CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27645|Reply: 129

bagaimana nak tenangkan hati ini....

[Copy link]
Post time 30-3-2012 07:39 PM | Show all posts |Read mode
slm...saya dapat kekuatan untuk menulis kerana terlalu bingung dengan apa yang berlaku pada kehidupan ini. bermula 2005, suami saya mula bermain sms dengan seorang janda. saya terbaca kata-kata pujian kepada janda beranak empat. ini lah kali pertama suami berbuat begini. sebelum ni dia seorang yang tidak ambil pot pada perempuan lain. kawan-kawan sekerjanya ramai yang memuji dia begitu. di rumah pun dia tak tunjuk apa-apa perubahan melainkan balik agak lewat dari biasa dan kerap bersama telefonnya. amat terpukul bila janda itu kawan saya tapi kami bukan kawan rapat.
bila saya tahu perhubungan ini, saya telefon janda tu dan minta dia jangan ganggu rumahtangga saya. dia kata dia tak sengaja. dia kata suami saya sayangkan saya dan saya tak perlu bimbang.
tapi hati dan perasaan saya tak tenang. saya sudah hilang kepercayaan pada suami saya. saya jadi syak pada dia. tak banyak sedikit pun kepercayaan saya telah hilang. katakanlah 10%.

selang beberapa bulan selepas tu, dalam saya mencari-cari ketenangan dan kekuatan semula, Allah maha kaya, saya terdengar perbualan suami saya dengan seorang wanita di kedai makan. si perempuan mengadu hal pada suami saya. bila dia sedar dia terus matikan telefon. bila balik saya tanya kami jadi kelahi. sebelum ni kami tak pernah kelahi besar-besar. dia nafi ada apa-apa hubungan dan marah-marah rahsianya terbongkar. saya jadi keliru. jiwa saya kembali tak tenang kerana pelbagai persoalan datang dalam kepala ni. serabut sungguh. hubungan kami renggang. 10% lagi kepercayaan saya pada suami saya hilang. saya jadi pendiam. sebelum ini apa yang berlaku seharian mesti saya ceritakan pada suami. ada ketika2 suami bercerita berjenaka dengan saya. selepas kelahi begini, mana ada lagi cerita-cerita yang mengeratkan hubungan kami. saya jadi bingung dan jiwa tak tenang langsung.

satu pagi, selang beberapa minggu, lebih kurang pukul 2 pagi saya terdengar bunyi sms masuk handset suami saya. naluri isteri saya ingin tahu. saya baca. sms dari teman sekerjanya "esok tak boleh jumpa lah. selamat berkursus". esok pagi saya tanya dan kami kelahi lagi. dia kata teman sekerja yang ada hal nak bincang dengan dia esok tapi sebab dia kena pi kursus tak boleh jumpa lah besok.

sekali lagi hati ini jadi serabut dan tak tenang. macam-macam perkara negatif yang dipikir. nak siasat banyak-banyak saya tak tahu caranya. nak duk diam tak buat apa-apa nampak diperbodohkan sangat. tapi kalau tanya lebih-lebih, kena marah jadi kelahi. hati jadi tak tenang. tak tahu cara nak buat macamana nak tenangkan hati ini. yang pasti 10% lagi kepercayaan hilang.

lama tak ada cerita baru melainkan perubahan sikap yang sentiasa bersama telefon dan selalu berada jauh dari saya kalau balik kerja. kalau saya di ruang tv dia akan ke laman duk di kerusi batu. telefon sentiasa ada bersama. begitu juga laptopnya. saya bersangka baik selalu. mungkin siapkan kerja pejabatnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2012 07:39 PM | Show all posts
selang tak lama lebih kurang bulan mei 2006, Allah sekali lagi dengarkan kepada saya dia berbual dengan perempuan dalam telefon. sikit pun dia tak bagitahu saya kawan perempuan akan tumpangnya ke tempat berkursus. dalam perbualan tu suami saya cerita tentang teman sekerja yang hantar sms tak boleh jumpa esok tu. dari perbualan tu saya tahu yang teman sekerja tu tiap-tiap hari masuk bilik suami saya mengadu hal tentang rumahtangganya. dalam perbualan tu pula saya dengar lah perempuan yang tumpang suami saya ni bercerita tentang suami nya yang kawin dua. dalam-dalam berbual tu dia panggil suami saya sayang. 2 kali panggilan sayang saya dengar. hati siapa yang tak sedih. jiwa mana yang bleh tenang. saya rasa serabut sangat. bingung sangat. saya jadi sakit hati dan dendam pada perempuan ini. 20% kepercayaan saya pada suami hilang kerana perbualan ni panjang dan perjalanan ke tempat kursus ini juga jauh. banyak tempat mereka berhenti minum bersama. saya tahu sebab suami saya kalau memandu mesti berhenti acap kali untuk minum sebab dia mudah mengantuk. suami tahu saya terdengar perbualan tu. dia suruh saya sabar tunggu dia balik untuk beri keterangan. 5 hari lepas tu dia balik. kami gaduh lagi. kasih sayang jadi pudar. gurau senda dah tak ada lagi. dia marah saya marah. kami masam muka. dia marah sebab rahsianya terbongkar. saya marah sebab orang lain cuba masuk dalam rumahtangga saya. hati saya tak tenang.

