CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 90698|Reply: 13

10 Cara Wanita Membuatkan Lelaki Bernafsu..hehehe

[Copy link]
Post time 23-5-2013 04:37 PM | Show all posts |Read mode
Godaan. Ia bagai suatu permainan ‘dikejar dan mengejar’. Tetapi adakah ia tertakluk kepada kaum lelaki sahaja untuk menggoda wanita yang diminatinya? Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang wanita bagi menarik perhatian lelaki yang disukainya? Sebenarnya, ia agak mudah. Hanya bergantung kepada bahasa gerak tubuh anda..






1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm…

2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.


3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.

4. Jelingan atas bahu yang terangkat
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.

5. Usap objek bulat
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

6. Jengketkan pinggul anda
Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.

7. Lenggokkan pinggul anda
Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.

8. Dedahkan pergelangan tangan
Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.

9. Kekalkan minat si dia
Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.

10. Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2013 05:40 PM | Show all posts
kalau dengar suara perempuan baru bangun tido pagi2 tu, bernafsu ke tak? saja2 nak tanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2013 05:51 PM | Show all posts
misshero posted on 23-5-2013 05:40 PM
kalau dengar suara perempuan baru bangun tido pagi2 tu, bernafsu ke tak? saja2 nak tanya

suara nora danish sedap....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2013 07:12 PM | Show all posts
misshero posted on 23-5-2013 05:40 PM
kalau dengar suara perempuan baru bangun tido pagi2 tu, bernafsu ke tak? saja2 nak tanya

oh ye.. mesti...  bernafsu sbb masa tu suara perempuan paling manja

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2013 08:03 PM | Show all posts
berun posted on 23-5-2013 05:51 PM
suara nora danish sedap....

nora danish comey sebab tu suara dia pun sedap
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2013 08:05 PM | Show all posts
winsonyu posted on 23-5-2013 07:12 PM
oh ye.. mesti...  bernafsu sbb masa tu suara perempuan paling manja

owh...no wonder lah...ingatkan mitos saja....tq for the respon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2013 03:17 AM | Show all posts
igt tue,
kalo nk usha abe wat gaye tue.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 09:48 AM | Show all posts
misshero posted on 23-5-2013 08:05 PM
owh...no wonder lah...ingatkan mitos saja....tq for the respon

tanya husban u....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2013 10:29 AM | Show all posts
winsonyu posted on 24-5-2013 09:48 AM
tanya husban u....

ala....kita tak kawen lagi, belum da husben lagi...hehe

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 11:42 AM | Show all posts
misshero posted on 24-5-2013 10:29 AM
ala....kita tak kawen lagi, belum da husben lagi...hehe

oh... begitu.. hehehehe...ok

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 11:24 PM | Show all posts
isteri mudah puas...nak buat mcm mn ekkk?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2013 05:14 AM | Show all posts
misshero posted on 23-5-2013 12:40 PM
kalau dengar suara perempuan baru bangun tido pagi2 tu, bernafsu ke tak? saja2 nak tanya

aku suka suara pempuan yang baru bangun tido...dan pempuan yang mmg naturally cun...wajah ketika bangun tido adalah yg tercomel.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 04:31 PM | Show all posts
Jangan sekali kali tengok pempuan cantik baru bangun tido ... nanti awak pulak yang terkejut beruk dan terus masuk tido. Lox dah banyak tahun terkejut beruk bila tengok bini Lox bangun tido ... tapi bila lepas dia mandi tenyeh sana tenyeh sini ... pergh .. dalam tahun ni jer dah berapa kali Lox ponteng kerja...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 06:51 PM | Show all posts
usap objek bulat yg xleh tahan tu.....tandus sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.443111 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list