Dlm aku dok sensorang melihat gugusan bintang kat langit, aku terpikir, kita tidak 'berseorangan' di alam ini... Justeru itu, terdapat 'pelbagai' alam di atas muka bumi ini baik secara fizikal mahupun secaa spiritual
Namun apa yg ingin aku tanya pada kalian yg datang daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan pengalaman ini adalah ada berapa alam di atas muka bumi ini?
Apakah yg dimaksudkan dgn METAFIZIK?
Bagaimanapula dgn alam DIMENSI KE EMPAT?
Apakah dimensi keempat itu merupakan SEBAHAGIAN daripada ALAM GHAIB?
Rasanyer.. sejak kebelakangan neh ada thread seumpama ini yg dibukak kat MPS.... Bezanyer tentang "diri kita" di dimensi laen dan ianya masih dibincangkan smpai ke bod lagenda mitos tue....
metafizik ini adalah bahagian atau kategori yang bukan daripada sains iaitu sesuatu yang tidak dapat dikaji dan dicapai melalui pancaindera atau peralatan yang ada sekarang...contohnya seperti kisah hantu, jin kayanga ni semua bukan boleh diuji secara terus didalam makmal...jadi kategori ini diberi nama metafizik...
dimensi keempat ini ada berbagai pendapat....ada yang mengatakan dimensi keempat adalah masa dimana 3 dimensi awal adalah dimensi ruang...tetapi ada juga yang mengatakan dimensi keempat adalah bahagian dari dari paralalel universe atau dimensi alam lain...ahli fizik stephen hawking itu sendiri membuat teori banyak alam yang wujud berlapis2 antara satu sama lain...dari segi metafizik ada yang menganggap dimensi keempat adalah dimensi alam jin semua la.....jadi dimensi keempat ni masih bebas untuk ditafsirkan oleh penulis...
jika kajian tentang dimensi alam ini dapat menunjukkan pertalian, hubungan dan menerangkan alam ghaib itu wujud termasuklah sifat2nya maka bolehlah dapat dicari jawapan kepada persoalan diatas...walaubagaimanapun kaedah ini adalah kaedah biasa dalam kajian sains...mungkin perlu kaedah lain atau baru bagi mendapatkan jawapannya......
btw aku perna terbaca teori yang mengatakan bahawa selepas dimensi kita ini (dimensi manusia) dimensi selepas itu tidak memungkinkan wujudnya jasad spt alam kita...mungkin kehidupan yang sama sekali berbeza dengan yg ada pada dimensi manusia.....dan mungkin juga alam jin ini berada dalam dimensi yang sama dengan fikiran kita kerana berdasarkan cerita pasal jin ianya paling senang untuk berinteraksi/menganggu pada level fikiran manusia..
ninja9 posted on 9-8-2012 04:44 PM
metafizik ini adalah bahagian atau kategori yang bukan daripada sains iaitu sesuatu yang tidak dap ...
metafizik ini adalah bahagian atau kategori yang bukan daripada sains iaitu
sesuatu yang tidak dapat dikaji dan dicapai melalui pancaindera atau peralatan
yang ada sekarang...contohnya seperti kisah hantu, jin kayanga ni semua bukan
boleh diuji secara terus didalam makmal...jadi kategori ini diberi nama
metafizik...
bro..
aku tertarik dgn statement ko yg ini...
Zaman masakini, aku melihat, sudah ramai manusia (sbahagian umat Islam) cuba utk menetusahkan alam ghaib dgn kada quantitative dan juga qualitative seperti mana mengukur kadar haba dalam kJoule dan sewaktu dgnnya..
berkenaan dgn dimensti ke-4, aku berpendapat, ia bukanlah alam ghaib tetapi ia sebahagian daripada alam ghaib sperti contoh, blackhole,event horizon dan sewaktu dgnnya.
SulurBidar posted on 11-8-2012 12:23 AM
bro..
aku tertarik dgn statement ko yg ini...
benar bro...terdapat ramai orang yang cuba mengesan kehadiran jin, hantu dan sebagainya melalui gajet elektronik...biasanya gajet2 ini cuma mengesan perubahan suhu, medan magnet atau frekuensi gelombang pada suatu kawasan...jika ada perubahan ketara tanpa sumber yang jelas diandaikan bahawa perubahan itu disebabkan oleh kehadiran entiti...kaedah ini masih terlalu jauh untuk dapat diterima dalam masyarakat sains...ianya hanya menimbulkan lebih banyak persoalan..mungkin sebagai permulaan ianya adalah usaha yang bagus..
