CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4928|Reply: 1

"I GOT UR BACK" kata Jay Park kepada JWALKERZ

[Copy link]
Post time 23-5-2012 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by isabel at 23-5-2012 12:48



15th Mei, 2012 – Bertempat di Doube Tree KL Hilton, CARI.com berpeluang utk menemuramah Jay Park artis Hip Hop and R&B dari Korea secara eksklusif. Kumpulan media kami adalah merupakan kumpulan terakhir yang bakal menemuramah Jay Park dan setiap ketika itu kami semua diberitahu bahawa Jay Park tidak berapa sihat. Ketika itu juga kami semua berasa sudah semestinya temuramah ni sangat singkat dan ketat. Ketika akhirnya kami dipanggil masuk kelihatan Jay memang agak diam dan lemah. Ketika itu juga timbul rasa kesian kami terhadap Jay.  Sepanjang 30 minit kami habiskan masa bersama Jay dan sepanjang masa itu juga walaupun beliau dalam keadaan letih dan tidak sihat, senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya sepanjang melayani setiap soalan dari para media. Membuatkan kami, media merasa terharu dengan kerjasama ‘superb’ daripada Jay Park. Dan apa yang melucukan kami semua adalah kami semua sehingga kehabisan soalan untuk ditanyakan kepada beliau.   

Ditanya kepada pujaan hati Jwalkerz ini tentang Malaysia, apa yang beliau lakukan pagi ini, sama ada beliau sudah mencuba makanan Malaysia terutamanya nasi lemak dan pendapat beliau tentang sambutan yg diterima daripada peminat yang hadir ke showcase beliau di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur?

“ Wow .. bagus. Ini kali kedua saya di Malaysia dan kali ini lebih bagus dari sebelumnya. Dan pagi ini saya hanya berbaring sahaja. Letih selepas pertandingan bola keranjang semalam, tapi saya seronok dapat bermain bersama peminat. Dan hari ini saya tidak berapa sihat (senyum). Tapi saya okay.

Walaupun saya agak letih dan sakit tapi saya rasa sangat hebat. Puas hati. Sejak siri jelajah ini bermula, pengikut twitter saya semakin bertambah 1000 org setiap hari. Saya sangat terkejut dan teruja pada masa yang sama. Sebagai contoh ketika showcase saya kelmarin (KL), seorang kanak-kanak datang bersama album saya, melihat persembahan saya dan memberikan sokongan yg tak terhingga. Saya tak tahu bahawa seorang kanak-kanak comel dari Malaysia tahu tentang muzik saya. Sangat bagus”


Mungkin para peminat ingin tahu apakah pandangan Jay Park tentang dirinya yang membuatkan peminat dan Jaywalkerz meminati Jay Park dan apakah pula pendapat Jay Park tentang peminatnya yang tidak pernah putus menyokong perjalanan karier beliau? Serta lagu manakah yang sesuai utk menggambarkan Jwalkerz di mata Jay Park?

“Ehm .. mereka mungkin meminati saya kerana saya seorang yang sangat berminat, dan bersungguh dalam muzik yg saya cuba tampilkan (senyum bangga). Dan apa yg saya suka dengan peminat saya? Ehmm .. kerana mereka sangat meyokong saya dan tidak berbelah bagi. Mereka bukan sahaja menyokong saya dan muzik saya tetapi juga apa sahaja yang saya gemari dan lakukan. Mereka menyokong krew saya (AOM), keluarga saya dan jika saya suka Usher, mereka (peminat) akan cuba mendengar semua lagu-lagu Usher. Mereka semua adalah seorang yang sangat penyayang dan juga mempunyai tingkah laku yang baik (‘good manners’) .. mungkin lagu yang sangat sesuai utk menggambarkan mereka (peminat) .. ialah “I GOT UR BACK” .. seperti mana yang mereka selalu lakukan terhadap saya. Menyokong saya dari belakang”

Bertuah kepada Jwalkerz; gelaran kepada peminat Jay Park, tahniah kepada Jwalkerz, anda adalah permata hati Jay Park. Beliau tidak berhenti memberitahu kami bahawa dia mempunyai peminat yang sangat mengagumkan. Semoga anda akan teruskan menyokong Jay Park tanpa putus. Jay juga sangat gembira dan berbangga dengan peminatnya yang melakukan kerja-kerja kebajikan atas nama Jay Park. Ini adalah pesanan Jay kepada peminat di luar sana;

“Saya rasa ianya sangat bagus, mereka membuat kebajikan atas nama saya, seperti membela seekor beruang koala atas nama saya. Ianya sangat mulia. Tetapi saya harap mereka tidak melakukan semua ini hanya utk menjadikan saya ‘kelihatan baik’ sbg public figure. Saya mahu mereka melakukan charity, kerja-kerja kebajikan ini kerana hati mereka sendiri yg inginkan. Niat yg baik utk membantu mereka yg susah bukan utk saya ..”

