View: 121|Reply: 0
|
Vettel sambar petak utama
[Copy link]
|
|
SINGAPURA: Pemandu Red Bull, Sebastian Vettel meraih petak utama ke-14 untuk pasukannya musim ini apabila juara bertahan dari Jerman itu mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan Grand Prix Singapura, malam tadi.\rVettel, 24, yang boleh menjadi juara Formula Satu (F1) berganda termuda sekiranya berjaya menjuarai GP Singapura hari ini, mencatat masa sepusingan terpantas 1 minit 44.381 saat di Litar Marina Bay mengatasi rakan sepasukan, Mark Webber dengan kelebihan 0.351 saat - menjadi lelaki keenam dalam sejarah F1 meraih pencapaian sedemikian.\r\n\n\n\n\r Gandingan pemandu McLaren, Jenson Button dan Lewis Hamilton masing-masing mencatat masa kelayakan ketiga dan keempat terpantas dalam sesi kelayakan dilangsungkan waktu malam yang disinari lampu limpah, di depan gandingan pemandu Ferrari, Fernando Alonso dan Felipe Massa.\r\r\n\n\n\n\n Petak utama itu adalah yang ke-15 berturut-turut untuk Red Bull sejak perlumbaan terakhir musim lalu di Abu Dhabi. - Agensi \r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|