CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22534|Reply: 90

[Edisi Kesihatan] Air Rebusan Mee Segera Mesti Bibuang!

[Copy link]
Post time 5-3-2012 03:55 AM | Show all posts |Read mode
Air Rebusan Mee Segera Mesti Dibuang!



Mi segera merupakan salah satu makanan yang paling mudah ditemui, praktikal, dan disukai ramai orang kerana rasanya yang enak. mee segera yang tahan lama atau boleh disimpan dalam jangka masa yang panjang menjadikan mi segera kerap menjadi pilihan untuk mereka yang tinggal sendiri kerana masa yang terhad untuk memasak.

walaupun begitu, kekerapan mengambil mee segera akan menimbulkan banyak kesan negatif bagi tubuh kerana kandungan bahan pengawet atau perisa tambahannya. selain dari kandungan karbohidrat, mi segera tidak mempunyai kandungan vitamin, mineral, atau serat, yang bermanfaat bagi tubuh. Sehingga pada dasarnya mi segera tidak mempunyai nutrisi yang cukup bagi keseimbangan zat tubuh manusia.


“Namun yang paling berbahaya adalah wujudnya kandungan bahan pengawet, MSG (monosodium glutamat), dan bahan pewarna makanan yang ada di dalam mi segera,” kata dr Patricia Wijaya, doktor ahli kecantikan dari Beauty Inc. kepada Kompas Male, selesai majlis pelancaran produk mi segera baru di Switzerland Bel Hotel, Jakarta Pusat, Minggu (8/1/2012) lalu.


Kandungan bahan yang merbahaya dalam mi segera ini didapati daripada proses pengolahan sampai proses pengawetan yang dilakukan dengan cara menggoreng mi sampai kering. Proses penggorengan biasanya menggunakan minyak goreng, yang membuatkan air rebusan menjadi keruh dan sedikit berminyak ketika direbus.


“Ramai orang yang mengatakan bahawa air rebusan pertama ini harus dibuang agar pengawetnya hilang. sebenarnya zat pengawet ini tidak akan hilang,” tegas dr Patricia.


Air rebusan mi segera yang pertama akan mengeluarkan minyak dan bahan kimia lain yang mungkin digunakan untuk membuatnya. Namun, bahan pengawet dan kandungan lain yang berbahaya bagi kesihatan ketika diolah lebih lanjut ini tidak akan hilang 100 peratus. Ia hanya akan berkurang sedikit ketika air rebusan pertama dibuang.


Kandungan minyak, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna masih akan tetap berada pada mi segera walaupun kadarnya sudah berkurang beberapa peratus. anda perlu tahu bahawa penggunaan bahan pengawet tak terlalu merbahaya kerana pengeluar mi segera  harus mengikuti standard yang selamat yang telah ditetapkan.


walaubagaimanapun, kandungan bahan kimia ini masih berpotensi untuk menyebabkan pelbagai masalah kesihatan apabila diambil secara rutin. “Kesan yang dirasakan memang adalah kesan jangka panjang, contohnya gangguan pencernaan, constipation,malah sehingga kanser pencernaan, dan lain-lain,” tegasnya.


Dalam jangka panjang, bahan kimia tersebut juga akan sangat berbahaya bagi kecantikan wajah dan kulit. Kulit menjadi lebih kering, yang akan menimbulkan pelbagai gejala penuaan awal. Selain itu, mi segera juga akan merosakkan program diet anda, kerana kadar kalorinya tinggi.


tidak salah sekiranya ingin mengambil mee segera, tetapi dinasihatkan supaya tidak diambil terlalu kerap. Jangan menjadikan mi segera sebagai makanan utama, melainkan sebagai makanan tambahan sahaja. anda dinasihatkan untuk mengambil makanan dengan zat yang seimbang untuk sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam untuk kebaikan diri sendiri..







credit to suarapeople
edited by midory Last edited by dauswq on 4-4-2013 12:32 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2012 11:07 AM | Show all posts
seminggu skali tu kira byk x? dulu every week msti nk mkn megi..skrg ni da kontrol skt..tapi stok tu msti sntiasa ada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2012 11:16 AM | Show all posts
seminggu skali tu kira byk x?  dulu every week msti nk mkn megi..skrg ni da kontrol skt..tapi stok ...
adikmanis Post at 5-3-2012 11:07



   dulu cikgu aku pernah kate kalau kite makan maggi ni, perut kita perlukn sminggu utk hilangkn lilin yg ade dlm perut tu..