Sepertimana beliau bangga dengan peminatnya, Jay juga sangat bangga dengan hasil karya beliau, muzik yang ingin di sampaikan, konsep yang ingin di tonjolkan dan inspirasi beliau di dalam penghasilan karya muziknya.

Salah satunya mungkin yg menarik perhatian kami adalah cover album utk ‘NEW BREED’, sangat unik, lain dari lain dan sangat menonjol. Ramai yang ingin tahu di mana dan bagaimana beliau mendapat inspirasi utk cover album ‘NEW BREED’

“Haha .. Yup .. ianya idea saya. Sebenarnya ilham utk konsep album photo ‘NEW BREED’ ini datang ketika saya sedang melakukan rakaman video. Salah seorang teman rapat, dia mempunyai wajah yang bersih and tiba-tiba dia mengenakan make up di mukanya yg seakan-akan tattoo. Wow .. dan ianya terus menarik perhatian saya. Ia memerlukan 3 jam utk bersolek, kemudian kami mengambil gambar dan membahagikannya kepada dua. Seakan seperti sebuah kenyataan, atau metamorphosis kepada album saya yang mempunya gabungan berbagai konsep, gabungan Hip Hop, R&B, Akustik, dan juga dance (tarian). Seperti diri saya juga, berbeza dari yang lain. Saya ingin mereka berkata “Siapa tu?? Muzik apa??” dengan hanya melihat cover album sahaja. Dan diharap ia dapat menarik perhatian mereka utk mendengar muzik saya dan menyukainya … (senyum)”

Ramai pengikut twitter Jay Park mungkin sudah tahu bahawa beliau sedang dalam proses mempersiapkan mixtape album utk para peminatnya. Kami sempat bertanya kepada beliau bilakah album mixtape tersebut akan di lancarkan dan adakah beliau akan kembali dengan album penuh dalam masa terdekat?

“ (ketawa) .. sebenarnya ia (mixtape album) sepatutnya siap beberapa hari yang lepas, tetapi kerana kesibukan siri jelajah dan jadual yg padat, ia sedikit lewat. Tetapi jangan risau, ketika ini, teman baik saya Cha Cha sedang mixing lagu yang ada, menyiapkan lagu terakhir. Dalam beberapa hari terdekat ini pasti akan keluar dan ianya boleh dimuat turun secara percuma khas untuk peminat saya”

Teruja? Pastinya. Dan ketika artikel ini di keluarkan, mixtape album tersebut sudah boleh dimuat turun dibeberapa laman sesawang yang ada. Sila lihat di akhir artikel utk alamat sesawang yang boleh di lawati. Terima kasih Jay, pastinya ini yang ingin di sampaikan oleh peminat Jay kepadanya.

Berkenaan album penuh pulak ini jawapan Jay?

“Album penuh (kpop) akan mengambil masa yang agak lama utk proses persediaannya. Mungkin tidak dalam masa yg terdekat ini sebab buat masa ini fokus saya adalah untuk menghasilkan lagu-lagu Inggeris untuk album Inggeris saya..”

Diharap semoga Jwalkerz tidak perlu menunggu terlalu lama utk mendengar lagu-lagu kpop hasil kreativiti Jay Park sendiri.

Apakah pula inspirasi Jay Park dan bagaimanakah beliau cuba menghabiskan sesebuah lagu baru?

“Saya tidak pernah cuba memaksa diri utk menyiapkan sesebuah lagu, kerana saya percaya sesuatu yg dihasilkan secara paksa selalunya tidak berkualiti. Saya ingin muzik dan lagu yg dicipta oleh saya mestilah hasil secara sendiri, semulajadi, tanpa paksaan. Sekiranya, ketika itu saya tidak dpt menghabiskan karya tersebut, saya akan berhenti menyiapkannya dan melakukan perkara lain seperti membuat track lagu lain atau pun pulang kerumah, makan, menonton … dan tunggu sehingga ilham, inspirasi itu dtg kembali utk menghabiskan lagu tersebut ..”



