Post Last Edit by nuryakmal at 26-3-2012 12:55
Assalamualaikum,
Saya sayang kat mak saya. Semua orang saya mak kan? Tapi tahap yang bagaimana sayang kat mak itu bergantunglah kepada performance ibu itu sendiri. Macam saya, saya sayang kat mak saya tahap bawah sekali sebab dia mengandungkan dan melahirkan saya. Kemudian berpantang dan menumpangkan saya kesekolah masa dari 6 sampai tingkatan 2. Not more than that.
Yang masak, mengasuh, memandikan, menyiapkan yang berbual, yang peluk saya dan adik2 adalah pengasuh kami yang diupah mak. Walau upahnya tak sebesar mana, tak kisah sbb nilai kasih sayang pengasuh saya tak terharga nilainya. Kalau sekarang mak saya tak bagi duit yg seciput tu pun, pangasuh masih akan jaga adik atas rasa kasih sayang.
Ibu saya seorang yg outspoken. Senang citer dia ni suka cakap dulu baru berfikir. Sebab tu leterannya meleret sampai xde point dan xde isi penting pun. Dah paling menyedihkan menyakitkan hati siapa yang mendengar. Dia suka menjerit2, kurang hormat, buruk sangka dan suka komplen, bukan pada anak anak saja tapi pada pengasuh yang lagi tua daripadanya dan paling penting pada ayah. Kecian ayah.
Kami sudah lama memendam rasa terhadap dia. Bila marah sangat rasa nak bunuh diri. Rasa benci mnyala nyala. Allah nak menduga kami dgn cara begini agaknya. Tak ramai yang ada masalah macam ni dgn ibu sampai tahap benci tetiba. Bila dia ada, kami dapat rasa aura negatifnya. Contoh: Bila dia ke dapur kami semua perlahan lahan senyap dan lari ke tempat lain. Sebabnya:
Kami tau mesti ada benda yg dia tak puas hati Dia akan komplen even tak ada point jelas cth: :Korang ni masak je... tak habis2 masak!” Dia akan tuduh kami berkomplot sbb berbual mesra di dapur. Kalau dia nak masak, dapur akan tunggang langgang macam masak untuk 100 orang. Kalau makan sekali dia ambil peluang untuk “menasihat” dan ungkit kesalahan sorang satu lengkap pakej. Suka cari gaduh depan rezeki. Perli kami, perli pengasuh dan perli ayah. Mulut mengomel, ketung ketang sambil marah kat kami dan pengasuh “Sudu mana! Kuali jgn letak sini! Kotornya!”
Ini baru kes dapur… belum cerita hal lain. Tujuan tulis sini nak luahkan perasaan dan nak tanya korang macamana nak hilangkan rasa sakit hati kat mak saya? Macamna nak ignore (dari sudut mulut dah tapi dari sudut hati supaya kami tak terasa dan memendam rasa) je provokasi provokasi, tuduhan, cacian makian dari mulut dia? |