CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11448|Reply: 88

Isteri keras hati, sukar ditegur...ot pun boleh

 Close [Copy link]
Post time 1-2-2013 06:54 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.9em]Isteri saya keras hati dan sukar ditegur walaupun membabitkan perkara yang baik. Contohnya, apabila ditegur kerana melipat baju secara ala kadar, dia akan melenting dan menyuruh saya melakukannya sendiri, sedangkan teguran itu dengan cara baik.
[size=0.9em]Begitu juga dalam hal lain seperti membasuh baju. Pernah saya menegurnya jangan campur baju anak dengan baju kami kerana pakaian anak yang terkena air kencing menyebabkan pakaian kami terkena najis. Saya minta dia membersihkan dulu pakaian anak yang terkena najis sebelum dimasukkan ke dalam mesin.

[size=0.9em]Buat pengetahuan Dr, ibu saya seorang pembersih, suka mengemas dan rajin, tetapi isteri pula sebaliknya. Begitu juga dengan ibu mentua saya yang seakan-akan sikapnya seperti isteri saya. Apa yang saya lihat keadaan rumah ibu mentua tidak terurus dengan baik.

Pakaian tidak berlipat, hanya dilonggok di atas talam dan bakul, sarung bantal selimut tidak bertukar dan berbau, rumah tidak berkemas, dapur berselerak, sampah tidak dibuang dengan betul sehingga berbau serta aspek kebersihan lain juga tidak terjaga.
[size=0.9em]
Selama ini saya banyak bersabar, malah sudah puas mengajar dan menasihatinya, tetapi sia-sia. Keadaan bertambah teruk, malah baru-baru ini saya dapati ada perubahan ketara kerana dia seolah-olah tidak menyukai ibu saya.

Apabila ibu saya datang ke rumah atau kami balik ke kampung, dia seperti berubah menjadi dingin serta membuat hal sendiri dan perubahan itu disedari ibu saya.

Pernah ibu bertanya kepada saya mengenainya. Bagi menjaga aib isteri dan menjaga hati ibu, saya terpaksa berdalih dengan mengatakan dia penat serta ada masalah lain.

Isteri juga mengaku dia sudah lama memendam rasa dengan ibu saya kerana selalu menegurnya. Selama ini dia hanya berpura-pura menjadi seorang isteri rajin dan baik untuk mengaburi mata ibu saya.

Dengan saya pula, dia mengatakan tidak berpuas hati kerana berasakan saya membelakanginya, sedangkan segala-galanya sudah diberi.

Berkali-kali saya memberitahunya, tanggungjawab saya sebagai anak lelaki terhadap ibu bapa tidak akan terputus walaupun sudah berkahwin tanpa abai isteri dan anak.

Apakah cara yang boleh saya gunakan bagi menasihati isteri yang begitu keras hati untuk berubah?

Ahmad,
Selangor



ni jawapan Dr. tu....aku agak makcik2 sini bagi nasihat lagi power kut...



Agama asas kebahagiaan dalam kehidupan individu dan berkeluarga. Rasulullah SAW menasihati supaya memilih pasangan daripada golongan beragama dan berakhlak mulia melebihi keturunan, kecantikan dan harta benda.

Isteri yang beragama dan sedar tanggungjawabnya akan membawa ketenangan dalam rumah tangga.

Dengan itu anda hendaklah mendidik isteri dengan agama sehingga sedar tanggungjawab kepada Allah, suami, ibu bapa dan anak.

Anda sememangnya menyedari tanggungjawab sebagai ketua keluarga, termasuk sebagai pendidik kepada isteri. Al-Quran menerangkan penyelesaian kepada isu suami isteri, antaranya bermaksud:

“Lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah melebihkan lelaki atas wanita dan juga kerana lelaki membelanjakan daripada harta mereka. Maka wanita yang solehah itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara dirinya ketika suami tidak hadir bersama dengan pemeliharaan Allah.

“Dan wanita yang kamu bimbang melakukan nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka dan pulaukanlah mereka di tempat tidur dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taatkanmu, janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (Surah al-Nisa’, ayat 34)

Carilah jalan yang sebaiknya menyelesaikan masalah anda dengan isteri menerusi pendekatan al-Quran seperti di atas. Sekiranya nasihat secara baik tidak dihiraukan, anda perlu bertindak tegas mendidik isteri.

Last edited by lavatype on 2-2-2013 03:44 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2013 08:49 PM | Show all posts
susah jugak kalau macam ni. Kenapa tak cube bincang pasal ini dengan isteri.

Mendapat persetujuan supaya dapat bincang dengan aman dan berkesan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2013 09:00 PM | Show all posts
ronaldindin posted on 1-2-2013 08:49 PM
susah jugak kalau macam ni. Kenapa tak cube bincang pasal ini dengan isteri.

