|
Djokovic mudah lepasi pusingan ketiga, Federer turut mara suku akhir\rCINCINNATI (Ohio): Pemain pilihan utama, Novak Djokovic mudah melepasi pusingan ketiga tetapi pemain nombor dua dunia, Rafael Nadal dipaksa berhempas pulas sebelum mara ke pusingan suku akhir Cincinnati Masters. \r\n\n\n\n\r Nadal meneruskan rekod bersihnya ketika bertemu Fernando Verdasco tetapi mengharungi tiga set tiebreak menumpaskan rakan senegaranya dari Sepanyol dengan 7-6 (7/5), 6-7 (4/7), 7-6 (11/9) sementara pemain nombor satu, Djokovic mengalahkan Radek Stepanek dari Czech dengan 6-3, 6-3.\r\r\n\n\n\n\n “Saya gembira...saya gembira dapat melepasi halangan ini dan layak ke suku akhir,” kata Nadal.\rTiga pemain pilihan teratas undian berjaya melepasi halangan dengan pemain pilihan ketiga, Roger Federer yang juga bintang dari Switzerland juga melangkah masuk ke suku akhir menumpaskan pemain Amerika Syarikat, James Blake 6-4, 6-1.\rIa mungkin bukan permainan terbaik Djokovic menewaskan Stepanek bagi membaiki rekodnya musim ini dengan 55-1. Dia juga melengkapkan rekod kejayaan 31-0 di perlawanan gelanggang keras. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|