CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

Israel jangka intifada ke-3

[Copy link]
Post time 8-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sedia serang penduduk Palestin tuntut pembentukan negara sendiriTEL AVIV: Tentera Israel sedia menggunakan penembak curi, peluru hidup dan meriam ketika berdepan kemungkinan intifada ke-3 tercetus ketika penduduk Palestin berusaha memohon menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  sekali gus pengiktirafan kepada pembentukan negara sendiri.Pemimpin rejim Zionis dan beberapa pegawai tentera bimbang dengan kempen demonstrasi dan perhimpunan yang dirancang penduduk Palestin ketika pemimpin mereka berlepas ke New York untuk melobi menjadi ahli badan dunia itu.\n\n\n\nPenduduk Palestin menegaskan bantahan akan dibuat secara aman,  tetapi Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman, menuduh Pihak Berkuasa Palestin (PA) merancang pertumpahan darah.\n\n\n\n\nKetua Jawatankuasa Pertahanan dan Hal Ehwal Luar Parlimen, Shaul Mofaz, membangkitkan prospek Israel perlu memanggil askar simpanan untuk berdepan dengan demonstrasi besar-besaran itu.Isnin lalu, seorang jeneral Israel, Mickey Edelstein, memberi amaran ‘pemberontakan di negara Arab’ di Asia Barat mungkin membuka jalan dengan pembabitkan golongan radikal yang berkemungkinan mencetuskan perang di rantau berkenaan.“Penembak curi Israel akan dilengkapi sistem pengimejan yang dapat melihat sejauh satu kilometer dan boleh melepaskan tembakan ke arah kaki penunjuk perasaan.“Peluru getah tidak akan digunakan sebaliknya peluru hidup dipakai jika ada ancaman terhadap tentera dan kawasan lintasan di antara Tebing Barat dan Israel,”  katanya.\n\n\n\nSementara itu, di Belgrade, Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) kelmarin mengesahkan sokongan terhadap bidaan Palestin untuk menjadi anggota PBB pada mesyuarat peringkat menteri, kata Menteri Luar Mesir, Mohammed Kamel Amr.“Kami akan terus menyokong usaha Palestin ketika sesi ke-66 Perhimpunan Agung untuk mengiktiraf negara merdeka Palestin berasaskan sempadan pada 4 Jun 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara, dan memohon kemasukan sebagai anggota penuh PBB,” katanya dalam sidang akhbar pada akhir pertemuan dua hari itu.Kamel Amr, yang mempengerusikan mesyuarat itu, menyatakan kebanyakan anggota NAM sudah pun mengiktiraf negara Palestin. Dia, bagaimanapun. tidak dapat mengesahkan sama ada semua 118 negara anggota pergerakan itu akan mengundi menyokong Palestin mendapatkan keanggotaan PBB apabila Perhimpunan Agung badan dunia itu diadakan lewat bulan ini.Rundingan langsung antara Israel dan Palestin tergantung sejurus selepas ia dilancarkan semula di Washington September lalu berhubung isu pembinaan penempatan. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.040237 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list