tp aku pernah jumpe kawan aku yg boleh dikatekn tiap2 ari makan maggi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 11:17 AM | Show all posts
seminggu skali tu kira byk x?  dulu every week msti nk mkn megi..skrg ni da kontrol skt..tapi stok ...
adikmanis Post at 5-3-2012 11:07



   engko seminggu sekali?
aku nie blh dikatakan ari2 wor...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 11:18 AM | Show all posts
dulu cikgu aku pernah kate kalau kite makan maggi ni, perut kita perlukn sminggu utk hilang ...
midory Post at 5-3-2012 11:16



   huuuhh..aku kategori yg makan hari2 tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2012 11:23 AM | Show all posts
huuuhh..aku kategori yg makan hari2 tu...
leylapple Post at 5-3-2012 11:18



   bahaye woo makan ari2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2012 11:27 AM | Show all posts
dulu cikgu aku pernah kate kalau kite makan maggi ni, perut kita perlukn sminggu utk hilang ...
midory Post at 5-3-2012 11:16



   lpas lilin hilang, ganti lilin baru plak tp org kata panadol tggl lagi lama dlm perut..xigt plak bape taun
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 11:28 AM | Show all posts
engko seminggu sekali?
aku nie blh dikatakan ari2 wor...
leylapple Post at 5-3-2012 11:17



   ko student ke? ginila nasib student
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2012 11:29 AM | Show all posts
lpas lilin hilang, ganti lilin baru plak  tp org kata panadol tggl lagi lama dlm perut ...
adikmanis Post at 5-3-2012 11:27



   kalau tak silap 4 tahun...

ooo.. lame tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 11:36 AM | Show all posts
ko student ke? ginila nasib student
adikmanis Post at 5-3-2012 11:28



   student?
dah keje tapi keja aku yg membataskan aku nak makan secara sihat....

lebih teruk dari bergelar student dulu..dari segi life, dan responsibility....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2012 11:37 AM | Show all posts
bahaye woo makan ari2..
midory Post at 5-3-2012 11:23



   mmg bahaya tapi ssh nak carik roti wor kat sini...ari2 makan biskut kering cecah sup tomyam megi~
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 02:17 PM | Show all posts
Glupp tak mo makan mee segera dahhh

Mee kuning yang duk wat mee goreng cam ne lak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 02:52 PM | Show all posts
mi telur tu pun sama ke? selalu wat stok ni kalau nak wat mi goreng pg2 bekfes..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 03:08 PM | Show all posts
engko seminggu sekali?
aku nie blh dikatakan ari2 wor...
leylapple Post at 5-3-2012 11:17



Apple...dulu masa belajor kwn2 kata jgn makan mee segera, nanti mandul....
Punya lah takut masa tu, tapi bedal jugak...sambil suap, sambil pikir...betul ke???
Alhamdulillah....dapat gak anak.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 03:10 PM | Show all posts
huuuhh..aku kategori yg makan hari2 tu...
leylapple Post at 5-3-2012 11:18



Bawak bekal la apple.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 03:33 PM | Show all posts
tgk cina2 mkn megi selamba je...leh kata ari2 gak, ttp pandai n yg plg penting KAYA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2012 03:34 PM | Show all posts
ayoo...dh bpa bungkus aku telan..maunya beribu taun br hilang..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 03:42 PM | Show all posts
kalau tak silap 4 tahun...

ooo.. lame tu...
midory Post at 5-3-2012 11:29



   tak salah kite 5 tahun

uih zaman belajo tak sah kalau takdak mee instant, peneman di kala poket kering pun iye juge hehehe{:4_500:}
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 04:28 PM | Show all posts
huuuhh..aku kategori yg makan hari2 tu...
leylapple Post at 5-3-2012 11:18



    kirenya termasuk dlm golongan hari2 mau
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 04:32 PM | Show all posts
nasib lah aku kurang suka maggie ni.. makan lah juga bila teringin tu pun jarang2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.091521 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list