View: 158|Reply: 0
|
Kee Sin terus terajui SP Setia
[Copy link]
|
|
PNB turut jamin kekal barisan pengurusan sedia adaPERMODALAN Nasional Bhd (PNB) memberi jaminan bahawa Tan Sri Liew Kee Sin akan kekal menerajui SP Setia Bhd serta turut mengekalkan barisan pengurusan sedia adanya, di sebalik cadangannya untuk mengambil alih syarikat berkenaan.\n\n\n\n Ia bagi memastikan pemaju hartanah terbesar dari segi jualan itu terus menjana keuntungan dan mencipta nilai bagi pemegang sahamnya.\n\n\n\n\n\n Dalam satu kenyataan bersama kepada Bursa Malaysia, PNB berkata, Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman sudah bertemu dengan Kee Sin pada Jumaat lalu bagi menyampaikan sendiri jaminan serta hasrat itu.Katanya, ia adalah langkah terbaik bagi SP Setia, memandangkan wujud kebimbangan mengenai nasib dan hala tuju pemaju hartanah itu berikutan cadangan pengambilalihan saham yang tidak dimiliki PNB dalam syarikat itu baru-baru ini.Pengurus dana amanah itu berkata, pihaknya amat menghargai pembinaan jenama yang kukuh serta pengwujudan nilai tinggi dalam SP Setia sepanjang ia diterajui oleh barisan pengurusan sedia ada.“Kee Sin akan terus menerajui SP Setia sebagai Ketua Eksekutif. Pasukan pengurusan sedia ada akan terus menguruskan syarikat dengan standard profesional dan semangat kecemerlangan sama, yang mana sudah berjaya menjadikan SP Setia sebagai pemaju hartanah nombor satu di Malaysia,” kata kenyataan itu.\n\n\n\nPNB juga menjelaskan ia berminat untuk meningkatkan kepentingannya dalam syarikat hartanah itu kerana ia mengetahui tiada saling hubungan antara nilai asas SP Setia dengan harga sahamnya susulan ketidaktentuan pasaran global kini.Pengurus dana pelaburan itu juga menegaskan pembabitannya dalam syarikat yang dilabur adalah menerusi wakil anggota Lembaga Pengarah, sementara operasi harian dipertanggungjawabkan kepada pengurus profesional.“Sebagai sebuah syarikat dana pelaburan, peranan PNB adalah meninjau syarikat yang baik untuk melabur dan bukannya menguruskan syarikat-syarikat itu,” katanya.Pengurus dana pelaburan itu berkata sebaik saja pasaran stabil, pihaknya komited untuk mengekalkan pegangan saham yang sesuai dengan kapasiti untuk menarik penyertaan institusi dana asing dan tempatan termasuk pelabur runcit dalam syarikat hartanah terbesar tempatan dari segi jualan itu.Sementara itu, Kee Sin berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan jaminan yang diberikan PNB yang ingin terus bekerjasama dengan barisan pengurusan sedia ada di SP Setia.Beliau juga melahirkan keyakinan dengan sokongan padu yang diberikan PNB sebagai pemegang saham institusi jangka panjang, pihaknya akan mempunyai masa depan yang cerah dengan prospek pertumbuhan kukuh, sekali gus mewujudkan nilai terbaik bagi pemegang saham syarikat hartanah itu.Berhubung tawaran pengambilalihan PNB itu, SP Setia telah melantik AmInvestment Bank Bhd sebagai Penasihat Bebasnya untuk menasihati pengarah dan pemegang saham.Pada 28 September 2011, PNB mengemukakan tawaran untuk mengambil alih saham yang tidak dimilikinya dalam SP Setia pada harga RM3.90 seunit bagi saham biasa dan 91 sen seunit bagi waran.Tawaran yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM6.9 bilion itu dikemukakan selepas PNB dan pihak berkepentingan bersama (PAC) sehingga tarikh itu menguasai 33.17 peratus ekuiti dalam SP Setia, sekali gus melepasi paras minimum 33 peratus yang memerlukan ia membuat tawaran pengambilalihan mandatori (MGO).
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|