Singapura. 8 Februari 2013 - Luna Sea buat julung kalinya mengadakan konsert di Singapura. Kumpulan j-rock yang dinggotai oleh Jun Onose(J), Kiyonobu Inoue(Inoran), Yasuhiro Sugihara(Sugizo), Shinya Yamada dan Ryuichi Kawamura ini ditubuhkan sejak lebih dari 20 tahun yang lalu membuktikan kehebatan mereka menggegarkan pentas The Star Theatre. Konsert selama 2 jam menampilkan sebanyak 17 lagu yang merupakan sebahagian dari koleksi lagu terbaik mereka . Para penonton telah memenuhi ruang luar dewan sejak dari tengah hari lagi mengambil peluang tersebut untuk menulis mesej di atas banneryang telah disediakan oleh kelab peminat tempatan. Kebanyakan penonton pada malam tersebut berpakaian serba hitam. Mereka yang hadir bukan sahaja dari Singapura tetapi juga dari negara jiran seperti Malaysia dan Indonesia .
Pentas yang besar dan kelihatan ringkas dengan cuma ruang sedikit diletakkan dengan alatan musik juga tanpa berlatarbelakangkan skrin geragasi namun Luna Sea tetap berjaya memenuhi pentas dengan persembahan bertenaga mereka dan juga dibantu dengan ilustrasi lampu yang menarik sepanjang persembahan 2 jam tanpa henti. Ahli kumpulan juga bergerak bebas memenuhi pentas dan memaksimumkan interaksi bersama penonton. Konsert bermula dengan lagu 'Loveless' dan diikuti dengan 'Dejavu' sebelum Ryuichi mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada peminat yang hadir.
Mengabungkan lagu-lagu dari era permulaan mereka menubuhkan band sehinggakan lagu lagu terbaru selepas mereka bergabung semula. Mempamerkan keistimewaan masing masing juga diselangi dengan persembahan solo. Sugizo memukau penonton dengan gemersikan violinnya untuk lagu 'Providence'. Lagu 'The End ofthe Dream' menyaksikan persembahan bass solo dari J dan Shinya turut membuatkan penonton bersorak dengan ketukan drum bertenaganya sebelum Ryuichi membawakan 'Storm' . Persembahan diteruskandengan 'Desire', 'Rosier' dan diakhiri dengan 'Tonight'.
Bagai tidak mahu konsert berakhir, para peminat bersama sama mengalunkan melodi lagu dari 'Love Song' yang merupakan inisiatif dari kelab peminat tempatan sebelum dewan bergema dengan jeritan untuk encore. Luna Sea kemudiannya kembali dan meneruskan persembahan dengan lagu yang bagai menjadi lagu wajib mereka iaitu 'I For You'. Mereka turut membuat penonton teruja dengan mengibarkan banner yang telah ditanda tangani penonton sebelum konsert bermula serta meletakkannya di hadapan drum dan sebelum meneruskan lagi encore dengan Believe . Konsert diakhiri dengan persembahan Wish. Luna sea kemudiannya berterima kasih kepada penonton dan tunduk sebelum menamatkan persembahan mereka.
Berakhirnya konsert ini, ia turut menandakan berakhirlah juga konsert siri jelajah Asia End of the Dream mereka setelah membuat persembahan di Taiwan, Hong kong dan Bangkok. Bersesuaian dengan tajuk jelajah kali ini, konsert ini turut mengakhiri penantian peminat di Singapura untuk melihat Luna Sea beraksi serta mengotakan impian peminat konsert jelajah Asia ini untuk melihat mereka beraksi secara langsung dihadapan mata. Fan services tidak berakhir di konsert, usai persembahan, Sugizo dan Inoran menulis status tweeter menggunakan bahasa Singlish mengenai persembahan mereka di Singapura.
Penghargaan diatas kejayaan konsert buat Honger Music yang membawakan konsert Luna Sea End of Dream Asian Tour ke Singapura.
Jutaan terima kasih juga buat Blackballoon serta 1hko Ent diatas jemputan media untuk liputan sepanjang konsert ini.
LUNA SEA SET LIST 02/08/2013 at Singapore The Star Theatre
1 LOVELESS 2 Dejavu 3 G. 4 END OF SORROW 5 TRUE BLUE 6 Rouge 7 gravity 8 Providence 9 MOON 10 The End of the Dream ~ Bass Solo 11 STORM ~ Dr Solo 12 DESIRE 13 ROSIER 14 TONIGHT ENCORE EN1 I for You EN2 BELIEVE EN3 WISH
Artikel oleh: linome Editor: Isabel Photo oleh : 1hko Ent Last edited by isabel on 15-3-2013 03:30 PM
|