View: 5751|Reply: 9
|
[ARTIKEL] Teknologi HAARP
[Copy link]
|
|
Sesungguhnya, ramai saintis dan penganalisis ketenteraan serta pendukung teori konspirasi percaya senjata cuaca sudah wujud dan peperangannya dimulakan lama dulu. Ada yang mengatakan pertempuran di antara AS dan Russia dalam peperangan baru ini berlaku di muka bumi dan ruang angkasa saban hari.
Teknologi dalam persenjataan dan peperangan baru ini berteraskan apa yang dikenali sebagai elektromagnetik scalar, iaitu gelombang tenaga yang mudah tetapi begitu berkuasa sehingga menjadikan senjata nuklear ketinggalan zaman. Secara ringkas, formula terkenal Albert Einstein e=mc2 kini mempunyai saingan lebih hebat iaitu e=tc2.
Kewujudan senjata dan peperangan baru ini dinyatakan seorang saintis dan aktivis nuklear terkemuka, Dr Rosalie Bertell, dalam bukunya bertajuk Planet Earth: The Latest Weapon of War yang diterbitkan pada 2000.
Katanya, bumi akan digunakan sebagai senjata pada alaf baru iaitu dengan menggembleng kuasa alam semula jadi untuk peperangan.
Pada Disember tahun sama, Dr Bertell mengejutkan peserta Perhimpunan Kesihatan Rakyat di Dhaka, Bangladesh, apabila beliau mendedahkan bahawa ‘senjata terkini dalam persenjataan tentera AS ialah bumi dan cuaca akan menjadi antara senjata pemusnah terburuk menjelang 2025’.
Beliau merujuk bagaimana gempa bumi dan tornado yang dicipta akan menyebabkan kemusnahan terhadap sesetengah negara dan rakyat negara terbabit.
Dalam bukunya, Dr Bertell menyatakan bahawa senjata elektromagnetik ‘mempunyai keupayaan untuk memancarkan ledakan serta kesan lain seperti cetusan gempa bumi merentasi benua terhadap mana-mana sasaran di dunia ini dengan kekuatan yang menyamai beberapa letupan nuklear yang kuat.’
Katanya, sejak 40 tahun lalu, tentera AS sudah melakukan uji kaji terhadap atmosfera bumi dengan menggunakan gelombang serta bahan kimia iaitu cubaan untuk memusnahkan lapisan ozon di ruang udara kawasan musuh, sekali gus merosakkan tanaman dan kesihatan manusia menerusi pendedahan sinaran lampau ungu matahari.
Bahan kimia seperti barium dan lithium yang amat menjejaskan ozon turut dilepaskan di atas lapisan pelindung semula jadi atmosfera bumi sehingga menyebabkan kesan sinaran di ruang angkasa Amerika Utara pada 1980-an dan 1990-an.
Dr Bertell berkata, perubahan pada atmosfera bumi menyebabkan perubahan yang sejajar pada iklim dan cuaca bumi.
Satu kaedah lagi ialah menggunakan gelombang elektromagnetik berfrekuensi amat rendah bagi mengubah cuaca. Gelombang sedemikian mampu menembusi tanah yang padu serta lautan dan digunakan pihak tentera bagi memeriksa bahagian teratas atmosfera dan struktur dalaman bumi.
Denyutan gelombang frekuensi lampau rendah (ELF) ini boleh digunakan untuk mencetuskan kesan mekanikal dan gegaran dari jarak jauh menerusi bumi. Ini boleh mengubah cuaca dengan mewujudkan ribut dan hujan lebat di sesuatu kawasan.
Gelombang ini juga mampu menyebabkan pergerakan bumi dengan mengganggu kestabilan gunung berapi dan plat tetonik, sekali gus mempengaruhi cuaca.
Dr Bertell berkata, gempa bumi didapati berinteraksi dengan ionosfera iaitu atmosfera di kedudukan hingga 600 kilometer dari permukaan bumi. Banyak gempa bumi yang berlaku kebelakangan ini didahului dengan fenomena tertentu yang tidak dapat dijelaskan.
Antara contoh yang disebut beliau ialah gempa bumi Tang Shan di China pada 28 Julai 1976, yang mengorbankan 650,000 nyawa berlaku selepas ruang angkasanya bercahaya. Fenomena itu dipercayai akibat ujian gelombang ELF bagi memanaskan ionosfera oleh Soviet Union.