Bukan mudah rupanya menghasilkan sesuatu lagu. Tetapi pasti ramai yang pernah menonton rancangan Jay Park bersama Dianne (Lee Shi Young) di dalam “Music and Lyric” di mana mereka harus menghasilkan sebuah lagu utk kumpulan kecik molek yng berbakat Tiny-G. Lagu Polaris, liriknya di gubah oleh Lee Shi Young atau Dianne, nama yg diberi oleh Jay Park sendiri dan muzik komposisinya telah di cipta oleh Jay. Malahan Jay ada menyumbangkan sedikit suaranya di dalam lagu yang bertajuk Polaris.

Ditanya sama ada beliau akan menyanyikan penuh lagu Polaris dan adakah seronok bekerja bersama Dianne?

“Oh.. tidak, saya tidak akan menyanyikan lagu Polaris. Saya cipta lagu itu khas utk Tiny-G dan saya tidak mahu mengambilnya dari mereka. Tetapi saya bangga dengan lagu Polaris dan Tiny-G .. Sangat bagus bekerja bersama Dianne. Pada mulanya suasana agak janggal. Saya tidak tahu apa yg saya perlu lakukan atau apa yang perlu dikatakan, kadang-kadang saya rasa ‘hilang’. Tetapi selepas mengenali Dianne, saya dapati dia seorang yang sangat ‘cool’ dan dia sentiasa meletakkan 120% usaha utk apa sahaja yg dilakukan … saya sangat kagum. Dianne juga pernah memberikan saya tip utk lakonan (ketawa malu) .. saya rasa saya perlukan masa yang panjang sekiranya saya ingin menjadi pelakon yang baik. Banyak lagi yg saya perlu belajar … hehe (ketawa)”

Ada sesiapa pernah melihat persembahan Jay Park di dalam rancangan muzik korea “Immortang Song 2”? Tidak dinafikan penulis juga mengagumi bakat Jay Park di dalam Immortang Song 2, menyayikan lagu-lagu lagenda Korea seperti Patty Kim, Nam Jin dan yang lainnya.

Adakah beliau berpuas hati dengan persembahan beliau di dalam Immortal Song 2? Mari kita dengarkan apa kata Jay Park?

“seram sejuk, saya sangat menggeletar. Saya terpaksa menyediakan konsep lagu, menghafal lirik dan juga tarian dalam masa kurang dari seminggu. Masa yg diberikan sangat pendek, susah tapi sangat berbaloi. Saya sangat seronok ketika membuat persembahan di Immortal Song 2. Saya juga sgt gembira dengan kejayaan dan popularity yg diterima bukan sahaja daripada peminat muda tetapi juga peminat veteran yg seumur dgn ayah dan ibu saya.  Saya gembira kerana dapat mempersembahkan sebuah persembahan yg bukan sahaja dinikmati oleh golongan muda tetapi golongan veteran juga. Suatu pencapaian yg saya sgt banggakan.”

Syabas Jay Park, anda sebenarnya memang salah seorang performer yg sgt bagus. Manakan tidak Patty Kim akhirnya menjadi peminat Jay yg terulung.

Sekali lagi Cari.com sempat bertanya dengan Jay sekiranya beliau di beri peluang utk menyanyikan lagu-lagu ciptaan Park Jin Young (JYP), lagu apakah yg beliau akan pilih dan mengapa?

“ .. ehmm .. mungkin “This Song (이 노래).. ehmm tidak pasti kenapa .... tapi saya akan pilih lagu ini”

Sesuatu yang baru, “This Song” oleh 2AM adalah lagu ballad yg meruntun hati, bagaimana agaknya sekiranya Jay menjadikan lagu ini, sebagai lagunya? Kita hanya akan tahu, bila Jay sendiri menyanyikannya.

Bagaimana pula dgn membuat cover song?

“ehm.. sebenarnya saya suka membuat muzik baru. Saya tidak berapa suka utk membuat cover song. Ini kerana, setiap kali membuat cover song, pendengar akan sentiasa cuba membandingkannya dengan penyanyi asal, kerana itu saya kurang berminat. Saya lebih suka membuat muzik baru dan fresh utk peminat di luar sana.”

Kita jarang sekali melihat Jay Park di dalam rancangan hiburan (variety show), sekiranya di beri kesempatan utk mengendalikan rancangan hiburan, apakah konsep yang ingin di sampaikan?

