CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 82|Reply: 0

Hatrik Faizal bantu TNB benam YNS

[Copy link]
Post time 24-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PENYERANG kebangsaan, Faizal Saari merakamkan jaringan hatrik membantu Tenaga Nasional Berhad (TNB) menewaskan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) 3-0 dalam perlawanan Liga Perdana, Liga Hoki Malaysia (LHM), semalam.\rFaizal menjaringkan dua gol pada babak pertama menerusi pukulan penalti pada minit ke-10 dan jaringan padang pada minit ke-20 sebelum menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-56 untuk menjamin kemenangan kedua berturut-turut pasukan.\r\n\n\n\n\r  Jurulatih TNB, Lailin Abu Hassan berkata prestasi pasukan secara keseluruhan tidak begitu baik berbanding perlawanan Rabu lalu apabila menumpaskan Nur Insafi 5-1.\r\r\n\n\n\n\n  Saya lihat kesungguhan pemain untuk menang wujud cuma beberapa pergerakan termasuk hantaran tidak berapa tepat, katanya mengenai pasukan itu yang akan menentang Universiti Kuala Lumpur (UniKL), esok.\rDalam perlawanan lain, Nur Insafi mencatat kemenangan pertama menumpaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-3.\rNur Insafi membuka jaringan seawal minit kelima menerusi jaringan padang Damandeep Singh namun ATM berjaya menyamakan jaringan tiga minit kemudian menerusi Mohd Zulkifli Abdullah.\rNur Insafi memastikan kemenangan dengan jaringan Abdul Asim Khan (ke-26), Prem Kumar (ke-37) dan Syed Sibtain Reza Naqvi (ke-69) manakala gol lain ATM disumbangkan Ahmad Ridzuan Zainal Abidin (minit ke-20) dan Mohd Zulkifli Abdullah (minit ke-61) .

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.523202 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list