View: 154|Reply: 0
|
Pelacur Jerman kena tiket 'parkir'
[Copy link]
|
|
Kota Bonn perkenal caj semalam ke atas pekerja seks untuk mudah kutip cukai\rBERLIN: Pelacur di bandar raya Bonn diwajibkan membeli tiket daripada sebuah mesin yang serupa seperti meter meletak kenderaan ketika mencari pelanggan di jalanan atau dikenakan denda berat pihak berkuasa mengikut rancangan mengenakan cukai baru ke atas mereka yang dilancarkan awal minggu ini.\r\n\n\n\n\rDi Jerman, pelacur dikehendaki membayar cukai dan kadarnya berbeza mengikut kawasan menyebabkan ia sukar dilaksanakan sebelum ini.\r\r\n\n\n\n\nOleh itu, Jerman menyelesaikan masalah itu dengan memperkenal meter cukai seks pertama yang membolehkan pelacur membeli tiket pada harga AS$8.72 (RM25.80) untuk satu malam bertujuan memastikan sistem cukai dilaksanakan secara adil, kata jurucakap bandar raya itu.\r“Inspektor akan mengawasi pematuhan kepada peraturan itu, bukan setiap petang tetapi kerap,” katanya kepada agensi berita.\rPelacur akan membeli tiket sebelum memulakan kerja mereka. Jika ditangkap tidak mempunyai tiket sah, pesalah akan diberi peringatan dulu, kemudian didenda dan akhirnya dilarang melacur.\rKira-kira 200 pelacur bekerja di Bonn dan 20 dapat dilihat di jalanan pada setiap malam. Pelacuran cuma dibenarkan di Bonn antara jam 8.15 malam hingga 6 pagi waktu tempatan.\r\n\n\n\n\rDisebabkan bantahan daripada penduduk, pegawai bandar raya itu mengehadkan ‘kawasan operasi’ kepada bahagian atau kawasan tertentu saja. \rBandar raya itu membina garaj meletak kenderaan kayu yang digelar pegawai sebagai ‘kawasan perhubungan’ bagi membolehkan pelanggan yang memandu kereta bersendirian dengan pelacur.\rPada masa sama, ada pihak lain pula berpendapat rancangan itu akan memberi kesan positif meningkatkan pelacuran.\r“Memang sistem itu sesuatu yang baik. Jika mengambil kira keadaan normal, kita boleh lihat percukaian akan mengurangkan perkhidmatan.\r“Namun, ada kemungkinan bahawa meter seks itu akan meningkatkan pelacuran apabila semakin ramai biasa dengan sistem itu,” tulis Ryan Avent dalam Economist.\rSistem itu, yang berkuat kuasa awal minggu ini, dijangka mengutip kira-kira AS$285,000 (RM826,000) setahun.\rBagaimanapun, ada juga pelacur yang tidak puas hati dengan pelancaran sistem itu. Juanita Rosina Henning dari kumpulan penyokong pelacur, Dona Carmen, berkata kewujudan meter itu akan menaikkan cukai dua kali ganda kerana pelacur sudah pun membayar cukai pendapatan.\rBonn mewujudkan meter itu sebagai langkah mewujudkan keadilan yang meletakkan pejalan kaki sama dengan pelacur dalam aspek pembangunan.\rHenning, bagaimanapun berkata: “Perkara itu tiada kena mengena dengan soal keadilan kewangan.” – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|