“haha .. konsepnya mungkin agak kelihatan bodoh sedikit, Kalau boleh saya ingin konsep yang berkaitan diri saya, kawan-kawan dan keluarga saya. Mungkin saya akan kenakan lawak bodoh (prank) terhadap orang disekeliling saya (haha). Ataupun ia tentang muzik dan tarian saya.”

Ada mana-mana Jaywalkerz di luar sana yg ingin terlibat dlm rancangan hiburan yg di hoskan oleh Jay Park? Pasti ramai yg sedang mengangkat tangan sekarang.

Kepada yg pernah menonton music video Jay park pasti akan perasan dengan scene ini “Kissing scene”, ramai diantara peminat Jay Park yg ‘patah hati’ setiap kali Jay Park mencium pasangannya di dalam music video tersebut. Dan ramai juga yg ingin tahu apakah yg ada di dalam fikirannya ketika melakukan babak tersebut. Ada juga yang bertanya adakah Jay Park meminta pengarah memasukkan babak itu sendiri?

“ (senyum) .. oh tidak, tidak, tidak, ini adalah idea pengarah dan penulis scenario utk music video. Saya tidak minta pengarah memasukkannnya (comel). Ehmm .. ianya sgt janggal tetapi saya cuba sedaya upaya utk tidak kelihatan terlalu janggal. Cuba bayangkan anda sedang bersedia utk beraksi dan tiba-tiba anda lihat orang di sekeliling anda bersedia dengan iphone masing-masing, bersedia utk mengambil gambar atau video babak tersebut. Sangat memalukan … tapi saya tidak kata saya tidak menyukainya !! (hoho .. nakal juga rupanya Jay Park)”

20 min telah berlalu sejak soalan pertama di lontarkan, tetapi Jay Park sedikit pun tidak menunjukkan keletihan dalam tutur bicaranya atau jawapan yg diberikan. Penulis sangat kagum dengan anak muda ini. Masa lampaunya mungkin tidak seindah pada sesetengah pihak, kontroversi yg pernah di lalui merupakan pengalaman yg mendewasakan beliau. Ingin sekali penulis tahu siapakah tulang belakang di dalam hidup Jay Park. Ini jawapan Jay tentang rahsia dan cerita di sebalik tattoo yang menyaluti tubuhnya dan kami meminta beliau memilih tattoo yg paling disukainya;


Khusyuk media melihat tattoo di lengan Jay Park



“Ini adalah tattoo pertama saya (AOM), mereka sangat penting dalam hidup saya, bukan setakat sebagai krew penari tetapi mereka adalah saudara saya. Bentuk hati ni (Heart) di dalamnya adalah lambang keluarga, teman-teman dan juga muzik yang menjadi inspirasi dan motivasi dalam hidup saya. Dan karakter chibi ini adalah saya, semua org kata ia comel (cute) … semua ini adalah kesukaan saya, setiap satu ada cerita disebaliknya .. anda seperti meminta saya memilih lagu yg paling saya suka didalam album saya, semuanya saya suka …”


Jay Park bijak menjawab soalan daripada media. Soalan ini seperti bila kita ditanya ‘kamu sayang ayah lebih atau ibu?” Tricky tapi itulah Jay, bijak menjawab soalan.

Ahad lepas adalah Hari Ibu, bagaimanakah Jay menyambutnya memandangkan beliau berada jauh dari Ibu tersayang.

“ yeah .. saya rasa teruk kerana tidak dpt menyambut bersama Ibu. Tetapi saya telah menghubungi ibu dan juga meminta abang saya utk membuat sesuatu yang special utk Ibu.”

Selamat Hari Ibu kepada ibu Jay Park. Anda adalah wanita yang paling berharga dlm hidup Jay Park.

Penulis juga ingin tahu bagaimanakah Jay di depan Ibunya. Adakah dia seorang yang manja? Mungkin?

“ haha .. saya sangat rapat dengan ibu saya, dia segalanya. Bila saya berjumpa dengannya, Ibu pasti akan menyediakan semua makanan kegemaran saya. Saya cumalah seorang anak lelaki biasa pada dia, bukan superstar atau Idol Jay Park.”

Bagaimana dengan masa terluang? Apakah yg di lakukan oleh Jay Park?