Contoh lain ialah gempa bumi San Francisco pada 17 Oktober 1989. Dr Bertell berkata, gelombang ELF luar biasa dikesan di California pada 12 September tahun itu. Kekuatannya meningkat sedikit demi sedikit sehingga menurun pada 5 Oktober. Bagaimanapun, gelombang itu muncul kembali pada 17 Oktober dengan kekuatan luar biasa dan tiga jam kemudian gempa bumi itu berlaku.
Akhbar Washington Times pernah melaporkan pada Mac 1992 bahawa satelit dan peralatan deria di muka bumi mengesan gelombang radio misteri atau kegiatan elektrikal dan magnetik sebelum beberapa gempa bumi kuat di California, Armenia dan Jepun di antara 1986 hingga 1989.
Gempa bumi yang menggegarkan Los Angeles pada 17 Januari 1994 turut didahului gelombang radio luar biasa dan dua letusan sonik.
“Kebetulan ini tidak mungkin dapat dijelaskan... kemungkinan besar gempa bumi berkenaan disebabkan kegiatan manusia, bukan faktor semula jadi,” kata Dr Bertell merumuskan penemuannya itu.
Seolah-olah mengiyakan kesimpulan itu, Pentagon pada 1997 mengeluarkan amaran mengenai ancaman kumpulan pengganas yang mula menggunakan pendekatan keganasan ekologi iaitu dengan mengubah cuaca, mencetuskan gempa bumi dan meletuskan gunung berapi dari jarak jauh menggunakan gelombang elektromagnetik.
“Pihak tentera mempunyai tabiat menuduh pihak lain mempunyai keupayaan yang mereka sendiri sudah miliki,” kata Dr Bertell mengulas kenyataan Pentagon itu.
Katanya, uji kaji pihak tentera terhadap atmosfera bumi menyebabkan gangguan luar biasa kepada cuaca di seluruh dunia.
“Antara 1960-an hingga 1990-an, kadar bencana alam yang besar meningkat 10 kali ganda,” katanya.
Bagi Dr Bertell, fenomena El Nino antara 1997 hingga 1998 yang dipersalahkan sebagai penyebab keadaan cuaca luar biasa di seluruh dunia, sebenarnya didahului gangguan besar dan ketidakstabilan iklim setahun sebelum itu.
Katanya, pada 1996 berlaku banjir besar di Asia Selatan membabitkan Nepal, India dan Bangladesh sehingga menyebabkan jutaan penduduk hilang tempat tinggal. Di China pula banjir besar mengorbankan beratus-ratus nyawa, manakala puluhan ribu lagi tinggal sehelai sepinggang.
Pada masa sama, Kanada mengalami hujan ribut, hujan batu, banjir dan tornado iaitu keadaan iklim luar biasa yang memusnahkan banyak harta benda, ternakan dan nyawa. Salji pada kadar luar biasa yang tidak pernah berlaku sejak berpuluh-puluh tahun pula menimpa Afrika Selatan menyebabkan banyak kematian akibat suhu terlalu sejuk.
Pada pertengahan Julai tahun itu pula, gempa bumi menggegarkan Pergunungan Alps Perancis, Austria, selatan Itali, timur laut India, Jepun, Indonesia, semenanjung Kamchatka dan selatan Mexico. Di New Zealand pula sebuah gunung berapi meletus.
Gegaran juga dilaporkan di Kenya, Jerman, kepulauan Greece, Turki, Sumatera Utara, Bali, tengah Filipina, Pulau Utara New Zealand, timur Jepun, tengah Chile, El Salvador dan Kepulauan Aleutian, semuanya pada minggu sama yang berakhir pada 26 Julai.
Dr Bertell berkata, walaupun sebilangan kejadian itu disebabkan ‘kuasa Tuhan’, jumlah dan kekuatan keseluruhannya fenomena alam berkenaan adalah luar biasa.
Dalam satu lagi tulisan yang dibentangkan Michel Chossudovsky yang juga penganalisis persenjataan cuaca global, beliau menegaskan betapa Pentagon sudah lama berkecimpung dalam proses memanipulasi cuaca.
Chossudovsky berkata, Washington kini menerapkan orde baru persenjataannya yang mempunyai keupayaan untuk mencetuskan perubahan cuaca.
