View: 89|Reply: 0
|
Vettel mahu cipta hatrik GP Singapura
[Copy link]
|
|
SINGAPURA: Sebastian Vettel boleh muncul pelumba termuda yang berjaya mempertahankan kejuaraan dunia dalam perlumbaan Grand Prix Singapura, minggu ini tetapi pelumba Sepanyol Fernando Alonso berharap mampu menghalang impian pelumba Jerman itu.\rVettel, 24, juga mensasarkan untuk melengkapkan kemenangan hatrik untuk Red Bull selepas kemenangan di Belgium dan Itali, dengan mengungguli litar Marina Bay.\r\n\n\n\n\r Tetapi dalam perlumbaan yang panjang dan mencabar dalam keadaan cuaca panas serta lembap, dia sedar impiannya itu bukan mudah kerana dia bukan saja perlu mengatasi cabaran fizikal dan teknikal tetapi juga berdepan saingan sengit pencabar lain. \r\r\n\n\n\n\n Vettel, yang menghimpun 284 mata selepas lapan kemenangan musim ini, mempunyai kelebihan besar 112 mata ke atas Alonso dari pasukan Ferrari.\rBagi mengesahkan kejuaraan Ahad ini, dia perlu menjarakkan lagi kelebihan mata sekurang-kurangnya 125 mata atau lebih menjelang baki lima perlumbaan lagi.\rIni bermakna kemenangan dalam perlumbaan Ahad ini sudah cukup buat Vettel jika Alonso gagal menaiki podium.\rPasangan McLaren - Jenson Button dan Lewis Hamilton, yang memenangi perlumbaan di Singapura dua tahun lalu juga tampak mantap untuk memburu gelaran di sini.\r\n\n\n\n\r“Saya tidak akan menyerah kalah dan akan memandu untuk menang seperti dilakukan sebelum ii,” kata Hamilton. - AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|