan pelakon lagak ngeri," ujarnya.

Dalam menjayakan wataknya kali ini, Donnie berkata, dia terlebih dulu mengkaji kehidupan gengster supaya dapat merealisasikan lakonannya seolah-olah semula jadi.

"Saya buat kajian  untuk dapat 'mood'. Malah, bagi menunjukkan diri saya seorang gengster, lukisan tatu juga ada di leher, tangan dan badan saya,"katanya.

Bahkan, Donnie turut mempertingkat tahap kredibilitinya dengan menjadi pengarah aksi dan filem pertama yang menampilkan dia sebagai pelakon sekaligus pengarah aksi ialah Fist of Fury (1994).

Kini, melalui Special ID pula, dia kemudian terlibat sebagai pelakon, pengarah aksi dan penerbit. Ternyata gabungan peranan itu memberinya satu pengalaman baru.

“Akibat tiga peranan itu, saya hanya dapat tidur tiga jam sehari. Seluruh badan saya mengalami kecederaan, tetapi itu semua adalah rutin bagi seorang pelakon aksi Hong Kong.

Kesinambungan aksi mantap

Sejak 80-an, Donnie sudah terlibat dalam dunia perfileman Hong Kong.   Donnie diberi kepercayaan membawa watak penting dalam filem pecah panggung seperti Tiger Cage (1988), In The Line Of Duty (1984) dan Tiger Cage 2 (1990) yang membuat reputasi lakonannya menjadi perbualan hangat. Kemudian babak pertarungan  antara Donnie dan Jet Li dalam filem Once Upon A Time In China lebih membanggakan apabila Donnie meraih pencalonan Aktor Pembantu Terbaik untuk Hong Kong Film Awards 1992.

Aktor ini juga muncul dalam filem-filem aksi pecah panggung sebagai pelakon utama termasuklah Dragon Inn (1992), Butterfly And Sword (1993), Iron Monkey (1993) dan Wing Chung (1994).

Menjelang era milenium pula Donnie muncul dalam filem-filem pecah panggung seperti Hero (2002), Shanghai Knights (2004), Seven Swords (2005), The Ip Man 1 (2008), The Ip Man 2 (2010) dan The Lost Bladesman (2011).

Bagaimanapun, lakonan berkesan Donnie dapat dilihat menerusi filem The Ip Man (2008) sehingga berjaya memenangi Pelakon Lelaki Terbaik dalam Beijing College Student Film Festival malah filem itu juga memperoleh Anugerah Filem Terbaik dalam Hong Kong Film Awards ke-28.

Walaupun berlakon kembali dalam sekuel keduanya, The Ip Man 2 (2010), aktor itu bagaimanapun menolak untuk berlakon lagi dalam filem berkenaan pada masa depan.

“Saya memahami bahawa peminat amat menyukai saya melakonkan watak Ip Man lagi. Saya memang menyukai watak Ip Man seperti yang saya bawa secara berkesan dalam dua filem sekuel sebelumnya.

“Saya tidak mahu membawa watak stereotaip lagi. Saya mahukan kelainan. Sebab itu, setiap filem lakonan saya akan ada pembaharuan. Saya mahu tunjukkan peningkatan dalam setiap lakonan,” katanya.

Suka genre komedi?

Bagaimanapun, peminat fanatik Donnie, pasti terkejut besar apabila berpeluang menonton filem lakonannya, All’s Well Ends Well 2011.

Merupakan filem genre komedi pertama lakonannya, Donnie bukan sekadar perlu melakonkan karakter komedi, tetapi lebih mencabar dia menjelma sebagai Cheng Yue Keung, seorang lelaki lembut yang memiliki kerjaya sebagai seorang jurusolek!

Sebagai seorang pelakon profesional, Donnie menganggap tawaran yang diberikan oleh pengarah filem itu, Raymond Wong sesuatu yang tidak boleh ditolak lagi.

Malah, apabila dia bersetuju untuk membintangi filem itu, Donnie sudah berikrar tidak akan mengecewakan Raymond yang sanggup mengambil risiko menampilkan Donnie untuk karakter jurusolek lembut itu.

“Saya tidak boleh kecewakan Raymond kerana ini adalah kali pertama dia menawarkan saya watak komedi. Saya berharap saya telah melakukan yang terbaik untuk menjayakan watak ini,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2013 12:36 PM | Show all posts
donnie yen nie da umur 50 kaaaa???aku igt muda lg...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tgk lakonan dia..hebat
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 04:38 PM | Show all posts

me suka donnie yen ni harus me pergi tgk citer ni

tak sangka plk dia dh masuk 50tahun
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 09:50 AM | Show all posts
Suka tgk blakon...wpun x sefamous jackie chan, tp dia salah sorg yg aku minat....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 10:08 AM | Show all posts
wah dh 50thun upenyer. msih bertenaga lgi tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.263421 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list