..cont |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pendedahan ini juga membongkarkan punca utama mengapa Presiden George W Bush tidak menandatangani Protokol Kyoto, sebuah perjanjian antarabangsa mengenai kaedah mengelak pemanasan global serta memulihara alam sekitar.
Turut dilaporkan juga bagaimana tentera udara AS sudah mempunyai keupayaan untuk memanipulasi cuaca sama ada untuk tujuan penyelidikan atau hak mutlak bagi penggunaan perisikan ketenteraan. Kemampuan ini merangkumi aspek mencetuskan banjir, ribut taufan, kemarau atau gempa bumi.
Dalam tempoh beberapa tahun lalu, sejumlah besar wang diperuntukkan oleh Jabatan Pertahanan AS untuk terus membangun dan menyempurnakan kemampuan ini.
Memetik laporan Jabatan Pertahanan AS sebelum ini, ia menyatakan pengubahsuaian terhadap cuaca akan menjadi sebahagian daripada aspek keselamatan dalam negeri dan antarabangsa serta boleh dilakukan bersendiri.
Laporan itu menegaskan proses pengubahsuaian cuaca mempunyai aplikasi defensif dan ofensif, malah boleh juga digunakan untuk tujuan pencegahan.
“Kemampuan untuk mencetuskan proses mendapan, jerebu, ribut di bumi atau mengubahsuai cuaca angkasa lepas selain daripada proses menghasilkan cuaca tiruan yang dirangkum dalam sebahagian daripada gabungan set teknologi,” menurut laporan itu.
Perubahan cuaca pelik yang berlaku di AS dan Eropah Barat kini hebat diperkatakan. Bagaimanapun, laporan media gagal menjelaskan sejumlah perubahan cuaca dramatik pernah berlaku di beberapa negara yang sebelum ini menjadi sasaran dalam doktrin serangan awal.
Corak keadaan cuaca di Korea Utara misalnya, dihantui masalah kemarau buruk pada pertengahan 1990-an dan diikuti pula dengan banjir. Kesannya menyaksikan kemusnahan menyeluruh sistem pertanian negara itu.
Di Cuba pula, corak yang sama dapat dilihat. Di Iraq, Iran dan Syria, bencana kemarau buruk berlaku pada 1999. Di Afghanistan, kemarau selama empat tahun diakhiri dengan penaklukan AS ke atas negara itu pada 1991.
Walaupun bukti kukuh mengenai penggunaan cuaca sebagai senjata serangan awal tidak ditemui, yang jelas teknologi itu sudah berjalan dengan berkesan.
Media AS pernah memetik laporan mengenai pakar dari Makmal Phillips Geophysis yang menjadi rakan kongsi dalam projek HAARP, pernah memberi kursus kepada pegawai tentera berhubung teknik mengubah suai cuaca.
Proses memanipulasi cuaca juga menjadi kaedah terbaik untuk dijadikan senjata serangan awal. Ini boleh mengakibatkan negara yang diserang mengalami kemusnahan ekonomi, ekosistem serta pertanian seperti yang dapat dilihat di Korea Utara dan Cuba.
Presiden Venezuela Hugo Chavez menunding jari pada AS disebabkan oleh Gempa bumi yang melanda Haiti pada 12 Januari kelmarin. Menurut Chavez, gempa yang menggegarkan Haiti bukanlah gempa bumi biasa tetapi disebabkan oleh persenjataan milik AS berikutan dari ujikaji "senjata tektonik" yang dilakukan AS.
Surat khabar Sepanyol mengutip pernyataan Chavez yang mengatakan bahawa AS sedang membuat senjata yang mampu menimbulkan bencana alam seperti gempa bumi. Ujikaji senjata "gempa bumi" itu, dilakukan dipantai Haiti sehingga menimbulkan gempa yang mengorbankan 100.000 lebih penduduk Haiti.
Spekulasi bahawa gempa berkekuatan 7 skala Richter yang menimpa Haiti bukan gempa biasa, media massa di Venezuela juga mengesyaki gempa itu berkemungkinan mempunyai hubungan dengan projek HAARP yang sedang dijalankan AS.
HAARP atau High Frequency Active Auroral Research Program adalah sebuah projek penyiasatan yang bertujuan untuk "memahami, menstimulasi,dan mengawal proses ionospheric yang dapat mengubah tahap komunikasi dan menggunakan sistem pengawasan minda".
