CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37128|Reply: 150

[BEST]Mistikusnya seorang kawan

[Copy link]
Post time 29-8-2013 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Salam.

Aku ada sorang kawan. Nama betul yg disamarkan ialah Abdul Khutub Bin Mohd Awang... orang kampung panggil Joaquin...

Joaquin dengan aku ni kira sebaya. Aku muda setahun. Tapi sekolah, tadika, sekolah agama, semua sekali. Umahnya selang 2 bijik je dr umah aku. Memang rapat, sampai sekarang.

Dia ni normal je klu sekali atau dua kali imbas. Tapi dia ni menderita sejak kecil yg kitorang anggap sebagai SAKA. Macam2 ustaz, ustazah, bomoh, dukun, tok batin dipanggil merawat, beribu-ribu RM habis, tapi macam tu jugak.

Aku bentangkan observation aku akan si Joaquin nih sebentar lagi.

Sikalang wa mau angkat loli pigi kija dulu... soli soli... Last edited by medangmru on 26-10-2013 08:41 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2013 10:18 AM | Show all posts
hek eleh.....mengaharap je kau ni..


cepat sikit
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 12:07 PM | Show all posts
Rasanak tergelak plak baca nama Khutub panggil Joaquin

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 02:13 PM | Show all posts
lamenye.. lajula sket bawak lori tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 02:26 PM | Show all posts
tayar lori pancit kot
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Abg loli cepat balik kasik cite:lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2013 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts


Wah..sgt bercirikan telenovela...
hero nama  joaquin...
Sidekick...jodokast...
Harap ada heroin nama jezebel...

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2013 07:48 PM | Show all posts

ini cerita betul ke cerita T.I.P.U
Semacam je nama member tu kemainnnn lagi nama sebenarnya kampung je
sekali nama semaran tak menahan urban bebenor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-8-2013 10:38 PM | Show all posts
OBSERVATION:

1. Joaquin berjalan sewaktu tidur. Dan boleh bercakap sewaktu tidur.
2. Opahnya pernah bercerita yang Joaquin pernah dilihat tidur dalam keadaan bersila diatas katil, dan TERAPUNG beberapa inci diudara!
3. Joaquin kerap diserang sawan.
4. Joaquin juga pernah hilang dari rumah, kendian dijumpai di kuburan atau ditepi perigi rumahnya.
5. Joaquin juga selalu dirasuk sesuatu, jika dirasuk, dia bertindak agresif dan menjadi kuat seperti the incredible hulk. Pernah Joaquin bertindak menendang pintu kete abahnya tatkala dirasuk sehingga kemik beyond repair. Pernah juga beliau dalam keadaan dirasuk itu menempeleng tok bomoh yg cuba mengubatinya sehingga bertaburan gigi dan pengsan orang tua itu bermalam hampir sebulan di spital sebab skull ada crack sket. Juga sebatang pokok mangga yang sebesar betis batangnya tumbang dek kene penerajang sulung Joaquin. Pokok mangga bapak aku tanam plak tu. Bengkek je pak aku.

Nanti aku sambung pengalaman menakutkan yg aku alami bersama Joaquin.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 12:18 AM | Show all posts
TT cepat sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 12:27 AM | Show all posts
popcorn dengan air dah ready. tunggu citer dari TT pulak.. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 12:32 AM | Show all posts
sebaya tapi muda setahun....hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 12:46 AM | Show all posts
aduhhhh kesian pokok mangga tu tiba2 ja kena terajang, dia tak bersalahhhh!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 01:25 AM | Show all posts
muda setahun dh x sebaya lah..hehe.. apepon, lagi2..
McM best jek.. watak utama nama pun cm dlm telenovela..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2013 07:52 AM | Show all posts
PANGLAMAN #1

Masa tu kami sekolah lagi, dia form5 aku form4. Lepas maghrib aku pegi la umah dia, nak pau dunhill dan nak ajak dia gi umah member sorang lagi main karom. Dia ada motor aku xde. Sampai kat umah dia, nampak dia tengah TV. "Sunyi lah umah ko nih. Mna derang?" "Keluar." Jawab Joaquin ringkas.

"Jom aaa gi umah Guillermo main karom. Boring ar". Joaquin diam jer. Matanya tepat memandang penyampai berita RTM yang didalam TV itu. "Jom ler. Siot la ko aku ckp wat dek jer." Tetiba Joaquin memusing kepala dan merenungku tajam. Ah sudah, lain macam je mangkuk nih.

Demi mredakan situasi, aku terus mencapai kotak dunhillnya sambil berundur ke belakang sikit. Joaquin pun menyambung meningok berita. Sedap menyedut asap rokok, tetiba Joaquin bingkas bangun dan menerpa kearahku. Cuak aku sampai tercampak dunhill tu. Joaquin betul2 mencangkung depan aku. MUkanya dengan muka aku jarak kurang sejengkal. Matanya merah memandang mata aku. Cuak betul aku. Begitu mencuakkan.

Tetiba Joaquin bersuara "Raul, ko hisap dunhill kat luar umah boleh?" Dan dia terus ke depan TV, menyambung sesi penontonan berita RTM itu.

Aku pun kuar la sambil sempat mengutip dunhill dilantai. Sambil bertenggek kat motornya di luar umah dan kusyuk menyedut dunhill, tetiba Joaquin ketawa tahap gila babeng punya. Terus meremang bulu aromaku mendengar ketawa x normal Joaquin. Rasa nak lari balik umah pun ada, tapi dia sorang je kat umah, kang ditinggal tah apa yg dia buat nanti. Aku pun pelan2 bejalan menuju ke pintu dengan niat menyekodeng apa sangat yang lucu sampai begitu skali ketawanya. Saat aku jengah je sikit kat pintu nak menengok, tanpa membuang masa aku bukak langkah seribu menghala ke rumah aku. Sampai tercabut la selipar aku. Usain Bolt kalau nampak aku pecut, mau terkencing dia dalam seluar. Sampai kat umah aku terus masuk dan semua pun heran tengok aku pucat lesi. mengigil.

Ya, anda ingin tahu apa yang aku nampak masa tu?

Bila nampak je Joaquin, terus darah hilang dari muka aku. Kepala jadi besar macam stadium larkin. Tau apa aku nampak? Mestilah tak tau dan nak tau kan? Ke taknak tau?

Jengah2 je, sekali Joaquin macam tau2 je aku nak skod. Matanya merah merenung aku sambil tersengih kerang busuk. Tu kira xde apa2 la tu. Yang x bestnya, kedua2 tangannya menghala kearahku dengan gestur seperti mau mencekik. Ok lagi tu. Lagi x best, dan paling jahanam sekali, segala senyuman, sengihan dan huluran tangan termasuk sekujur tubuhnya itu adalah pada posisi upside down, vertical flip, 180 degree.

Di udara! Mau sekaki dua gak la dari lantai.

Ada lagi. Ni baru satu kes. Tunggu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Huiyooo..cemana leh jd gitu..?? Isyhhhh...!!! Seram sgt aihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2013 08:20 AM | Show all posts
lepas ni tt namakan lak la watak yang lain pablo aimar
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 09:12 AM | Show all posts
nk lagi..hebat betul saka dia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 09:14 AM | Show all posts
gila khinzir betul cerita ni.. hehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 10:32 AM | Show all posts
advanced betul saka ni.. seram siottt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.282612 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list