|
Salam. Ada siapa2 kat sini yang boleh kongsi pengalaman menginap kat Pasir Salak Resort? Aku dah search kat forum ni tapi tak jumpa pulak. Memang aku pernah dengar2 cerita orang yang sesetengah tempat kat Pasir Salak ni memang keras sebab tempat ni tempat perang orang zaman dulu. Kalau ada yang buta sejarah, Pasir Salak ni la tempat JWW Birch perang dengan Dato Maharaja Lela. Saja la nak kongsi2 cerita kot2 ada yang pernah kena macam aku kena baru-baru ni. Hehe
Kisahnya macam ni...
Aku ni selalu kerja part time dengan satu event company ni. So bulan lepas dapat satu job kat Dataran Kg Gajah, organise dinner kat sana. So company bagi la tempat tidur selama 2 malam dari Jumaat sampai Ahad kat Pasir Salak Resort Pasir Salak Resort ni sebelah je dengan Kompleks Bersejarah Pasir Salak. Kg Gajah ni kira dekat dengan Pasir Salak. Aku pun tak berapa paham Kg Gajah ni Daerah ke, duduk bawah Daerah Pasir Salak ke macam mana sebab aku bukan orang situ pun. Tapi yang pasti jarak Dataran Kg Gajah ke Pasir Salak Resort ni dalam 5 minit perjalanan kereta.
Team ktorg ada 10 orang, 3 lelaki Melayu, 3 perempuan Melayu, 4 lelaki India. So ktorg dah book 5 chalet kat resort tu, 3 chalet untuk team ktorg, 2 chalet lagi untuk artis jemputan, Aris Ariwatan dan Kristal. Mula2 sampai resort tu je, aku dah rasa semacam tapi aku buat tak tau je la pasal malas nak pikir sangat, banyak kerja lain nak settle. Masa nak check in, ktorg request nak chalet yang dekat dgn lobby pasalnya yang belakang2 tu semua nampak macam horror. Tapi pekerja tu cakap tak boleh pilih sebab banyak chalet tengah renovate dan fullhouse. Yang peliknya, aku tak nampak langsung ada kerja2 renovation, dan kereta2 pun ada la dalam 4-5 bijik padahal chalet ada dekat 20 blok. Fullhouse apokobondonyo?
Lastly ktorg dapat bilik kat tengah2 sikit, so takde kebelakang sangat, tapi artis dapat chalet kat belakang2. Lantak dorg. Kihkihkih. Chalet dia ni satu blok ada 4 chalet, 2 atas 2 bawah. Geng lelaki dan perempuan Melayu dapat chalet sebelah2 tingkat bawah, yang geng India dia campak blok lain. Malam pertama tu okay je, macam biasa. Ktorg siap buat bbq tepi swimming pool sebab nak release tension sebelum nak pulun masa event keesokan harinya. Artis2 pun sampai masa event day.
Ceritanya bermula bila hari Sabtu tu sebelum event (event start 8pm), member perempuan aku, nama dia B cerita yang Aris Ariwatan (dia sampai Pasir Salak petang Sabtu) pergi memancing kat tepi Sungai Perak petang Sabtu tu. Resort ni dibina di tebing Sungai Perak yer kawan2. Lepas memancing Aris tanya si B "resort ni okay ke?". Pasal dia rasa semacam masa memancing. Member aku dah tau tempat tu keras, tapi dia cakap "Eh okay je la. Takde pape pun".
Kemudian, aku dan sorang member aku nama dia A balik ke chalet dalam pukul 7pm untuk mandi dan solat Maghrib sebab penat buat preparation kat event site tu. Lepas settle semua, ktorg sembang2 sambil pakai kasut untuk keluar la kan. Tiba2 kami terdiam bila dengar bunyi tapak kaki yang kuat dari tingkat atas. Aku tengok A, A tengok aku. Padahal sebelum tu ktorg memang dah tau yang tingkat atas memang takde orang. Chalet tu kan ke buat daripada kayu, so dengarla bunyi tapak kaki. Banyak kali jugak la bunyi tapak tu. Macam ada ramai yang berjalan kat tingkat atas.