Bermula pada tahun 1992, project dijangka selesai dalam masa 20 tahun (dijangka selesai tahun 2012).
Bahagian-bahagian HAARP
Siapa yang menggunakan HAARP?
Projek ini dilakukan bersama oleh US Air Force, US Navy Force, dan University of Alaska.
US NAVY logo
Dikatakan bahawa projek ini mirip dengan beberapa pemanas ionospheric yang tersebar di seluruh dunia dan memiliki bahagian besar diagnostik instrumen yang memfasilitasi penggunaannya untuk meningkatkan pemahaman ilmiah yg berkenaan dgn ionosfir dinamik.
Apakah Ionosphere?
Ionosphere adalah bahagian teratas dan terpenting dalam atmosfera bumi kita. Ionosphere sangat penting kerana dia menapis radiasi cahaya matahari agar tidak sampai ke bumi. Ionosphere berperanan dalam mengatur kadar kelistrikan dalam atmosfera dan membentuk teras dari tepi magnetosphere. Ionosphere juga memiliki kegunaan lain bagi manusia, iaitu mempengaruhi gelombang penyiaran radio jauh dari tempat-tempat yang ada di Bumi.
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). - Ar-Ruum: 41
Dimanakah HAARP Berada?
HAARP terletak di Alaska, Amerika Syarikat. Lebih tepat berada di Gakona, Alaska (latitude:62.39,longitude:145,15) yang terletak di barat Taman Nasional Wrangell-Saint Elias. Kesan lingkungan yang disebabkan HAARP mencetuskan pernyataan izin untuk array hingga 180 antena yang akan didirikan. HAARP telah dibangun sebelumnya di situs instalasi radar yang bernama over-the-horizon.
HAARP di alaska
Fungsi HAARP?
Tujuan dari program ini adalah untuk kemajuan dalam mempelajari kandungan fizik dan elektrik bumi yang dapat digunakan dalam memudahkan komunikasi ketenteraan.
Tapi selain itu, HAARP juga dapat mengatur cuaca melalui ionosphere, seperti membuat hujan, badai, tsunami, dan masih banyak yang belum diketahui...
HAARP mengubah cuaca
Terus Apa Salahnya?
HAARP itu bertindak dengan memanaskan ionosphere yang ada di langit sehingga dapat memanipulasi keadaan langit disekitarnya. Dengan kelebihan tersebut, HAARP digunakan sebagai keperluan ketenteraan.
Bahaya HAARP
Dapat Mengatur Cuaca
Dengan menentukan satu titik lokasi ionosphere yang akan dipanaskan, lalu tekanan yang berada di atmosfera juga akan naik. Jadi, tekanan yang terbentuk dikumpulkan di satu titik dan membentuk manipulasi jetstream (arus jet). Tapi HAARP ini belum sempurna dan masih dalam tahap pengujian (di seluruh dunia). Dicurigakan HAARP sudah dalam tahap beta pada tahun 2004, ini terbukti ketika batasan badai tornado yang terjadi dalam satu tahun dilanggar oleh ALAM. Jika satu tahun batas maksima badai hanya terjadi 4 kali, tahun 2004 terjadi sebanyak 6 kali.
Statistik keadaan udara di alaska (2005) setelah HAARP dicurigai
Dapat Melindungi Dari Bahaya Nuklear
Teknologi HAARP dapat mengesan frekuensi signal rendah seperti pesawat dan missile melalui udara. HARP juga disokong oleh Radar Cakrawala atau Over The Horizon Radar, iaitu radar yang mencakupi seluruh dunia kerana penghubungnya adalah atmosfera. Tidak dapat diragukan lagi ketepatan dari radar HAARP tersebut. Malah, setiap lokasi setiap daerah di bumi dapat diketahui dengan jelas, lebih baik dari satelit kerana HAARP masih berada di bawah atmosfera.
Mempengaruhi Pikiran Manusia
Dengan mengirimkan EXTREMELY LOW FREQUENCY (ELF) RADIATION ke otak manusia, HAARP boleh mengawal mood manusia. untuk lebih jelasnya, lihat teori spoiler
Spoiler teori:
Pada dasarnya otak manusia bekerja pada 1-30 Pulse/Sec-nya. Dan dalam putaran perdetiknya, terdapat frekuensi hertz.
