View: 63401|Reply: 143
|
Cara nak melihat kembar Qarin anda!
[Copy link]
|
|
CARA NAK MELIHAT KEMBAR QARIN ANDA!
Cara Nak Melihat Kembar Ghaib Kita.
Anda pernah dengarkan yang kita mempunyai kembar ghaib/Qarin?
Berikut adalah cara untuk melihat Qarin :
Ada 8 langkah:
1. Cabut 7 helai rambut kepala.
2. Ambil 7 potongan kuku tangan atau kaki.
3. Letakkan semua di atas sehelai kain putih (apa saja, yang penting putih).
4. Gulung kain putih yang ada isinya tadi.
5. Ambil limau nipis, satu saja, perah airnya hingga habis.
6. Air perahan tadi anda titiskan pada gulungan kain putih.
7. Gulungan kain tadi anda letakkan di taman atau halaman rumah, atau di mana saja yang penting dekat pagar rumah, kalau boleh jangan bagi orang lain tahu, tak perlu ditanam letak saja di antara tumbuhan.
8. Tunggu 7 hari, sehingga Qarin anda datang, hingga malam kelapan, dia boleh muncul di mana saja, cuma munculnya sepintas, biasanya kembaran itu meniru apa yang sudah pernah kita kerjakan atau yang akan kita kerjakan, dia tak boleh dilihat orang lain, cuma kita sendiri.
P/s : Jangan takut! Dia pun makhluk Allah!
http://www.mazeermohamad.com/201 ... bar-qarin-anda.html
Last edited by Santeira on 9-4-2013 08:43 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak berani laa nk buat... |
|
|
|
|
|
|
|
Takut yg kita nampak tu bukan Qarin, tapi Jin..sebab kita tiada upaya nk membezakan benda halus dan ghaib ni..tambahan lagi Jin tu sendiri boleh berubah bentuk utk memperdayakan umat Islam.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia bawak ic tunjuk dia qarin? setan suka menyamar... |
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 4-4-2013 08:33 AM
Takut yg kita nampak tu bukan Qarin, tapi Jin..sebab kita tiada upaya nk membezakan benda halus dan ...
kopi pasta je dari blog BSS...
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)
Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."
Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
err... kiranye, Qarin ni ke yg mmbuat onar lpas manusia mati?
Cth mcm cite antu....sbb org tu bunuh diri... so, rumah tu ade "hantu" org tu... "hantu" tu ke qarin.? |
|
|
|
|
|
|
|
3. Letakkan semua di atas sehelai kain putih (apa saja, yang penting putih).
towel GOOD MORNING atau kain Lampin boleh nih.
jom buat xperimen berjemaah,lepas tu komen kat sini...
mcm berani kn... |
|
|
|
|
|
|
|
LENS2U posted on 4-4-2013 11:57 AM
3. Letakkan semua di atas sehelai kain putih (apa saja, yang penting putih).
towel GOOD MORNING a ...
bang kau buat bang. pastu bg th ea.. umah hest tingkat 14 mana nak carik laman berpagar
|
|
|
|
|
|
|
|
Errrrrrrrrrrrr......btw ko ada brannnnnnnnnnn ka mau buat Cong??
|
|
|
|
|
|
|
|
hest posted on 4-4-2013 12:10 PM
bang kau buat bang. pastu bg th ea.. umah hest tingkat 14 mana nak carik laman berpagar
hai hest.
lama tak lepak. |
|
|
|
|
|
|
|
Tt dah pernah buat ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
aku klu tak sebab ada anak kecik kt rumah..aku nak try buat.. sapa2 yg rasa berani buat dulu, betul ke cara ni bole panggil Qarin tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
aerolz posted on 4-4-2013 01:26 PM
hai hest.
lama tak lepak.
ye lah ;p ko kan bz
macam mana? sihat? sibuk out state lagi ke
|
|
|
|
|
|
|
|
jin yang akan datang tu.. bukan qarin.. |
|
|
|
|
|
|
|
ade sape pernah try ke? berjaya? |
|
|
|
|
|
|
|
wei tak berani nk membuatnye |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi yg hasut suruh buat kejahatan tu Qarin ke Syaitan? |
|
|
|
|
|
|
|
tetiba qarin tu xnak plak balik....ngekor je kulu kilir... |
|
|
|
|
|
|
|
kikuri posted on 4-4-2013 02:24 PM
tetiba qarin tu xnak plak balik....ngekor je kulu kilir...
bkn dia mmg ngekor kite ke?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|