CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8730|Reply: 15

Misteri Piramid Dasar Laut Di Jepun

[Copy link]
Post time 5-5-2013 02:48 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. KETIKA pelbagai misteri yang membabitkan piramid di Mesir dan piramid kaum Maya di Amerika Selatan masih membingungkan para penyelidik, tiba-tiba muncul pula sebuah lagi penemuan misteri piramid yang dijumpai berlokasi di Jepun pada tahun 1990-an malah penemuan piramid ini jauh lebih aneh kerana ia dijumpai berada di dasar lautan Jepun.

Pelbagai persoalan tercetus tatkala melihat piramid berkenaan terus berdiri kukuh di dalam laut melewati masa dan zaman – siapakah yang membina piramid di dalam laut, untuk apakah ia dibina dan bilakah ia dibina? Mengapakah pembinaannya tidak dilakukan di atas daratan?

Bingung dengan pelbagai persoalan itu maka para penyelidik mulai melakukan pelbagai kajian bagi membongkarkan teka-teki yang menyelubungi piramid misteri di dasar laut Jepun berkenaan.



Sebelum itu, piramid pertama mulai dijumpai di pelbagai wilayah negara matahari terbit itu sejak tahun 1950-an lagi sekaligus ia meninggalkan pelbagai persoalan mengenai hubungan bangunan berbentuk segitiga berkenaan dengan tamadun purbakala masyarakat Jepun kuno.

Sejak itu, beberapa lagi piramid purba berjaya ditemui yang ditinggalkan dengan permukaannya ditutupi oleh debu dan tanah. Ia dipenuhi dengan pelbagai macam tumbuhan liar sehingga bahagian luarnya tampak seperti sebuah gunung yang tinggi.

Bagaimanapun, sejak bulan Mac 1995, sesuatu yang mengejutkan turut ditemui – penyelam yang menyelam di dasar laut negara itu mendapati piramid di Jepun tidak sahaja berada di atas daratan tetapi juga di dalam lautan. Mereka menemui lapan lokasi peninggalan piramid sekitar Hiroshima hingga ke laut Pulau Yonaguni.

Tapak tinggalan pertama adalah sebuah bangunan empat segi yang tidak begitu jelas bentuk binaannya kerana ditutupi oleh batu karang sehingga bahagian buatan manusianya tidak dapat dikenal pastikan.
Sesudah itu seorang penyelam lain turut menemui sebuah piramid pada kedalaman kira-kira 13 meter di bawah permukaan laut Oklahoma Selatan pada musim panas 1996.

Penemuan itu semakin menaikkan semangat pasukan penyelidik untuk membongkarkan rahsia yang tersembunyi di dalam wilayah lautan Jepun. Gerakan mencari diperhebatkan dan kumpulan penyelam berkenaan kemudian berjaya pula menemui lebih banyak lagi monumen dan bangunan buatan manusia di dalam laut Jepun.



Mereka turut menemui kesan jalan yang panjang dan luas, tangga dan pintu melengkung yang tinggi dan megah serta batu raksasa yang dipotong dengan sempurna seolah-olah kawasan itu pernah didiami manusia suatu ketika dahulu.

Beberapa bulan kemudian, beberapa kalangan ahli arkeologi Jepun sekali lagi menemui bangunan berbentuk piramid yang sangat besar pada kedalaman 33 meter di bawah permukaan laut terbabit yang berada tidak jauh dari pergunungan Sinaguni yang terletak kira-kira 450 meter dari Hiroshima.

    
Bangunan raksasa itu berukuran sekitar 80 meter panjang, 200 meter lebar dan 30 meter tinggi terletak di sebuah kawasan luas yang kelihatannya seolah-olah telah digunakan untuk menjalankan suatu upacara tertentu dengan kedua belah sisinya terdapat sebuah pintu gerbang yang besar.


Pelbagai penemuan misteri itu semakin membingungkan para penyelidik –  apakah wujud manusia yang hidup di dalam lautan dan ke mana menghilangnya manusia² itu ketika ini?

Ahli arkeologi berpendapat bahawa kewujudan piramid di bawah laut itu mungkin adalah bukti awal bagi menunjukkan adanya peradaban zaman batu di Jepun yang masih belum diketahui sesiapakah pemiliknya.

Ahli geologi, Profesor Masaki Kimura yang telah menjadi pengkaji pertama meneliti misteri itu menyimpulkan bahawa bangunan lima tingkat itu adalah buatan ciptaan manusia.


