View: 206|Reply: 0
|
7 gunung berapi aktif diawasi
[Copy link]
|
|
Pihak berkuasa Indonesia siap sedia langkah hadapi senario terburuk\rJAKARTA: Agensi Pencegahan Bencana Nasional Indonesia menyatakan bahawa tujuh gunung berapi terletak di seluruh kepulauan itu negara itu kini diawasi dengan rapi manakala semua pihak berkaitan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.\r\n\n\n\n\r Jurucakap agensi itu Sutopo Purwo Nugrowo berkata ia sudah menyiapkan langkah untuk menghadapi senario terburuk manakala pihak berkuasa mengadakan pertemuan Sabtu lalu untuk membincangkan langkah yang perlu diambil berikutan perkembangan terbaru ketujuh-tujuh gunung terbabit yang dilihat semakin aktif.\r\r\n\n\n\n\n Tujuh gunung berapi itu ialah Gunung Papandayan di Jawa Barat; Karangetang dan Lokon di Sulawesi Utara; Ijen di Jawa Timur; Gamalama di Maluku Utara; Anak Krakatau di Lampung dan Lewotolo di Timur Nusa Tenggara.\rSutopo berkata agensi memantau rapat setiap gunung berapi dan langkah pencegahan berbeza di setiap rantau kerana kriteria berbeza gunung berapi dan jajahan.\rBagaimanapun, katanya secara umum, agensi merancang laluan pemindahan, tapak untuk pelarian, bekalan logistik, jentera dan pemetaan sukarelawan.\r“Rancangan itu diselaraskan, namun kami terus memperbaharuinya untuk menyesuaikan dengan keadaan terkini. Bagi Papandayan, kami sudah melakukan latihan tiga kali supaya penduduk menyesuaikan diri dengan langkah itu,” katanya.\r\n\n\n\rJumaat lalu, Gunung Lokon meletus, mengeluarkan awan debu setinggi 1,500 meter, namun ia kembali tenang menjelang pagi Sabtu dan penduduk tinggal berhampiran gunung itu dipindahkan.\rDi Maluku Utara, kira-kira 296 penduduk masih berada di pusat perlindungan di Dufa-Dufa selepas letusan terakhir Gunung Gamalama pada awal Disember lalu. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|