View: 2148|Reply: 4
|
Ibu, Ambillah Asid Folat Semasa Hamil
[Copy link]
|
|
Tubuh anda akan mengalami banyak perubahan dalam tiga bulan pertama. Jangan menangis jika tubuh anda bukan lagi seperti dulu, lepas bersalin baru kembalikan balik. Momen indah ini hanya yang bertuah sahaja dapat mersai, jadi hargailah bentuk badan anda ketika ini. Perubahan bentuk badan ni sangat unik dan setiap kehamilan berbeza antara seorang ibu dengan seorang ibu yag lain.
[img]%5BIMG%5D[/IMG][/img]
Anda akan berasa mual, muntah, sakit belakang, sering membuang air kecil, sembelit, kaki kejang dan mengalami mood yang berubah-ubah. jangan bimbang, semua yang berlaku adalah normal semasa hamil. Gejala ini bernasur-ansur hilang seiring pertambahan usia kehamilan. Saya juga mengalaminya semasa mengadnungkan kedua-dua cahayamata beberapa tahun lepas. Orang kata setiap kehamilan lain-lain dia punya pengalaman kan. tapi bab alahan teruk, memang kedua-dua kehamilan sama sahaja sampai terpaksa dimasukkan wad gara-gara kekurangan air dalam badan.
Makanlah makanan yang berzat kerana pada trimester pertama adalah masa paling penting dalam pertumbuhan organ janin.
Apabila ini sudah pasti, anda disarankan menghentikan segala kegiatan yang tidak baik seperti merokok, mengambil ubat-ubat terlarang dan alkohol. Tiga perkara ini amat mempengaruhi perkembangan embrio dan boleh menyebabkan kecacatan. Sebaiknya, elakkan pengambilan ubat-ubatan yang dijual secara bebas.
Jika mengambil ubat secara rutin yang disarankan oleh doktor seperti ubat darah tinggi dan diabetes, sebaiknya dibincangkan terlebih dahulu dengan doktor sebelum menghentikannya.
Tips: Vitamin B & Asid Folat
Menurut The Center For Disease Control (CDC), wanita yang merancang hamil digalakkan mengambil vitamin B yang cukup dan asid folat sebanyak 400 mcg/hari agar boleh mengurangi risiko gangguan perkembangan otak embrio atau pun kecacatan embrio. Sumber asid folat mudah diperolehi dari hati, telur, brokoli dan kacang buncis.
Adalah lebih baik mendapatkan nasihat doktor perbidanan terlebih dahulu sebelum mengambil supplement asid folat.
|
|
|
|
|
|
|
|
nice info...
selain dari makanan tu...
ade ape2 suplement tak yang boleh diambil yang ade asid folat n vit.B.. |
|
|
|
|
|
|
|
teen_angelJB posted on 27-3-2013 10:58 AM
nice info...
selain dari makanan tu...
ade ape2 suplement tak yang boleh diambil yang ade asid fol ...
kalau yg ada asid folik adalah b complex dan multivitamin.
tp utk kesihatan kandungan bleh amik skali kalsium dan DHA utk otak baby.
|
|
|
|
|
|
|
|
tolong jangan ambil hati secara berlebihan semasa pregnant sb hati ada byk vit A...ambil jika perlu dan if terpaksa sahaja...untuk folic acid, ambil la dari sumber lain...seperti sayur2an...atau supplement adalah lbh baik.
|
|
|
|
|
|
|
|
teen_angelJB posted on 27-3-2013 10:58 AM
nice info...
selain dari makanan tu...
ade ape2 suplement tak yang boleh diambil yang ade asid fol ...
u ambil je pil acid folic...yg warna kuning tu...pil ni klu u beli kat farmasi pun murah je...rasanya about rm1 je satu papan...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|