CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 242|Reply: 1

Revalina enggan jaja cinta

[Copy link]
Post time 24-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
BIAR berulang diterjah persoalan mengenai cinta yang terjalin, tiada jawapan yang terbit dari bibir aktres jelita, Revalina S Temat. Malah, sedapat mungkin hal itu cuba disimpannya kemas tanpa disentuh orang luar.\rGadis yang melonjak namanya selepas membintangi sinetron, Bawang Putih Bawang Merah pada 2004 enggan hubungan cintanya dengan Ringgo Agus Rahman dijaja sebagai tatapan umum.\r\n\n\n\n\r    Biar terus dihimpit soalan berbaur peribadi, gadis periang yang mesra disapa Reva ini tegar mengunci mulut, sekali gus membiarkan semuanya kekal menjadi tanda tanya.\r\r\n\n\n\n\n    “Saya tidak mahu jawab soalan itu. Biarkan semua berjalan seiringan, tidak mungkin saya mementingkan hal peribadi berbanding karier,” katanya ketika ditemui pada majlis doa selamat sempena pelancaran sinetron keagamaan, Ummi Aminah, baru-baru ini.\rPrinsip itu sudah lama dipegang anak ketiga daripada empat beradik ini dan ia tidak pernah berubah, meskipun di luar terlalu ramai yang menanti khabar gembira daripadanya.\rMeskipun usianya bakal mencecah 26 tahun pada 26 November depan, namun Revalina menegaskan rencana untuk mendirikan rumah tangga belum difikirkan lagi. \r“Barangkali belum sampai seru, malah saya juga tidak mahu memaksa. Untuk apa terburu-buru jika akhirnya nanti bukan pilihan yang sesuai.\r\n\n\n\n\rLebih baik kami jalani hubungan ini seadanya, terserah bagaimana penamatnya nanti. Keluarga juga tidak pernah memaksa. Andai ditakdirkan tiada jodoh antara kami, saya reda. Namun sehingga ini, hubungan serta komunikasi saya dan Ringgo masih berjalan dengan baik,” katanya.\rSempat dijengah gosip keretakan hubungan mereka, Oktober tahun lalu apabila tidak lagi sering dilihat bersama, hal itu bagaimanapun, disanggah Revalina.\rEnggan hal peribadinya terus dibongkar, Revalina yang pernah tampil bertudung dalam filem Perempuan Berkalung Sorban bingung apabila kebelakangan ini acap diserahkan peranan serupa. Filem seperti Tanda Tanya dan Semesta Mendukung, selain sinetron, Ummi Aminah juga menuntut Revalina tampil berjilbab.\r“Saya tidak tahu mengapa terus ditawarkan watak seperti itu. Bertudung membuat saya berasa tenang dan aman namun sebagai pelakon, saya enggan terikat kepada satu watak,” katanya.\rSaat diajukan pertanyaan sama ada bersedia memakai tudung kepala, Revalina menjelaskan, keinginan menjalani kehidupan seperti yang dituntut Islam pernah menyapa dirinya. \r“Keinginan itu ada tetapi saya tidak tahu bila akan terlaksana. Cuma ketika ini, saya belum bersedia. Saya mahu sempurnakan dulu solat lima waktu sebelum bertudung,” katanya sambil mengakui tidak menolak jika diberi peranan menguji untuk beraksi dalam sinetron atau drama bersiri.\rApa yang dinikmatinya ketika ini akui Revalina, adalah satu kebetulan kerana kebelakangan ini, peranan yang ditawarkan kepadanya cukup mengujakan.\r“Sama ada filem atau sinetron, tuntutan kedua-duanya tetap sama. Sebagai pelakon, saya mengutamakan jalan cerita dan karakter.\rCuma berbeza di filem, saya berpeluang menjejakkan kaki di beberapa tempat yang tidak pernah saya kunjungi. Filem banyak memberikan saya pengalaman baru,” katanya.\rBuka restoran sendiri\rBELUM berani untuk membangunkan perniagaan bersendirian, usaha pertamanya melangkah ke dunia bisnes menerima sokongan daripada beberapa temannya. Seakan mengerti akan cabaran yang bakal dilalui, apatah lagi sering perniagaan yang dibangunkan secara kolektif gagal bertahan lama, Revalina ternyata sudah bersedia untuk berdepan dengan kenyataan itu.\r“Dari awal lagi, saya sudah tegaskan kepada rakan kongsi bisnes adalah bisnes. Jangan sesekali mencampuri urusan peribadi dengan bisnes. Perkara itu wajar dihindari dan jika ada berlaku ketidakpuasan hati, suarakan terus supaya tidak menjejaskan urusan perniagaan,” katanya.\rRestoran yang dibuka di daerah Bintaro, tidak jauh dari kediaman keluarganya memudahkan Revalina untuk berulang alik jika tidak terikat dengan penggambaran. Biarpun baru beroperasi, Pelakon Wanita Pilihan, Anugerah Filem Indonesia 2009 itu bersyukur kerana restoran itu sudah mula dikunjungi ramai.\r“Belum ada promosi rasmi, sekadar berkongsi dengan mereka yang terdekat menerusi Twitter namun impaknya ternyata luar biasa.\rSementelah saya mempunyai kelulusan dalam jurusan Komunikasi Massa, justeru saya praktikkan ilmu itu dengan menggalas tugasan di bahagian pemasaran,” katanya.\rRestoran yang diberi nama Takigawa Bintaro itu diusahakannya bersama enam teman lain termasuk Olga Syahputra, Asha Shara dan Wulan Guritno. Idea untuk membuka restoran itu kata Revalina, mula serius difikirkan sejak April lalu dan ternyata dia selesa menggeluti bidang baru itu. \r“Apa juga dilakukan jika kita senang dan ikhlas, hasilnya akan positif,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2011 12:00 PM | Show all posts
wah. . reva sgt berterus terang saat ditanya bila nak memakai tudung kepala. .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.035462 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list