setiap kali suami pergi bermesyuarat, saya tak senang duduk kerana saya tahu perempuan tu ada sekali. kalau ada lawatan jabatan, mesti suami saya pergi dan perempuan tu juga. hati mana boleh tenang?

dalam pada tu, untuk baiki hubungan, kami ada juga pergi melancong. tapi ada ketika2, suami akan keluar seorang nak tinjau2 kawasan katanya. saya tahu dia keluar menelefon. satu ketika, balik dari melancong, terbacalah satu sms. "balik bila? Rindu nak berbual". bila ditengok dari perempuan lain pula. berapa ramai perempuan yang suami saya ada ni? bingung terus-terusan memikirkannya. bila saya tanya pasti kelahi. bertengkar tak habis-habis. saya perlukan penjelasan. suami pula seboleh-boleh nak simpan kemas-kemas. sikit pun tak terbongkar. makin berkecamuk jiwa ni. makin serabut hati ni. makin hilang kepercayaan saya pada suami saya. nak serang tanya perempuan tu saya takut nama baik suami saya pula tercemar. maruah dia saya kena jaga. pada siapa saya nak mengadu? saya hanya menangis dan berdoa. tapi hati tetap tak tenang. 10% lagi kepercayaan saya hilang.

suami bertukar tempat kerja tahun 2009. timbul pula watak baru. "tak boleh bercakap sekarang. anak ada bersama." "boleh call sebentar?" itu kata-kata sms yang kerap saya baca. saya tak boleh duk diam bila baca benda2 gini. saya tanya. kelahi lagi. dia pertahan diri dia. kawan sekerja lah, kawan pada kawan lah... mereka terlalu ambil berat satu sama lain. pernah satu malam suami sakit perut. datang sms dari perempuan ni tanya kabar. pernah juga saya baca sms suami tanya kabar tangan perempuan ni terseliuh dah baik ke. macam suami isteri tanya kabar masing2. sungguh ambik berat. saya makin keliru. makin bingung. selalu bertengkar, berkasar kerana orang lain. kepercayaan pada suami untuk jaga saya di hari tua dah hampir hilang. kata lah 10% lagi. saya amat berharap suami akan jaga saya bila sakit demam di hari tua tapi bila timbul benda2 gini, saya tak percaya dia akan jaga saya.

dengan perempuan yang berkursus bersama masih lagi berkursus bersama. setiap kali kena berkursus, saya jadi rungsing. tak kan tak benarkan berkursus, periuk nasi kami. lawatan anjuran jabatan pun pergi bersama. hingga lah satu hari saya pergi kenduri rumah kawan suami. di majlis tu, kawan suami tanya samada saya tahu ke tidak hubungan suami dengan perempuan tu. saya kata pernah dengar perbualan tapi tak tahu sejauh mana hubungan mereka. kawan suami saya pun cerita lah yang mereka sangat rapat. berani keluar bersama di bandar. pernah orang jumpa makan bersama jalan bersama di mall. masa lawatan pun sentiasa bersama. bershopping bersama. semua orang duk bercakap tentang hubungan mereka. saya amat sedih. amat malu. selama ini saya tanggung sendiri tak bincang dengan siapa2 takut nama baik dia terjejas tapi rupa2nya semua kawan-kawan dia duk bercakap hal dia. makin bingung saya fikir. makin serabut hati ini.

