CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4831|Reply: 1

Block B “Shopaholic?” di Pembukaan Kenanga Wholesale City (KWC)

[Copy link]
Post time 8-6-2012 02:29 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by isabel at 8-6-2012 14:30



26 Mei 2012, Sabtu – Kehadiran Block B tanpa kehadiran Zico (ketua kumpulan), Taeil, B-Bomb, Jaehyo, U-Kwon, Park Kyung dan P.O buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Malaysia untuk memeriahkan majlis pembukaan Kenanga Wholesale City (KWC) pada 26 Mei 2012 yang lalu bersama dengan barisan artis tempatan lain seperti Hujan, pemenang Astro Star Quest, Geraldine Gan and Jie Ying dan majlis telah di acarakan oleh Royce Tan dari MYFM dan Fay Hokulani dari Hitz.fm. Pelbagai atucara telah disediakan oleh pihak penganjur antaranya tarian singa, pertunjukkan fesyen, pertandingan mencari style berbakat “KWC Fashionista Style Search Finale” dan juga persembahan dari barisan artis yg di jemput.



Bernard Bong, Pengarah Urusan Kenangan Wholesale City Sdn Bhd di dalam ucapannya memberitahu bahawa “Perjalanan kami bermula dengan konsep yang ringkas, utk memberi laluan kepada seseorang utk menjadi pemborong fesyen dengan mudah. Pusat sehenti yg menyediakan pelbagai jenis barangan. Konsep ini sudah terkenal di negara luar seperti China dan Korea. Sebagai contoh Dongdaemun dan Namdaemun di Korea yg sangat terkenal sebagai pusat sehenti utk pemborong membeli barangan fesyen terkini sama ada pakaian, akesesori ataupun beg dan kasut. Dari situ ilham ini terhasil.

KWC ingin cuba mengubah perspektif fesyen borong di Malaysia. Matlamat kami ialah utk menjadikan Malaysia lebih kompetitif dalam industri fesyen borong di Asia. Dan pada masa yg sama dapat membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada mereka yang berminat di luar sana”



Kepada penggemar fesyen di luar sana dan bakal peniaga-peniaga baru mungkin anda boleh meluangkan masa sehari di KWC utk melihat sendiri produk-produk yg di sediakan. Pastinya tidak rugi. Penulis sempat meninjau sekitar KWC dan anda jangan risau, kerana butik-buitk di KWC juga menyediakan pembelian ‘one piece’ dgn harga yg berpatutan. Anda tidak perlu membeli secara borong.



Acara diteruskan dengan kemunculan 6 orang anak muda, tampan. Tidak sia-sia penantian peminat yang telah berkumpul seawal 10 pagi di KWC, sekitar pukul 4 petang Block B akhirnya menamatkan penantian peminat yang tidak bosan menanti. Pentas KWC dihangatkan dengan 6 orang jejaka yang kelihatan relax dan mungkin gemuruh, teruja dengan sambutan peminat yg diluar jangkaan. Membawakan lagu-lagu popular mereka seperti “U-hoo-hoo”, dan “Wannabe”, tingkat 15 KWC bagaikan histeria, bergema dengan jeritan BBC ‘비비씨’, gelaran kepada peminat Block-B pabila 6 anak muda ini  menari dengan lincah, karisma dan tanpa henti.

Mereka sempat di tembual bual oleh Royce dan juga Fay tentang peminat mereka di Malaysia;

“Kami tidak menjangkakan akan ada peminat di sini, kami sangat teruja!!”



Mungkin mereka masih lagi terkesan daripada kontroversi yang mereka sedang cuba atasi sekarang. Tapi yg pastinya BBC, Malaysia sangat menyokong kehadiran Block B di Malaysia. P.O ditanya  sama ada dia akan menayangkan badannya ketika persembahan seterusnya atau tidak. Jawapannya mungkin akan mengecewakan segelintir peminat wanita Block B;

“Tidak, saya tidak menayangkan badan kepada sesiapa kecuali kepada teman istimewa saya hehe” P.O

Ahhh !! .. kepada BBC lain jangan terlalu kecewa. Dan siapakah pula shopaholic di antara ahli Block B? Ingin tahu siapa?


Sayalah orangnya – Park Kyung



Pentas terus digegarkan dengan lagu “Nanrina”. Tatkala kami menyangka persembahan telah habis, Block B telah menambahkan kehangatan KWC dengan lagu encore “Let’s Get retarded” daripada Black Eyes Peas. Persembahan yang sangat bersahaja dan tarian yg lincah. Di akhir sekali Block B telah meluangkan lebih dari sejam utk sesi tandatangan. Kepada 100 peminat yang terpilih, tahniah di ucapkan. Dan kepada yg tidak berjaya, semoga Block B akan kembali lagi dan tidak akan lupa Malaysia utk siri jelajas mereka yang akan datang.



Terima kasih tidak terhinga kepada pihak pengurusan KWC dan juga pengajur iaitu Jazzy Group kerana sudi menjemput CARI.com utk majlis pemukaan gah KWC. Kepada mereka di luas sana, kalau anda belum pernah datang, sila luangkan masa utk berkunjung ke KWC dan berkemungkinan anda boleh membayangkan anda sedang melawat rangkaian kedai seperti yang terdapat di Korea.

Artikel dan gambar oleh : Erenah
Editor oleh : isabel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2012 03:28 PM | Show all posts
rancak betul KWC promosikan kompleks niaga mereka.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.052355 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list