|
BERLIN: Bintang Belanda, Arjen Robben sekali lagi mempamerkan aksi menakjubkan ketika membantu Bayern Munich membelasah Hamburg 5-0, manakala juara Borussia Dortmund menang 2-0 ke atas Nuremberg.\rSelepas membantu kemenangan Bayern ke atas FC Zurich dalam saingan kelayakan Liga Juara-Juara Rabu lalu, Robben sekali lagi cemerlang dengan menjaringkan satu daripada lima gol ke atas Hamburg di Allianz Arena.\r\n\n\n\n\r “Apabila semua orang cergas, kami lebih berdisiplin dan mudah menjaringkan lebih banyak gol,” kata Robben yang dikeluarkan pada minit ke-66 bagi mengelak kecederaan belakangnya berulang ketika pasukannya selesa 4-0. \r\r\n\n\n\n\n “Saya rasa lebih baik berbanding aksi menentang Zurich, tetapi kesakitan bertambah teruk pada babak kedua dan lebih baik saya dikeluarkan. Masih banyak yang saya dan pasukan akan hasilkan.” \rPengendali Bayern, Jupp Heynckes gembira anak buahnya mengekalkan rekod bersih ketiga berturut-turut. Bayern yang mendahului 2-0 pada 17 minit pertama, kini di tangga kedua liga di belakang pendahulu, Borussia Moenchengladbach. \rBek Belgium, Daniel van Buyten membuka jaringan dengan menanduk masuk sepakan percuma Robben (m-13), diikuti jaringan Franck Ribery (17), Robben (34), Mario Gomez (56) dan Ivica Olic (80). – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|