satu hari dalam bulan 12 tahun lepas saya terjumpa gambar perempuan bertelekung semasa mengerjakan umrah dalam laptop suami saya. sebelum ni pun ada saya jumpa gambarnya berposing di restoren bercermin mata hitam dalam simpanan suami saya. bila sampai tahap buat umrah pun tak sedar diri lagi, saya pun nekad nak hubungi dia. saya tak terfikir nak jaga maruah suami saya lagi kerana semua orang duk bercakap hal mereka dah. saya sms perempuan ni. mulanya dia tak mengaku tapi kemudiannya dia mengaku baik dengan suami saya untuk bincang kecemerlangan kerja. saya nasihat lah jangan sampai melampau dan timbulkan syak. dia melenting. biarlah... saya puas sebab dia sudah tahu yang saya tahu. mungkin selama ini dia ingat saya tak tahu. tapi hati saya masih tak tenang. jiwa saya masih kacau.

saya ingat bila saya dah berani cari pasangannya, suami saya akan berhenti berkawan dengan orang perempuan. rupa2nya saya silap. 2 minggu lepas saya bersama suami ke pasar borong. balik dari pasar borong, dia tak terus masuk rumah tapi duk di laman. saya tengok dia duk menelefon. saya hampiri dia, terus dia letak telefon. saya rasa geram. saya masuk rumah. dia ikut masuk dan kata kawan sekerja call. saya kecik hati sebab dia letak telefon atas muka saya. saya berdoa biar Allah tenangkan hati. kuasa Allah maha besar. esok masuk voicemail perbualan suami dengan perempuan dalam telefon lain. dia ada 2 telefon sebenarnya. mungkin terdail no. saya dengan telefon satu lagi. " Tak habis lagi ke merajuk" "cukup2 lah tu..." suami memujuk dengan suara yang amat lembut. lama saya tak dengar suara pujukan lembut begitu. dulu sebelum dia kenal janda tu, begitu lah sifat suami saya. lemah lembut memujuk selalu bercakap dengan saya. malam tidur peluk saya macam bantal peluk. tapi semenjak kenal janda tu, hubungan kami amat renggang. tidur bersama tapi jauh2. dia macam tak ada keinginan dengan saya.

saya tanya suami siapa pula sekali ni. dia marah lagi. dia cakap tengking2. dia cakap kuat2. dia bukan macam suami saya yang dulu. dia tak berlembut langsung dengan saya. mungkin dia sudah bosan asyik kena tanya. dia dah bosan asyik kantoi saja barangkali. saya amat serabut. lebih serabut dari biasa. saya jadi sangat bingung. tak pernah saya rasa sebingung ni. saya rasa amat terpukul dan tercabar dengan perbualan terbaru ini. saya rasa amat tak disayangi. rasa amat diperbodohkan oleh orang yang paling saya sayangi. musnah segala harapan untuk hidup tua bersama. sudah hampir 100% kepercayaan saya pada suami saya hilang. hati saya amat tak tenang dengan kejadian terbaru ni. dari 2005 hingga sekarang, suami saya tipu saya. setiap kali berkelahi dia akan kata tak buat lagi. tapi yang terbaru ni dia kata dia bukan malaikat.

kami dah masuk 50an. bila saya kata ingat sikit Allah nak bagi sakit bila2 masa je dengan umur sekarang. dia marah. dia kata saya doakan dia sakit. apa lagi kata2 yang dapat saya beri untuk elak dari kelahi tapi boleh buat dia sedar dia dah tua?

hati saya tak tenang. saya bangun solat malam. saya buat solat hajat. saya doa tapi hati saya kadang2 tak tenang. saya keliru. saya bingung. saya buntu. tolong lah saya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 08:59 PM | Show all posts
bila puan dah 50an...puan behenti kelahi, sbb bila hal ni berbangkit nampaknga memang dah takdir akan kelahi.

just konsentret on urself and anak2
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 09:02 PM | Show all posts
saya cadangkan u pergi buat umrah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 10:44 PM | Show all posts
kenapa tak bagi suami kawen lagi....solid answer please....

En jamil nak tau juga....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 11:37 PM | Show all posts
kenapa tak bagi suami kawen lagi....solid answer please....

