View: 179|Reply: 0
|
Gelatin halal kulit ikan talapia
[Copy link]
|
|
Holista Colltech bangun R&D pastikan mampu kuasai pasaran global HOLISTA Colltech (Australia) Ltd, syarikat bioteknologi milik rakyat Malaysia yang disenaraikan di Bursa Saham Australia, sedang membangunkan kaedah bagi mengkomersialkan proses mengekstrak kolagen daripada kulit ikan talapia sebagai sumber gelatin halal.\n\n\n\n Ketua Eksekutifnya, Datuk Rajen M, berkata ikan talapia sesuai untuk dibuat gelatin tetapi berikutan ikatan kimianya tidak sekuat gelatin diperbuat daripada khinzir yang banyak penerimaannya, penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu dijalankan bagi membolehkan ia dikomersialkan pada masa depan.\n\n\n\n\n\n “Saintis kami di Australia sedang membangunkan proses bagi membolehkan kolagen yang diekstrak itu memiliki ikatan kimia sekuat gelatin khinzir.“Kami sedang mendapatkan pelabur bagi membiayai R&D ini. Kalau ini berlaku, kita (Malaysia) boleh mengambil peranan utama dalam industri makanan halal, sekali gus menguasai pasaran gelatin yang lebih besar di peringkat global,” katanya dalam satu temubual dengan Berita Harian di Petaling Jaya, baru-baru ini.Dr Rajen berkata, pasaran gelatin global bernilai AS$2.2 bilion dengan purata 400,000 tan gelatin dihasilkan setahun.“ Daripada jumlah itu, 46 peratus daripadanya diperbuat daripada kulit khinzir dan hanya 0.7 peratus diperoleh daripada sumber halal,” katanya.\n\n\n\nBeliau berkata, selain ikatan kimianya yang kuat sesuai untuk diekstrak dijadikan gelatin, permintaan tinggi terhadap gelatin khinzir adalah berikutan kos mendapatkannya rendah, ia dari sejenis haiwan yang tidak terjangkit dengan penyakit lembu gila, berbanding lembu, kambing dan biri-biri yang mudah menerimanya.“Terdapat banyak hasil limpahan daripada projek ini. Pertama Malaysia akan memainkan peranan yang lebih besar dalam industri halal dunia.“Selain itu penternak ikan tempatan akan turut meraih manfaat kerana kulit ikan yang mereka buang, kita akan beli,” katanya.Holista Colltech kini sedang mendapatkan pelabur tempatan bagi cadangan penubuhan kemudahan mengekstrak kolagen halal pertama dunia di Malaysia.Kolagen akan digekstrak daripada kulit biri-biri import dari Australia untuk kegunaan industri makanan dan minuman (F&B).Penghasilan geletin termasuk dalam cadangan pembangunan fasa kedua Holista Colltech di negara ini. Gelatin yang diproses daripada kolagen adalah bahan penting dalam makanan seperti kek.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|