Struktur ini bukanlah binaan yang wujud akibat alam semula jadi. Di sekeliling strukrur bangunan tersebut terdapatnya sesuatu yang mirip seperti laluan perjalanan dan ini semakin membuktikan bahawa ia adalah buatan manusia,” katanya ketika mulai mengulas penemuan itu lebih 10 tahun lalu.

Profesor Kimura percaya bahawa bangunan itu telah berusia lebih daripada 5,000 tahun lalu berdasarkan stalaktit yang ditemui pada gua di dasar lautan itu. Beliau juga berpendapat bahawa masih terlalu awal untuk mengetahui siapakah yang membina monumen berkenaan atau apakah tujuannya.

“Struktur bangunan ini mungkin merupakan sebuah istana dewa daripada agama zaman dahulu dan ia digunakan untuk tujuan memuja dewa² tertentu, sama seperti penduduk Hiroshima yang mempercayai kewujudan dewa Nirai-Kanai yang mampu mendatangkan kesejahteraan dari laut kepada mereka.

“Berdasarkan catatan, pada 10,000 tahun silam tidak ada manusia yang mampu menghasilkan monumen seperti ini tetapi kini mungkin terdapat bukti peradaban manusia yang masih belum diselongkarkan sejarah kewujudannya.

“Hanya manusia yang mampu memiliki teknologi bagi menyelesaikan projek seperti ini, bangunan yang sebegini besar harus menggunakan jentera pembuatan tertentu untuk membinanya,” katanya.
Yang terbaru profesor bersebut menyatakan bahawa teori terkini beliau selepas meneliti dan menjalankan kajian lebih 10 tahun terhadap binaan piramid tersebut adalah bahawa piramid itu sebenarnya bukanlah dibina di dalam laut tetapi ia sebenarnya berada di atas daratan tetapi kemudiannya telah tenggelam di dasar laut akibat dilanda bencana tsunami ribuan tahun lalu.

Bagaimanapun, teori itu masih lagi dipertikaikan oleh para penyelidik lain. Rekod catatan sejarah menunjukkan tsunami terbesar yang pernah menghempas Yonaguni adalah pada bulan April 1771 dan ia dianggarkan setinggi 40 meter dan dipercayai mampu menenggelamkan serta memusnahkan peradaban di tepi pantai berkenaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2013 11:26 PM | Show all posts
mesti buatan manusia yg Allah tenggelamkan....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 01:53 PM | Show all posts
menarik.. ada lagi tak gambar2 lain? nak tengok..
thanks share.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 04:13 PM | Show all posts
Suka baca entry misteri yg mcm ni...ala2 sejarah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 12:40 AM | Show all posts
boleh jadi x zmn dulu kan tanah lg byk dr perairan? lols iols x reti susun ayat. so makin lama pmukaan tanah semakin ditenggelami air? iols cuma berminat nk tau sape yg bina.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 12:48 PM | Show all posts
ni lagi contoh umat umat perasan bagus, yg merasakan depa la paling maju dan moden hingga kufur pada PenciptaNya.
depa buat berpuluhtahun dgn keringat membasahi bumi, Allah Taala perosok dalam laut seklip mata ja.
Sapa terer? habaq mai...kufur lagi!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2013 12:49 PM | Show all posts
caseyazmi posted on 9-5-2013 12:40 AM
boleh jadi x zmn dulu kan tanah lg byk dr perairan? lols iols x reti susun ayat. so makin lama pmuka ...

mama rasakan, mcm kes umat nabi Luth jugak...Allah terbalik kan satu negeri underneath
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2013 04:54 PM | Show all posts
Dari segi sains mungkin paras air tu naik sehingga dapat meneggelamkan sebuah negeri. lagi pun jepun ni ada banyak kepulauan kecik2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2013 11:47 PM | Show all posts
dahsyatnya kesan tsunami zaman dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2013 12:23 PM | Show all posts
wow......wow.... satu misteri dah terungkai.....cuma nak pastikan milik sapa  je..sangat menarikk....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 06:01 AM | Show all posts
pic:Mysterious Underwater Ruins of the Lost World in Yonaguni

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=540312

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2013 01:30 PM | Show all posts
tenggelam  disebabkan  gerak gempa, gempa bumi , tsunami  

banyak je factor  alam yang boleh difikirkan

I mean nak misteri lagu mana lagi ye?

takkan atlantis kot?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 10:04 AM | Show all posts
bukan binaan alien
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 11:37 AM | Show all posts
ini la piramid yang depa kata jumpa keris tu. ntah ye ntah tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 12:45 PM | Show all posts
Allahuakbar! hebat betul ciptaan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 04:26 PM | Show all posts
penemuan yang menarik. ada lagi tak gambar? excited nak tengok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.058355 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list