“Masa sekarang saya tidak ada masa terluang, tidak ada masa rehat dan kebelakangan ini saya tidak ada masa utk bercuti pun. Terlalu sibuk dengan kerja dan membuat keputusan dlm bermacam-macam urusan. Membuat keputusan utk perniagaan, muzik, konsep album ataupun membuat lagu dan muzik utk artis lain atau juga utk menyiapkan kolaborasi lagu bersama artis lain. Terlalu banyak yg perlu dilakukan dalam masa yang sangat singkat. Tetapi saya gembira, dan bahagia dengan apa yang saya lakukan sekarang. Saya masih ada keluarga, teman-teman dan juga peminat yg sentiasa menyokong dan menantikan saya bila saya perlu. Ianya berbaloi setiap satunya.”

Baru-baru ini Jay telah membuat tattoo baru di bahu sebelah kiri dan berbunyi “The World is Mine” dan sekiranya dia diberikan peluang utk merubah dunia, apa yg dia ingin lakukan?

“… sudah 5 jam saya menjawab sesi interview ini (oke..kami sudah rasa bersalah tapi Jay tetap menjawab tanpa rasa bosan..) .. kalau saya diberi peluang, mungkin saya ingin menjadikan dunia ini lebih aman, tiada peperangan dan menghapuskan kemiskinan selamanya.”

Jika diberi kuasa hebat ‘super power’ apakah kuasa yg beliau inginkan?

“Saya ingin terbang, seperti burung. Mereka kelihatan sangat bebas di udara, melihat dunia dari atas. Dan saya boleh rasakan saya bebas, free .. saya juga peminat rancangan superhero. Saya suka Iron Man 2, 3 atau 4, sekiranya ada. Saya juga suka Superman, Batman, Xmen. Saya sudah tonton Avengers dan saya sememangnya peminat karakter from Marvel. Cool ..”

Akhir sekali Jay ditanya, bagaimana dia melihat dirinya dalam masa 30 tahun dari sekarang?

“30 tahun dari sekarang, saya akan berumur 55 tahun. Entah lah saya tidak tahu, sekiranya saya tahu apa akan terjadi di masa akan datang, saya mungkin boleh jadi tukang tilik atau psikik. Kita tak mungkin tahu apa akan terjadi di masa depan, mungkin saya akan berkahwin dan mempunya anak .. siapa tahukan?”

Salah seorang media sempat memberitahu Jay Park bahawa beliau sangat seiras dengan salah seorang pemain badminton negara Dato’ Lee Chong Wei. Ini reaksinya;

“yeah .. kami nampak kelihatan seiras, mungkin mata, ohh telinganya juga serupa .. dan rambutnya …hehe”




Jay dan Dato’ Lee Chong Wei, seiras? Jay kata Ya ^^



Seperti kanak-kanak kecil yang teruja menemukan sesuatu yg baru. Begitulah Jay Park. Terima kasih dia atas kesudian Jay Park utk ditemuramah kami para online media. Kami amat menghargainya. Walaupun beliau tidak sihat, batuk kecil tetapi beliau langsung tidak menunjukkannya di depan media. Suatu attitude yg penulis sangat respect, ‘salute’.

Diakhir temuramah ini salah seorang wakil dari JayPark.net yang turut serta dalam wawancara tersebut telah menyerahkan sebuah beg yang dipenuhi dengan 'cookies' yang ditempah khas untuk Jay. Sambil beliau sibuk membelek biskut tersebut beliau berkata dia tidak mungkin dapat menghabiskan kesemuanya maka beliau dengan senang hati menyerahkan sebungkus setiap media yang hadir.


Jay berkongsi cookies yang diterimanya bersama Media.




ini salah satu cookies yang diberikan oleh Jay Park kepada media



Jutaan terima kasih kepada Universal Music Malaysia kerana memberi kesempatan kepada CARI.com utk menyelami dan mengenali anak muda yang cute dan kacak ini. Semoga bakat beliau akan terus bergemerlapan bersama dengan usaha yg dicurahkan tanpa mengenal penat lelah.

Seterusnya kepada para peminat semua, anda boleh memuat turun dengan percuma album mixtape yg dinanti-nantikan oleh para peminat. Jangan lupa terus menyokong Jay Park utk selamanya.

Muat turun secara percuma:
Jay Park 'FreshA!R : Breathe!T' Mixtape :-
http://soundcloud.com/dfsb_kollective/sets/jay-park-fresha-r-breathe-t
http://www.hiphopplaya.com/magazine/9241



Artikel oleh : Erenah
Editor oleh : isabel
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2012 08:29 AM | Show all posts
ingatkan mata sy sorang je yg nampak dia cam lee chong wei. kekeke...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.418870 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list