A cakap kat aku, "jom la kita keluar cepat. kesian dorang tunggu kita lama kat dataran tu". Padahal aku tau dia tengah cuak. Tu dia nak blah cepat2. Aku pun cuak jugak. Haha. Keluar je dari chalet tu, aku jenguk ke atas. Memang confirm takde orang! Dua2 unit chalet kat atas tu memang gelap gelita! Seriau mak nokkk.
Lepas habis event je, kami balik ke chalet dalam pukul 1 pagi. Dalam pukul 2 pagi aku dah siap2 nak tidur. Aku dapat bilik sorang, bila aku teringat kisah Maghrib tadi tu, memang aku tidur bukak pintu la cerita dia. Member aku lelaki yang lagi sorang nama C tidur kat ruang tamu, si A pulak tidur bilik sebelah bilik aku. Aku nak tidur pun tutup muka dengan bantal memang tak bukak2. Takut2 kalau aku bukak ada pulak menjelma bertenggek atas almari kan. Kahkahkah
Dan kalau korang nak tau, kumpulan Kristal balik KL malam tu jugak lepas habis event. Tak jadi tidur kat chalet tu. Aku tak tau kenapa. Mungkin esoknya ada hal kot, tak pun dah kena kacau sebelum tu. Kihkihkih
Esok paginya kitorang bangun. Si C yang tidur kat ruang tamu ni tanya aku dan A "Malam tadi korang tidur mati ke wey? Takkan korang tak dengar pape?" Dia cakap banyak kali pintu belakang chalet ktorg kena ketuk. Mula2 dia tengah tengok tv (masa ni aku dgn A dah tidur lama dah), last2 berselimut terus kat ruang tamu tu sebab dah banyak kali sangat kena ketuk. Ketuk tanpa memanggil kata member aku tu. Persoalannya siapa yang nak ketuk pintu belakang pukul 3-4 pagi? Budak perempuan chalet sebelah confirm semua penakut, budak2 India yang duduk blok lain tu awal2 lagi dah tidur. Aku dgn A ni memang jenis tidur mati. Tambah2 penat kerja event kan. Kesian member kena layan bunyi tu sorang2. Hahaha
Aku malas nak layan sangat sebab ktorg masih kat tempat tu. Takut benda tu mengamuk pulak kan. Hehe. Tengah hari Ahad tu lepas check out, ktorg lunch kat satu warung kat depan resort ni. Warung ni sekali dengan sebuah rumah, ada laki bini uruskan. Laki dia jadi waiter, bini dia jadi tukang masak. Sambil tengah tunggu order siap, aku suruh si C cerita balik la macam mana dia kena kacau sebab budak2 lain ada yang tak tau lagi. Tengah2 syok dengar cerita dia, pakcik warung tu menyampuk, "Kome kena kaco yer semalam?" Kome tu dalam bahasa Perak maksudnya korang, kaco tu maksudnya kacau la. Sekian kelas loghat Perak. Hehehe
Lepas tu ktorg pun cerita la kat pakcik tu apa yg dah jadi sebelum2 tu. Pakcik tu cakap memang biasa la orang2 yang datang kat situ kena kacau. Yang dah check in, tak jadi stay pun ada. Yang lari lintang pukang keluar resort pun ada. Macam2 cerita ada. Dia yang duduk depan resort tu pun selalu kena, dah biasa sangat. Dia bgtau adik ipar dia ada ilmu, dan boleh bersembang dengan benda2 halus ni.
Adik ipar dia cerita, macam2 jenis hantu ada kat gigi air Sungai Perak tu. Yang paling tua sekali umur 500 tahun, hantu Jembalang. 'Rumah' dia kat tepi satu restoran kat tebing sungai. Restoran tu dalam 2 minit dari resort tu. Hambik kau. Ternganga aku dengar. Macam2 lagi dia cerita kat aku, aku pun tak berapa nak ingat sangat. So cerita tu berakhir kat situ saja.
Begitulah flashback saya....