Aku ingin bertanya...apakah faedahnya yang kita sebagai umat manusia ingin mengesan kehadiran jin,hantu dan sebagainya.Sedangkan jin2 dan syaitan dah wujud sebelum kelahiran Adam..
sag3010 posted on 12-8-2012 11:01 AM
Aku ingin bertanya...apakah faedahnya yang kita sebagai umat manusia ingin mengesan kehadiran jin,ha ...
sebenarnya yang paling penting disebalik perkara itu ialah kefahaman tentang ilmu tersebut seperti kefahaman tentang alam semesta, kegunaannya dll...tujuan2 itu mungkin hanya sebagai pendorong untuk memahami sesuatu....kefahaman inilah yang akan berguna kepada manusia untuk membuat berbagai perkara dalam kehidupannya... selain itu adanya sesuatu usaha tersebut secara tidak langsung merupakan satu kajian ilmu dan mungkin membuka kepada memahami cabang ilmu2 baru yang belum pernah ada sebelum itu...
kajian nuklear misalnya belum pernah wujud pada abad ke 15 dan tetap tidak ada sekiranya tidak dimulakan kajian terhadapnya...dan juga jika kajian tidak dijalankan kepada bahan radioaktif semasa ditemui dalam lombong dahulu tidak akan ada janakuasa nuklear sekarang, tiada bom atom, tiada enjin nuklear, tiada perubatan radioaktif, dll....kefahaman tentang sifat2 radioaktif itulah yang akan digunakan dan dimanfaati dalam pelbagai bidang kehidupan manusia...
satu lagi untuk menghasilkan sebuah handphone pintar misalnya...terlalu banyak bidang ilmu yang terpaksa dikembangkan..kajian terhadap cahaya, elektrik, elektromagnet, sains bahan, gelombang, nukleus dll selama beratus tahun...ianya tidak menjelma sekelip mata.... benjamin franklin antara yang mula2 mengkaji tentang elektrik pasti akan kagum sampai pengsan sekiranya dapat melihat betapa hebatnya kegunaan elektrik pada zaman ini dalam kehidupan manusia...
bab dimensi ni, kalo nak paham, mai tengok video nih..
pendapat aku, kan semua tahu "atas" kita ada 7 lapisan "langit"..
langit tu bagi aku DIMENSI ler..
sejauh mana pun terbang di angkasa, kita tetap berada dalam ruang 3 dimensi..
tapi dimensi ke 4, tak jauh pun, "sebelah" kita ni jer..
kenapa bila meninggal dunia jasad kita akan ditinggalkan di bumi, sebab jasad manusia 3 dimensi..
itu sebab ada pendapat, kebangkitan semula pada alam baru (akhirat) adalah dalam satu jasad baru..
bila kita chanelling, astral travel, meraga sukma.. pun kita kena tinggalkan jasad..
cuma jasad Nabi dan Rasul jer yang boleh merentas dimensi..
contoh kisah Isra dan Mikraj, kisah Nabi Idris, kisah Nabi Isa dan lain2 lagi..
makhluk 4 dimensi tak di ketahui.. orang yang pernah masuk dan tengok jer tahu rupa makhluk 4 dimensi..
tapi contoh benda 4 dimensi adalah Hypercube@Tesseract..
dalam 3 dimensi, rupa Teserract ni cuma kiub biasa jer..
sag3010 posted on 12-8-2012 11:01 AM
Aku ingin bertanya...apakah faedahnya yang kita sebagai umat manusia ingin mengesan kehadiran jin,ha ...
aku sokong soklan nih...
Allah dah jadikan 'benda' tu tidak dapat dilihat... biar la kekal mcm tu... sbb, berapa ramai org yg pernah lihat, kemudiannya menjadi takut & momokkan org lain pulak... sedangkan Allah dah ajar soh takut dgn Allah SAHAJA...!!! yg berani tgk plak, dah nak jadi kawan... kan Allah dah pesan, jgn ada langsung komunikasi atau apa2 hubungan dengan benda2 tu...
aku pernah dgr... tp sedikit lupe... kire ingat2 lupe ah...
dimensi keempat ni kire macam 'langit pertama'... tima israk mikraj... nabi pergi sampai dimensi ke-10 kalau x silap aku... pasal baginda pergi ke langit ke-7... setiap kali dia pergi ke dimensi atau langit... bumi akan nampak macam pasir di lautan... so imagine kecik mane bila dah sampai last sekali...
so rasenye hantu syaitan ni bukan dekat dimensi keempat ah... wallahualam...
menarik topik ni. kawan aku yang boleh berinteraksi dengan jin ada bagitau aku yang jin bagitau dia yang mereka ni duduk di dimensi ke 4.. tak tau la kalau jin tu tipu dia ke. hehe.
Tujuan aku bukak cerita dimensi ke-4 adalah kerana aku ingin mencari ketidaksinambungan / kesinambungan kedua-dua alam tersebut yg terangkum di dalam ilmu metafizik.
Dan di sini aku tidak menyebutkan tentang mengkuantitatifkan / mengkualitatifkan perkara-perkara ghaib becoz this matter was not measurable...
Berdasarkan keterangan di atas dan aku jugak berpendapat bahawa dimensi ke-empat adalah sebahagian daripada alam ghaib yg bersifat seperti parallel universe...
Dan alam ghaib ini luas (seperti mana alam nyata - alam daratan, alam lautan, alam hutan)...
DAn satu soalan lagi, mampukah wormhole tercipta berdasarkan konsep dimensi ke-4?
Sesiapa yg pernah tonton movie 'Jumper' lakonan Hayden Christensen atau X-Men 2 watak Nightcrawler da jugak Transformers : Dark Of The Moon serta The Avengers, mereka ini mampu memanipulasikan dimensi ke-4 sehingga mewjujudkan 'teleportal'