- Delta (1-4/sec), Keadaan tidur
- Theta (4-7/sec), Keadaan mengantuk atau baru bangun, dan juga ini merupakan saat otak manusia masih berusia balita.
- Alpha (7-12/sec), Keadaan Normal dan belajar
- Beta (tak terhitung), Keadaan Marah atau sedang dalam emosi yang tinggi
Dengan gelombang rendah HAARP, bisa dikatakan manusia dapat dimanipulasi dengan HAARP.
..cont |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bluezink at 20-1-2012 14:22
Cara kerja HAARP
Tsunami di Aceh, gempa bumi di Pulau Nias, perlanunan di Selat Melaka. Adakah ketiga-tiganya mengandungi agenda geopolitik asing terhadap Malaysia dan Indonesia di abad ke-21?
Soalan ini wajar dihalusi oleh kerajaan Malaysia dan Indonesia yang prihatin terhadap kesejahteraan Asia Tenggara, khususnya wilayah Nusantara yang mewarisi sejarah persahabatan sejak zaman berzaman.
Keprihatinan ini wajar berpaksikan hakikat bahawa di abad ke-21 memang ada kuasa besar yang mahu menguasai beberapa lokasi strategik di Asia Tenggara.
Antara lokasi tersebut ialah Selat Melaka yang dikuasai bersama oleh Malaysia dan Indonesia.
Selat Melaka dipercayai mahu dikuasai pihak asing kononnya untuk membanteras perlanunan dan terorisme yang dikatakan membahayakan pengangkutan minyak dan gas cecair asli dari Asia Barat dan Asia Tengah ke lain-lain destinasi di Asia Timur dan Lingkungan Pasifik.
Utara Sumatera dipercayai ideal dijadikan pangkalan laut tentera asing untuk menguasai pintu masuk ke Selat Melaka dari arah utara. Selatan Filipina dipercayai mahu dikuasai untuk dijadikan pangkalan laut tentera asing bagi mengawal Laut China Selatan.
Tenggara Thailand pula dikatakan ideal untuk dijadikan pangkalan udara tentera asing bagi memperkukuhkan pertahanan udara tentera asing berkenaan di Laut China Selatan.
Kekuasaan tentera asing ke atas seluruh lokasi strategik tersebut dikatakan akan melengkapkan strategi pertahanan tentera asing berkenaan bagi menghadapi sebarang ancaman yang mungkin ditimbulkan oleh China di abad ke-21.
Oleh itu, apabila tsunami di Aceh membunuh lebih 250,000 rakyat ,benarkah ia bencana alam? Mungkinkah tsunami itu angkara pihak yang mahu menguasai kawasan asia tenggara??William Cohen, pernah memberitahu satu seminar counter-terrorism pada April 1997, bahawa teroris sudah mula menggunakan `senjata ekologi' untuk menukar cuaca, meledakkan gempa bumi atau meledakkan gunung berapi secara jarak jauh dengan menggunakan gelombang elektromagnatik.
Menurut Cohen, perkembangan seperti di atas adalah benar. Lantaran itulah beliau menggesa supaya usaha-usaha counter-terrorism AS diperhebatkan untuk menangani gejala berkenaan.
Oleh itu, tidak mungkinkah yang dimaksudkan dengan `usaha-usaha counter-terrorism AS diperhebatkan' membawa erti bahawa AS juga wajar menguasai teknologi dan teknosains dalam bidang menukarkan cuaca, meledakkan gempa bumi, meledakkan gunung berapi secara jarak jauh menggunakan teknologi elektromagnatik dengan lebih baik dan lebih canggih daripada yang dikuasai oleh pihak teroris?
Jika hakikatnya demikian, tidak mungkinkah AS merupakan satu daripada kuasa dunia yang mempunyai teknologi dan teknosains mengenai peperangan cuaca ini?
Sebab itukah banyak pihak mempercayai bahawa tentera udara AS kini mempunyai kemampuan memanipulasikan cuaca, sama ada untuk ujian atau kegunaan sebagai senjata ketenteraan?
Sebab itukah maka ada pihak yakin bahawa antara kapabiliti ketenteraan AS mutakhir termasuklah teknologi pembikinan banjir, ribut taufan, kemarau dan gempa bumi?
Secara umumnya, teknologi memanipulasikan cuaca ini dikenali sebagai teknologi High-Frequency Active Auroral Research Program atau HAARP yang wujud sejak 1992. Pihak-pihak yang sinis terhadap HAARP menggelarkannya sebagai `teknologi maut'.