So kalau ada siapa2 yang ada pengalaman kat tempat ni, kongsi2 la yer. Aku pun teringin sangat nak tau. Sekian Wasalam
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
owhh resort nih..kalo tgk kat website dia cantek ajer nmpk..tp jalan nk pegi sana humanggg aiii..bnyk kali sesat..prnh smpai sana..thn lpas dlm musim raya lg..hasben dh siap bayar utk check in 3d2n..tup2 receptionist tuh br bgtau, air@letrik, aku ingt2 lupa dh mana 1, utk ari tuh x ada, pukul 6 ptg baru dijangka ada..DIJANGKA ok..kalo x ada cam mana?? padahal kita bayar full..x der pun diskaun kalo air@letrik x ada..
nmpak lak tmpat tuh cam suram..trus aku ckp cancel ajerlah..seb baik dpt balik full..trus blah ke lumut ajer sbb dh x brapa jauh..nih dah tt bkak citer nih..cam bersyukur sbb x stay sana....nak2 anak yg bongsu baby lg masa tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
kuzaime posted on 26-6-2013 09:10 PM
owhh resort nih..kalo tgk kat website dia cantek ajer nmpk..tp jalan nk pegi sana humanggg aiii..bny ...
masa saya datang tu elektrik okay, tapi air dia.. Masha Allah. Kalau kita membuang air pun lagi laju rasanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila bc post ni terus google..xbnyk info jumpa..tp scary kut bc pnglmn tt..
Cuma bc entry blogger yg penah complaint psl air kt resort ni smpai mngmnt resort minta blogger remove entry tu..cuak lh tu nnti xdpt customer |
|
|
|
|
|
|
|
GROUP aku dah banned pasir salak resort ni...kami dah booking utk stay kat sini 1hari 1malam...dlm seminggu nak pegi situ depa call kena kansel sbb ada jabatan apa ntah dari kerajaan perak plak nak booking semua port kat situ...tak pro langsung pada hal group kami yg 1st booking...lepas tu mmg terus banned la tempat ni |
|
|
|
|
|
|
|
1st time aku tau psl pasir salak resort ni...kalo TT x bukak cite smpi bebila la aku x tau gamaknya...
tmpt cantikkkk...x sangka horror...bleh plak bertahan ye...wpon mcm2 gangguan... |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada dua tiga kali lalu depan resort ni..
pernah plan nak stay situ untuk suka2..tapi tak jadi memikirkan kawasan tu agak jauh dari teluk intan atau pun sri iskandar.. Dan aku tak berapa berkenan resort tu sebab macam tak terbela..bangunan tak menten betul2.. sayang company dah melabur banyak2 tapi tak menten.. |
|
|
|
|
|
|
|
mak rosse pernah stay sini .. tp rosse tak ikutlah ... tak der plk dia cerita yg pelik2 .. tp dia komplen kata air kecik ya amat .. nak buat apa pun susah .. berhari2 lak tu ... |
|
|
|
|
|
|
|
mamarayyan2010 posted on 27-6-2013 01:58 AM
Bila bc post ni terus google..xbnyk info jumpa..tp scary kut bc pnglmn tt..
Cuma bc entry blogger ...
Harap2 dorang tak jumpa post ni. hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
msrosse posted on 27-6-2013 10:45 AM
mak rosse pernah stay sini .. tp rosse tak ikutlah ... tak der plk dia cerita yg pelik2 .. tp dia ko ...
bab air kecik tu bukan salah resort tu, tapi memang kawasan tu macam tu kata orang. wallahualam
|
|
|
|
|
|
|
|
fifie_olin posted on 27-6-2013 07:40 AM
1st time aku tau psl pasir salak resort ni...kalo TT x bukak cite smpi bebila la aku x tau gamaknya. ...
terpaksa bertahan sebab kerja kan. lagi pun rumah rehat dan homestay lain semua full masa tu
|
|
|
|
|
|
|
|
kubur pahlawan dengan penduduk pun depan resort tu je dengan muzium dan rumah kutai dia yang seram sebelah tu... mana la tak seram tempat tu. jalan nak masuk pun gelap je |
|
|
|
|
|
|
|
nmpk cntik.. 2 thn lepas pegi pasir salak ..inga tnk menginap cancel la.. cm creepy jek ku tgk..lg pon time tu swimming pool tgh under renovation..so kalo mende tu tkde buat boring adik2 sepupu aku jek kan..