En jamil nak tau juga....
fcoy Post at 30-3-2012 22:44


sebab dia takmo laki dia jd mcm ko. tambah bini ramai2 tapi byk masa ko bersosial berporem bagai:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2012 12:02 AM | Show all posts
sebab dia takmo laki dia jd mcm ko. tambah bini ramai2 tapi byk masa ko bersosial berporem bagai ...
BATUAPI8888 Post at 30-3-2012 23:37



    somehow i agree with u..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2012 12:06 AM | Show all posts
TT...saya ni tk layak mungkin nak nasihatkan org yg jauh lebih tua tapi bagi saya la...dalam usia dah masuk 50 an ni, dah takde apa nak dikejarkan lagi dlm hidup ni melainkan keredhaan Allah..
kalau suami TT nak kawin lain dan dia mampu, pe salahnya.x payah la sampai nak bergaduh bagai..dah tua tua ni tak elok lah kak..anak2 tgk pun leh jadi stress..apa kata akk face to face aje dgn suami akk, bertanya dan berbincang baik2..
tiada apa yg akk dapat buat sekarang...lelaki,makin di halang, makin menjadi..
mungkin cara akk bertanya tu menyebabkan dia melenting...lelaki kan ada egonya..
gud luck kak...jgn stress2...hidup bukan selamanya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2012 12:18 AM | Show all posts
Ooooo....dah dekat 50an umur tt ni ngan laki dia?

Mcm ni la tt, toksah la bingung mikir org dah tak fikir pasal kita. Dah tua2 ni, bawak2 byk beribadah. Cinta manusia apatah lagi cinta suami yg gitu, toksah la diharap. Baik mencari cinta abadi. Hidup lebih tenang dan aman InsyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2012 12:26 AM | Show all posts
Ooooo....dah dekat 50an umur tt ni ngan laki dia?

Mcm ni la tt, toksah la bingung mikir org dah t ...
BATUAPI8888 Post at 31-3-2012 00:18



   apa salah nye suami nak bercinta lagi...all the world loves a lover..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2012 12:29 AM | Show all posts
apa salah nye suami nak bercinta lagi...all the world loves a lover..
panasnyelavaitu Post at 31-3-2012 00:26


aku bukan komen pasal laki dia nak bercinta lagi. lantak dia la. aku nasihat kat mokcik tt tu je. dok mengharap buat pe? baik pi tenang2 hati tambah ilmu akhirat. itu lebih afdhal.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2012 12:30 AM | Show all posts
bila suami jatuh cinta..dia akan cintai semua...percayala
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2012 01:37 AM | Show all posts
bila suami jatuh cinta..dia akan cintai semua...percayala
panasnyelavaitu Post at 31-3-2012 00:30



    percayanya........
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2012 01:40 AM | Show all posts
percayanya........
MamaMima711 Post at 31-3-2012 01:37



   pasal batu angin ngan aku?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2012 01:41 AM | Show all posts
pasal batu angin ngan aku?
panasnyelavaitu Post at 31-3-2012 01:40



    kan dia dah bagitahu tadi......
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2012 01:44 AM | Show all posts
selang tak lama lebih kurang bulan mei 2006, Allah sekali lagi dengarkan kepada saya dia berbual den ...
corelle Post at 30-3-2012 19:39



   macamana cara kau layan laki kau bila dah tau skandal dia?..
mesti berubah dari dulu2 kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2012 08:35 AM | Show all posts
somehow i agree with u..
MamaMima711 Post at 31-3-2012 00:02



   somehow i loike you... .... ... seyes....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2012 08:38 AM | Show all posts
TT...saya ni tk layak mungkin nak nasihatkan org yg jauh lebih tua tapi bagi saya la...dalam usia da ...
MamaMima711 Post at 31-3-2012 00:06



   somehow i agree with you.... marilah kita bermuhasabah diri yea mama... kita bincang baik2...we workout together...agree or not...???
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2012 08:40 AM | Show all posts
percayanya........
MamaMima711 Post at 31-3-2012 01:37



   aku mencintai wanita  yang ingin mencintai diriku.... yea kan mama...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2012 08:41 AM | Show all posts
apa salah nye suami nak bercinta lagi...all the world loves a lover..
panasnyelavaitu Post at 31-3-2012 00:26



   gud statement....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.519854 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list