Ini kerana modifikasi cuaca dikatakan boleh menjejaskan plat tektonik di dasar lautan sehingga menyebabkan gempa bumi dan peralihan plat itu. Jika ini terjadi, akan meledaklah gempa bumi yang dahsyat sehingga mencetuskam tsunami.
Banyak pihak pula berpendapat bahawa teknologi ini boleh digunakan secara unilateral, secara ofensif, secara defensif, atau digunakan sebagai usaha-usaha pencegahan.
Teknologi ini dipercayai pernah digunakan ke atas beberapa `negara samseng'. Sebab itulah negara-negara baik telah mengalami pertukaran cuaca yang drastik sejak beberapa tahun lalu.
Manipulasi
Contohnya, Korea Utara dikatakan telah mengalami musim kemarau yang panjang dan kemudiannya diikuti pula oleh hujan dan banjir. Keadaan ini telah memusnahkan seluruh sistem pertanian di negara tersebut. Tidakkah ini akibat modifikasi cuaca yang digunakan sebagai senjata strategik?
Negara-negara seperti Iraq, Iran dan Syria juga mengalami keanehan cuaca sepanjang 1999. Adakah ini satu kebetulan? Atau, inikah kesannya manipulasi cuaca?
Afghanistan pula mengalami kemarau empat tahun berturut-turut sebelum ia dilanda Peperangan Antikeganasan Global (PAG) pada 2001. Akibatnya, seluruh ekonomi negara itu musnah dan rakyat jelatanya dicengkam kebuluran.
Adakah ini satu kebetulan? Bukankah ini kesan manipulasi cuaca yang digunakan sebagai senjata strategik oleh sesetengah kuasa besar dunia?
Dalam sesuatu peperangan, yang penting adalah matlamat, bukannya cara. Contohnya, sistem pertanian Korea Utara musnah tanpa sebarang ledakan bom ataupun kedatangan bala tentera asing untuk memusnahkan ladang-ladang di negara tersebut. Ia musnah akibat manipulasi cuaca.
Oleh itu, salahkah kalau hari ini ada pihak berpendapat bahawa manipulasi cuaca adalah satu senjata yang amat berkesan. Ia boleh digunakan ke atas negara musuh atau negara sahabat yang mahu dihuru-harakan atas sesuatu sebab tertentu?
Oleh itu juga, mustahilkah tsunami pada 26 Disember 2004 dan gempa bumi pada 28 Mac 2005 di perairan barat Sumatera adalah akibat persenjataan ekologi seperti di atas?Hakikatnya, manusia sudah melakukan kerosakan dan kesan daripada perbuatan itu tentu tidak akan ditanggung bumi, tetapi penghuninya. Bumi boleh dijadikan senjata, tetapi yang akan musnah akhirnya ialah manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi ....................... |
|
|
|
|
|
|
|
HAARP truth or fiction
High Frequency Active Auroral Research Program (HAARP). adakah ia benar atau palsu...
info from ahmadbab...sifu telco
banyak artikel2 disebarkan didalam internet mengenai kejadian gempa bumi, tsunami disebarbkan oleh HAARP. Dan dikatakan ia digunakan sebagai senjata untuk memusnahkan negara..
dah lama dah HF (High Frequency) ni digunakan.. frequency propogation cara ini memang mengunakan ionospheric (cloud ionization)..
pic:hopping or bouncing skywave..
Disekeliling bumi ni ada beberapa tingkat awan.. dgn nama2 yg tertentu..
HF ini dlm istilah electronic propogation (lepasan freq kesatu tmpt) selalu dipanggil ..bouncing, hopping, refracting or skywave
pelepasan HF bila terkena atmosphera tertentu.. dia akan melantun lantun antara bumi dan awan tu..
contoh paling elok adalah radio kita tu ada FM dan MW.. frequency modulation(FM), medium wave (MW).. MW ni kelompuk frequencynya ialah sound wave, (VLF) very low freq, (LF) low freq, (HF) high freq.
