View: 5660|Reply: 6
|
[Edisi Kesihatan]
Makanan Berlemak Mempercepatkan Pertumbuhan Sel Otak
[Copy link]
|
|
Makanan Berlemak Mempercepatkan Pertumbuhan Sel Otak
Memetik laporan Dailymail, para peneliti dari Harvard Medical School di Boston dalam wawancara dengan Science Now menyatakan bahawa makanan berlemak tidak hanya dapat menambah lemak di dalam tubuh, tetapi juga meningkatkan pertumbuhan sel otak.
Mereka telah membuktikannya dengan cara melakukan ujikaji melalui seekor tikus. Haiwan itu diberi makan burger keju, potongan kuih tart, dan krimer.
Hasilnya, berat badan tikus tersebut meningkat secara perlahan seiring dengan pertumbuhan sel-sel di dalam otaknya. Sel-sel inilah yang mendorong tikus untuk terus makan, walaupun baru saja diberi makanan atau dalam keadaan belum lapar.
Endokrinologi Jeffrey Flier mengatakan bahawa pertumbuhan sel otak ini tidak serta-merta membuat tikus itu menjadi "cerdas". Mereka secara tepatnya cenderung untuk malas.
"Ini boleh menjadi petunjuk untuk mengetahui pelbagai faktor yang berhubung dengan obesiti atau berat badan berlebihan," kata Flier.
Beliau juga menjelaskan, makanan berlemak tadi menyebabkan sel saraf untuk tumbuh dalam bahagian yang kecil di dalam otak atau disebut media eminence.
Otak pada tikus yang memakan makanan tinggi lemak tadi juga menghasilkan banyak sel di median eminence.
Selain soal berat tubuh tikus yang bertambah besar, ada benang merah yang ditemui peneliti dari sel otak tikus dan manusia.
Flier mengatakan ada jenis sel otak bernama tancyte yang ada di dalam otak tikus dan manusia. Namun, dia mengakui belum mengetahui secara pasti kaitan sel misterius ini dengan obesiti.
credit to blog apakhabardunia Last edited by dauswq on 4-4-2013 12:23 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
sedang2 jer.. banyak sangat makan berlemak nanti dapat stroke pulak,,, |
|
|
|
|
|
|
|
sedang2 jer.. banyak sangat makan berlemak nanti dapat stroke pulak,,,
manganini Post at 30-3-2012 02:25
haha... kene ikut diet yg betol la kan...
kalau lebih2 nnti lain pulak jd... |
|
|
|
|
|
|
|
berita yg sangat menggembirakan kakak aku, peminat tegar masak asam pedas tetel! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by batu_bergolek at 30-3-2012 21:58
Sebenarnya ramai orang salah faham, Lemak yg kita makan adalah tak sama dengan lemak yg dalam badan kita. Tanpa lemak badan kita takleh serap vitamin A.D.E dan K
Apa yang buat orang gemuk adalah lebihan calorie dan carbohydrate yang akan disimpan sbg lemak dalam badan kita. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya ramai orang salah faham, Lemak yg kita makan adalah tak sama dengan lemak yg dalam badan ...
batu_bergolek Post at 30-3-2012 21:55
yang aku tau lemak tepu dengan lemak tak tepu aje... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh caya ka? saintis barat seboleh2 kata bila mkn hati ayam byk zat..padahal nabi Muhammad SAW suh kita jauhi mkn organ dalaman |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|