|
Gara-gara tersingkir awal pada saingan Terbuka Cincinnati\rMASON (Ohio): Andy Roddick yang berang dan kecewa gagal mengawal perasaannya sebaik tumpas pada pusingan pertama Terbuka Cincinnati kelmarin, tewas tiga set kepada pemain ranking ke-47, Philipp Kohlschreiber dari Jerman.\r\n\n\n\n\r Kohlschreiber mara selepas menang 6-7, 7-5, 6-1 tetapi pemain tangga ke-15 dunia itu meninggalkan gelanggang sambil merungut kepada pengadil selepas gagal mengawal emosinya apabila menghempas raketnya dan memukul bola ke arah penonton.\r\r\n\n\n\n\n Roddick, yang dihantui masalah kecederaan, diberikan amaran selepas membaling raketnya sebaik tewas set kedua dan memukul bola selepas dua kali servis dibatalkan pada permainan kedua set ketiga.\r“Jelas ia berlaku sekelip mata. Selepas melakukan itu, saya mahu menariknya semula. Saya yakin saya melihat kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun menangkap bola itu. \r“Perkara ini sangat teruk, Saya tidak boleh menyalahkan dia (pengadil), tetapi saya berada di sini selepas mengubah daripada kecederaan enam minggu kepada kecederaan tiga minggu, melakukan pemulihan lapan jam sehari dan keputusan sekelip mata menyebabkan semuanya berakhir,” kata pemain Amerika yang dikenakan mata penalti berikutan insiden itu.\rRoddick, yang bergelut mendapatkan semula prestasi terbaik menjelang Terbuka Amerika Syarikat penghujung bulan ini, akan bermain dalam satu lagi kejohanan ATP di Winston-Salem, minggu depan tetapi mengakui dia masih belum cergas sepenuhnya. \r\n\n\n\n\r“Saya cuma rasa kecewa. Pada masa sama marah dan kecewa dengan diri sendiri. Anda tahu, ia adalah proses yang panjang. Jadi saya marah pada diri sendiri,” katanya. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|