View: 137|Reply: 0
|
20 kes barah disahkan akibat implan
[Copy link]
|
|
PARIS: Pihak berkuasa kesihatan Perancis mengesahkan bahawa mereka menemui sekurang-kurangnya 20 kes barah di kalangan wanita yang menjalani pembedahan implan buah dada menggunakan satu jenama dari negara itu sendiri.Sehingga Selasa, sebanyak tiga kes lumphoma, 15 kes adenocarcinoma, kanser payu dara, satu kes membabitkan adenocarcinoma paru-paru dan satu kes acute myeloid leukimia,” lapor Xinhua yang memetik agensi keselamatan produk kesihatan Perancis (AFSSAPS).\n\n\n\n Ia menyebut dalam rujukan terhadap implan yang dihasilkan oleh syarikat Poly Implant Prothese (PIP).\n\n\n\n\n “Bagaimanapun, tiada jumlah sebenar didedahkan sehingga kini membabitkan kanser ini dan pemakaian implan PIP,” kata agensi terbabit.Kementerian Kesihatan Perancis minggu lalu menasihat sejumlah 30,000 wanita supaya melakukan pembedahan membuang implan PIP mereka. Ia berikutan risiko meningkat mengenai kemungkinan pecah bagi mengelak risiko kanser walaupun belum ada bukti kukuh bahawa pemakaiannya dikaitkan dengan penyakit berkenaan.Cadangan itu dibuat selepas lapan kes, terutama kanser payu dara dilaporkan di kalangan pengguna implan PIP.Pihak berkuasa di negara lain juga menasihati wanita untuk mendapatkan nasihat daripada doktor mereka mengenai implan berkenaan.\n\n\nSyarikat Perancis, PIP adalah pengeluar implan silikon ketiga terbesar di dunia yang menjual produknya kepada berpuluh ribu wanita di lebih 65 negara dan rantau terutama Amerika Selatan dan Eropah Barat.Syarikat itu didapati menggunakan silikon dalam implan mereka dengan bahan yang tidak dibenarkan yang menyebabkan kadar kebocoran yang tinggi bagi implan berkenaan. Selepas itu, produk berkenaan diharamkan dan syarikat terbabit muflis pada 2010.Kerajaan Amerika Syarikat pernah meningkatkan amaran waspada membabitkan syarikat itu pada 2000. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|