Mendapat persetujua ...

dah abis bincang la tu......

kalau mamat tu mintak nasihat acik2 kat sini...kejab je settle...kut..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 09:04 PM | Show all posts
lavatype posted on 1-2-2013 09:00 PM
dah abis bincang la tu......

kalau mamat tu mintak nasihat acik2 kat sini...kejab je settle...k ...

tau tak pe. ko apa tau. kura2 dalam perahu je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 09:11 PM | Show all posts
masalah siapa sebenarnya ni? lava aka ahmad ke? masalah lipat bajupun nak buka thread ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 10:18 PM | Show all posts
"Dengan saya pula,dia mengatakan tidak berpuas hati kerana berasakan saya membelakanginya, sedangkan segala-galanya sudah diberi. "

Pandai je encik ahmad ni buat mukaddimah pasal basuh baju.Padahal masalah yg lagi besar ialah bini tak suka dgn cara kepimpinan dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2013 11:13 PM | Show all posts
Cari bini baru la sorg lagi.....kali ni pilih betul2....tgk rumah mak dia dulu...kalau kemas, teratur....baru boleh confirm....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2013 11:35 PM | Show all posts
madeinborneo posted on 1-2-2013 09:04 PM
tau tak pe. ko apa tau. kura2 dalam perahu je.

aku tau apa yg kau tak tau...tau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2013 11:37 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 1-2-2013 09:11 PM
masalah siapa sebenarnya ni? lava aka ahmad ke? masalah lipat bajupun nak buka thread ke?

ye le..kalau lipat baju pun hancus...apalagi masak asam pedas...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 12:03 AM | Show all posts
salam, lava...
benda ni kecik tapi bila dah lama tegur.....tk jln camna tu...susah kalau...teguran membina dianggap cari pasal lak...keras hati tak kan ngaku salah..org lain lak disalahkannya...bawa bincang tak jln...nanti jadi gadoh lak...tul tak lava.........?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2013 12:17 AM | Show all posts
BT10 posted on 2-2-2013 12:03 AM
salam, lava...
benda ni kecik tapi bila dah lama tegur.....tk jln camna tu...susah kalau...teguran  ...

betul tu...ni nama dia ego pompuan...

kita tegur dia merajuk..kita tegur dia merajuk, dia melenting pulak..

sian cik ahmad dapat bini camni....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 12:27 AM | Show all posts
lavatype posted on 2-2-2013 12:17 AM
betul tu...ni nama dia ego pompuan...

kita tegur dia merajuk..kita tegur dia merajuk, dia melen ...

teruknyer bini ko laba... sian ko... patut la bertukun kat FD ni  utk menghiburkan hati nan lara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2013 12:34 AM | Show all posts
IceCream_Soda posted on 2-2-2013 12:27 AM
teruknyer bini ko laba... sian ko... patut la bertukun kat FD ni  utk menghiburkan hati nan lara ...

agak dah....mesti ada mentality basement tanya soalan camni....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 12:36 AM | Show all posts
lavatype posted on 2-2-2013 12:34 AM
agak dah....mesti ada mentality basement tanya soalan camni....

mana ada aku tanya.... tu statement
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2013 12:38 AM | Show all posts
IceCream_Soda posted on 2-2-2013 12:36 AM
mana ada aku tanya.... tu statement

oiii...nak buat statement p thread lain le...jangan kaco tred wa ok...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 12:42 AM | Show all posts
lavatype posted on 2-2-2013 12:38 AM
oiii...nak buat statement p thread lain le...jangan kaco tred wa ok...

eh sejak bila ko jadik alim xsuka OT ni? ni baru soklan.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2013 12:44 AM | Show all posts
lavatype posted on 1-2-2013 11:37 PM
ye le..kalau lipat baju pun hancus...apalagi masak asam pedas...

alamak, tak adillah samakan masak asam pedas dgn lipat baju. Aku malas gila kalau melipat baju tp kalau aku lipat mmg tip top..macam-macam susunan tapi kalau diberi pilihan aku prefer masak...tunggu mesin lipat baju dicipta.














Syukur, mak aku ada dengan aku, TQ mak...I lap you lahhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2013 12:44 AM | Show all posts
IceCream_Soda posted on 2-2-2013 12:42 AM
eh sejak bila ko jadik alim xsuka OT ni?  ni baru soklan.....

ot sesaat boleh la....mod pun kasi kan??



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2013 12:47 AM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 2-2-2013 12:44 AM
alamak, tak adillah samakan masak asam pedas dgn lipat baju. Aku malas gila kalau melipat baju tp  ...

lipat bajukan lagi senang dari masak2 ni...







syukur gak mak aku masih ada...luv u tu umi....



Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 01:01 AM | Show all posts
IceCream_Soda posted on 2-2-2013 12:27 AM
teruknyer bini ko laba... sian ko... patut la bertukun kat FD ni  utk menghiburkan hati nan lara ...

kannnn? sian, nak pakai kemeja tersarung kebaya, beli sama corak bunga, boria katanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.078808 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list