CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34092|Reply: 147

Update Pasal Kes Bunuh Sosilawati

[Copy link]
Post time 18-1-2013 10:30 AM | Show all posts |Read mode
kawan-kawan,

sape yang ada update pasal kes bunuh sosilawati, leh xkongsi dgn aku?
aku dgr mcm2 cerita lak skrg ni?
yg ni aku amek dr berita harian 26/10/2012

Shah Alam: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dibaringkan sebelum tengkuknya ditikam tertuduh kedua, T Thilaiyalagan dengan disaksikan peguam yang juga tertuduh pertama, N Pathmanabhan.

Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu, Pathmanabhan juga mengarahkan Thilaiyalagan membunuh Sosilawati di hadapannya kerana dia mahu menyaksikannya sendiri, selain turut arahkan pembunuhan tiga lelaki yang datang bersamanya. Sosilawati menjerit kuat meminta tolong, manakala tiga lelaki itu juga dibunuh menggunakan cara sama iaitu menelentangkan mereka, menutup muka dengan tuala dan menikam tengkuk mereka.


Selepas membunuh semua mangsa, Thilaiyalagan mengarahkan tertuduh ketiga, R Matan dan saksi pendakwa, K Sarawanan, mengambil minyak diesel dari rumah ladang.

Mereka kemudian mengangkat mayat semua mangsa dan meletakkannya di atas kayu yang sudah disusun serta meletakkan kayu di atas mayat, manakala zink digunakan untuk melapik mangsa ketika pembakaran.

Thilaiyalagan dan Matan mencurahkan minyak ke atas mangsa dan bersama Saravanan, mereka membakar mayat semua mangsa. Pada 31 Ogos 2010, Thilaiyalagan bersama Matan memungut abu mayat dan dimasukkan ke dalam tong sebelum dibuang ke laut.

Perbuatan itu disaksikan seorang lagi saksi pendakwa, U Suresh. Apabila dia menyoal mengenainya, Thilaiyalagan menjawab ia abu mayat mangsa.
Demikian antara persoalan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff dalam soal balas terhadap Thilaiyalagan.

Bagaimanapun, Thilaiyalagan menafikannya dan tidak setuju dengan Ishak.

Thilaiyalagan tidak setuju Pathmanabhan berada di tempat kejadian di Ladang Gadong ketika pembunuhan itu dikatakan berlaku antara jam 8.30 dan 9.30 malam, 30 Ogos 2010.

Ishak: Setuju Pathmanabhan tiada di ladang kerana dia sudah meninggalkan ladang itu?

Thilaiyalagan: Pada hari itu Pathmanabhan tidak datang ke ladang.
Ishak: Pada sebelah malam 30 Ogos 2010, Pathmanabhan berada di Subang Jaya?
Thilaiyalagan: Saya tidak tahu di mana dia berada.

Thilaiyalagan turut menafikan dia bersama Pathmanabhan, Matan dan K Kathavarayan atau dikenali sebagai Ravi, merancang membunuh semua mangsa sejak 29 Oktober 2010.

Disoal Ishak, Thilaiyalagan mengakui ada duduk bersama dengan Pathmanabhan, Matan dan Ravi sepanjang perbicaraan kes itu berjalan, namun dia menafikan pernah berbincang keterangan pembelaannya bersama tiga lagi tertuduh itu.

Sarawanan, 20, yang juga pekerja bengkel dan Suresh, 27, pekerja ladang, kini menjalani hukuman penjara 20 tahun di Penjara Sungai Udang, Melaka, selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, atas tuduhan melupuskan bukti dengan membakar mayat dan membuang abu mayat semua mangsa.

Pathmanabhan, 42, bersama pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20; Matan, 21 dan Kathavarayan, 31, dituduh membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd Karim, 32 dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Last edited by fahiza29 on 18-1-2013 11:12 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2013 11:12 AM | Show all posts
hhuhuu... any updates?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 11:23 AM | Show all posts
pasal dia masih hidup ek??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2013 11:26 AM | Show all posts
wat pe pasal dia masih hidup? hahaha.. baru2 ni kan ada perbicaraan kes dia..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 12:58 PM | Show all posts
peguam pathmanabhan ni ada deal gak pasal tanah dgn YB..YB tu takde lak kena bunuh...misteriiii...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 01:31 PM | Show all posts
berbelit belit main ngan depa ni....suka putar alam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2013 01:34 PM | Show all posts
kan.. kata ade saksi nampak dia kt kuala selangor... berambut pendek skang ni.... dok bincang ngn bos dia..... mcm2 hal lah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2013 02:06 PM | Show all posts
itula.. aku sendiri pun pening gak baca keterangan diorg ni... kejap nmpk rambut pendek... pastu nmpk kat kedai mkn la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2013 02:11 PM | Show all posts
jangan2 ada ritual tak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2013 02:12 PM | Show all posts
xpasti la.. mcm complicated gile
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 02:30 PM | Show all posts
orang dulu2 kate..
orang kate la kan..
kalo jumpe ular dgan india..
bunuh india dlu bru ular..
india lagi belit dri ular..

da kne tgkap pon,nk ckap belit2..
konon boleh lpas la tue.. hihi  
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 02:34 PM | Show all posts
masa awai berita dia mati ada org wat speku kata dia x mati dia lari p indon. nak wit insuran x silap. hmmm waalahulam
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 02:47 PM | Show all posts
tp dorang mati trajis la..ngeri..kene seksa, kena pukul..pastu sembelih..pastu kene bako lagi..kejam btol..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 03:20 PM | Show all posts
cikSepiT posted on 18-1-2013 02:30 PM
orang dulu2 kate..
orang kate la kan..
kalo jumpe ular dgan india..

tu pasal la ramai yenna yenni ni jadi lawyer...

klau aku nak naik mahkamah atau ada kes ke, aku plan nak amik lawyer yenna yenni, sal diorg pndai spin citer...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 03:42 PM | Show all posts
aku harap pembunuh2 kejam ni selamat sampai ke tali gantung pastu mati kena gantung

tak payah nak buat drama queen sgt la ckp org itu idup lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2013 03:50 PM | Show all posts
tp dorang mati trajis la..ngeri..kene seksa, kena pukul..pastu sembelih..pastu kene bako lagi..kejam btol..


aku sedih tol dgr berita pasal kematian diorg sume ni. mmg seksa la masa nak mati tu kan.. sedangkan malaikat nk cabut nyawa pun sakit, ini kan pulak bila kena seksa, kena pukul, kena sembelih.. ish2.. xsanggup aku!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2013 04:27 PM | Show all posts
sgt kejam n scary  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2013 04:29 PM | Show all posts
adel7 posted on 18-1-2013 04:27 PM
sgt kejam n scary

mmg la.. dunia skrg ni xpuas hati je bunuh.. apa la motif diorrg ni kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 04:31 PM | Show all posts
fahiza29 posted on 18-1-2013 04:29 PM
mmg la.. dunia skrg ni xpuas hati je bunuh.. apa la motif diorrg ni kan?

tu lar. dah mcm x de moral dlm diri

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 04:44 PM | Show all posts
Lama lagi la kes ni nak selesai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.066872 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list