View: 5635|Reply: 0
|
[Edisi Kejuruteraan]
Teori runtuhnya jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang
[Copy link]
|
|
Bagi bahagian jambatan yang runtuh itu, saya dapati ia bukanlah kesilapan dari rekabentuk jambatan tetapi ianya lebih kepada kegagalan cara rekabentuk struktur sokongan sementara (temporary support structure) iaitu perancah besi atau scaffolding. Manakan tertahan sokongan tersebut yang menampung bebanan dari besi I-Beam yang berat-berat belaka, di samping struktur formwork untuk lantai serta konkrit yang masih basah.
Saya percaya teori yang mengatakan rekabentuk struktur sokongan sementara dibuat under design iaitu dengan tidak mengambilkira jumlah bebanan yang terpaksa di tanggung oleh scaffolding. Jika diambil factor of safety yang lebih tinggi pula tetapi tidak mengiradistribution load atau pengagihan bebanan yang sekata. Maka bebanan yang lompong di tengah-tengah, yakni bahagian di atas jalanraya tidak mempunyai sokongan yang mantap. Maka ia akan terjadi satu “critical point” di mana keadaan “flexure” iaitu kejadian bengkuk atau patah berlaku.
Dari segi karektoristik konkrit itu sendiri, sebelum ianya ditakrifkan “keras” dan mempunyai kekuatan sendiri, ia adalah dalam istilah “plasticity”. Iaitu di mana pergerakan antara batu-batu, pasir, simen, bahan kimia dan air masih lagi belum membentuk ikatan atau bond yang kuat. Ini adalah masa yang amat kritikal dan biasanya akan dilakukan curing iaitu mengurang pengaliran air dari konkrit terutamanya proses pemelowapan.
Kita dapati di satu bahagian lantai masih terikat (fixed end) dengan konkrit yang keras. Manakala di satu bahagian pula masih bebas (free end). Jika berlaku “flexure” maka bahagian yang masih bebas akan diheret ke tengah lalu jatuh. Kemudiannya ia ikuti oleh bahagian satu lagi yang lekat dengan konkrit keras. Pergerakan “mengheret” sebenarnya tidak terjadi begitu nyata jika dikira dengan jarak berapa inci atau cm tetapi ia hanya memerlukan sedikit pergerakan bending moment sahaja. Maka akan terjadi ketidakstabilan pada struktur yang masih lagi berkeadaan konkrit yang basah. Setelah itu keseluruhan struktur akan menyembah bumi !
http://hisemudinkasim.blogspot.c ... nyambung-susur.html
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|