CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 98|Reply: 0

Nani sasar pemain terbaik dunia

[Copy link]
Post time 21-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
‘Saya kini perlu bekerja keras  membuktikannya’\rMANCHESTER: Nani ada sasaran menjadi pemain terbaik dunia - tugas yang agak sukar kerana dia beraksi dalam era sama dengan Lionel Messi dan bekas rakan sepasukan di Manchester United, Cristiano Ronaldo.\r\n\n\n\n\r  Bagaimanapun pemain sayap Red Devils itu berada pada landasan betul dalam menggapai impian itu. Nani, 24, menceriakan penyokong United dengan satu lagi gol menakjubkan ketika membantu pasukannya menewaskan Chelsea 3-1 Ahad lalu.\r\r\n\n\n\n\n  “Itu antara impian saya - menjadi yang terbaik di dunia,” kata bintang Portugal itu. “Saya tahu saya mempunyai kemampuan berada dalam kelompok pemain terbaik dunia, tetapi saya perlu bekerja keras  membuktikannya.\r“Kadang-kadang ia tidak menjadi, tetapi apa yang saya mampu janjikan ialah selagi saya bermain bola, saya akan cuba yang terbaik untuk sampai ke tahap itu. Saya harap satu hari nanti orang akan berkata, ‘Nani adalah pemain hebat yang memenangi banyak kejuaraan dan memecah rekod kelab.”\rBos United, Alex Ferguson berkata: “Nani sungguh menakjubkan. Dia seorang pemain yang hebat dan sudah mula matang. Kita akan menyaksikan tahun yang terbaik daripadanya, tidak ragu-ragu lagi.”\rDibandingkan dengan Ronaldo pada peringkat sama kariernya di Old Trafford, kedua-dua pemain sudah menjaringkan 19 gol dalam perlawanan liga. - Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.330119 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list