FM pula dlm group VHF, and above.. jadi kita concentrate benda ni aje dh le.. MW (HF)=bila jumpa awan yg tertentu die akan melantun balek kebumi.. bila kena bumi die melantun balik ke awam.. itu sbb die panggil bouncing, hopping, refracting or skywave
VHF (very high freq) and above.. die boleh tembus atmosphera ni.. die kita panggil line of sight freq.. makna selagi antenna die nmpk antara satu dgn yg lain.. maka kita boleh communicate.
berlainan dgn HF, die tak perlu line of sight.. jikalau saya nak berhubung dgn org di sebelah dunia sana saya tak perlu line of sight.. saya propogate aje .. HF .. freq. ni die akan melompat lompat antara bumi dgn langit sampai kesebelh dunia sana..
contoh radio kita select pada MW.. tune radio ke siaran BBC.. ke apa2 siaran yg kita tak pernah dgr.. itu contoh bagaimana HF digunakan..
setakat ni station radio yg kendali HF mmg penembak antenna ke horizon.. makna antara bumi dgn langit.. antenna die horizontal.. tak mcm antenna VHF menegak..
pic :HAARP facilities world-wide
benda ni pun mmg ciptaan drp military.. kalau kita tembak HF yg power lebih tinggi mcm mana pun HF tak akan menembusi langit.. maka cloud atmosphera akan magnetize atau ionozed... maka akan mengakibatka interferences.. (ganguan magnetic).. yg akan melantun balik kebumi dan akan melompat mcm HF radio tu juga la..
drp segi military aspect ia boleh menganggu alat radar, dan berbagai alat electronic dibumi.. boleh bertindak sebagai multi electronic jammer.. kepada sasaran yg lbh besar.. satu dunia dia boleh jam.. sebab HF ni mmg boleh melompat mengeliling dunia..
freq ni terbahgi kpd bberapa bahagian.. drp bawah sound wave, VLF, LF, HF, VHF, UHF, SHF, EHF, GAMMA RAY.. hanya VHF and above saja yg boleh menembusi awan.. tapi tak boleh pergi jauh, sbb tu FM station kena byk station pemancar
dlm freq ni kita boleh letak matlumat, mcm siaran tv tu.. yg jadi masalah sekarang org yg terima matlumat tu kena tune pada freq yg kita hantar.. org tak akan tahu apa freq yg kita hantar matlumat tu.. melainkan kita ada scanner yg mcm tv auto tune tu..
serupa dgn radio kalau hotfm katakan htr (propogate)channel 95.5 mhz.. kita set 90.0mhz dh tentu tak dapat kan.. serupalah juga NASA propogate info ke outer space.. kalau ada org kat galaxy lain, die pun tak tahu channel apa channel NASA htr tu.. freq ni banyak sgt.. cth EHF extreme high freq.. 30 hingga ke 300ghz spectrum..
kita hanya memerlukan 1khz bandwith modulation utk utk critically tune(narrow) encryte info dlm freq spectrum ni.. kalau tidak tak boleh pergi jauh, dan kena guna kuasa yg kuat, bayangkan berjuta channel kalau 270ghz alien nak tune tu.. itu baru EHF, belum SHF spetrum lagi..
pic:HAARP and Chemtrails are being used to distribute Weather, Earthquake’s, Sinkholes, and a variety of very serious & desasterous Killer situations
itu baru hanya htr info saja.. yg kita nak terima ni.. tak tahu juga channel berapa nak tune, spectrum mana nak pakai.. berbillion billion kemungkinan channel channel nak kena scan.. lagi tinggi freq kita pakai lagi besar perbelanjaan kena guna.. lagi tinggi freq lagi pendek jarak yg die boleh pergi.. dgn kuasa yg sama.. spectrum yg lbh tinggi meningkat kos.. kalau tak buat betul2 info akan bercampur dgn noise langsung gagal matlamat.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# bluezink
aku suka lebih rmi berbicara mengenai teknologi2 sains ni..keep it up |
|
|
|
|
|
|
|
I harap senjata ni dapat buat bulan titan yg beku menjadi bulan lautan.atau mengaktifkan core planet marikh . Kan best |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by meritokrasi at 23-1-2012 07:34
itu pasal lah setiap kali nak berdemo ajer, hujan lah, panas terik lah apa lah, maklumlah manusia sudah boleh mencipta cuaca sesuka hati... |
|
|
|
|
|
|
|
nak lawan kuasa Tuhan nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
off topic jap,
adekah ini salah satu dari tentera dajjal ygdikatakan dapat mengawal cuaca ? erkk.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|