lawa tu lawa la design dia ..tp mcm tk sesuai la nk menginap just for fun ke ..kalo nk mancing ke boleh kot..
lepas masuk muzium pasir salak tu balik je la terus ... dh ler mcm tkde org menginap situ... padahal time cuti sekolah gak
mungkin tk di promosikan sgt kot |
|
|
|
|
|
|
|
pernah 2x stay situ.. sofar ok jek. aman2 aje. suka dgn suasana dia.. rasa nk dtg lg jek.
mayb nasib masing2 kot. mana2 tempat pun sure ada penghuni nyer kan.. or mayb kitorg stay ramei2 2, 3 famili..
x rasa sgt horrornyer. rasa enjoy jek.
dgr jugak org kata mslh air kecik. tp pengalaman aku ok jek sepanjang menginap sana. laju je air. aircond pun sejuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
enemyfrog posted on 27-6-2013 06:48 PM
pernah 2x stay situ.. sofar ok jek. aman2 aje. suka dgn suasana dia.. rasa nk dtg lg jek.
mayb nas ...
mungkin jugak tu. nasib masing2 berbeza kan. maybe bukan rezeki saya la masa tu. hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
tobecko posted on 27-6-2013 12:51 AM
masa saya datang tu elektrik okay, tapi air dia.. Masha Allah. Kalau kita membuang air pun lagi la ...
wat spoil mood brcuti ajer kalo ada masalah air nih..
almaklum..ada anak kecit, mana nk basuh itu ini..mandi mmg wajib..wat susu lah blablabla..
|
|
|
|
|
|
|
|
Hi selama ni saya silent reader ye,tetiba kuar topic terus saya nak share pengalaman sy masa Nov 2009. Masa tu saya tengah kursus btn kat sini 5 ari. Time tu musim hujan n sg perak tu mmg la penuh, melimpah skit kat tepi. Saya dan kawan tinggal kawasan rumah chalet yang agak belakang skit. Rumah kami tu tinggi, ala - ala rumah tradisional gitu.Malam pertama ok, malam kedua roomate saya kena dulu. Dalam kul 1 pagi dia dengar cakaran dengan dinding luar bilik kami. Dia kejutkan saya tapi saya tido mati, almaklumlah strict kan kursus btn ni. Pastu esok masa breakfast dia cita la pada saya. Saya cakap kalau malam ni bunyi lagi kejutkan saya tau, kalau tak bangun buat la mcm2 janji saya bangun. Malam kedua tu saya tido lena lak jugak tp tetiba terjaga sebab roomate saya cubit saya kuat2. Mmg seram sangat sbb dengar cakaran yang dalam kat luar tu. Lama plak tu..mmg kami tido berpelukan lah...keesokan pagi kami pergi la tgk dinding kat luar tu. Masya Allah bayangkan rumah tu tinggi dan bilik tu mmg tinggi dan mustahil manusia nak capai ke bilik kami kecuali makhluk yang satu tu...sampai sekarang ianya kekal misteri
|
|
|
|
|
|
|
|
tgk website dia...nampak mmg cantik...traditional....tp tak sangka ada gangguan.
tp kekadang tpt camni, hanya sesetgh unit je yg berpenghuni, yg lain selamat. so siapa yg terkena kat unit yg tak bersih, mmg kesian la. aku rasa pihak pengurusan mesti tau kes2 ni, tapi takkan takde tindakan. nak dibiarkan guest kena kaco....
nama buruk nnt takde sapa nak singgah... |
|
|
|
|
|
|
|
Huhuhu.. tatot.. aris ariwatan tu apa jd kt dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik aritu my sis....budak2 opis dier x buat family day kat situ...kansel sbb xdok air kat resort tu....fuhhhhh.... selamat |
|
|
|
|
|
|
| |
|