View: 15568|Reply: 58
|
Edisi JAIS - Tok Belagak ditahan JAIS...!
[Copy link]
|
|
JAIS tahan 'Tok Belagak'
Oleh ABDUL YAZID ALIAS
[email protected]
Sebahagian yang ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sewaktu menyerbu sebuah permis yang dijadikan tempat seorang lelaki yang di kenali sebagai Tok Belagak mengajar agama tanpa tauliah di Kota Kemuning Shah Alam. - MINGGUAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI
SHAH ALAM 30 Julai - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan seorang lelaki yang dipercayai penceramah sebuah pusat rawatan alternatif kerana dipercayai mengajar agama tanpa tauliah, di sini hari ini.
Lelaki dikenali sebagai 'Tok Belagak' berusia 46 tahun itu ditahan dalam operasi sepasukan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan JAIS.
Ketika ditahan pukul 2 petang, lelaki itu sedang menyampaikan ceramah dalam satu seminar yang diadakan di sebuah premis di Kota Kemuning.
Turut ditahan 12 individu dipercayai kakitangan pusat rawatan tersebut selain isteri penceramah itu yang berusia 30-an dan didakwa pemilik premis berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIS, Zaaba Zakaria berkata, kesemua yang ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atas kesalahan mengajar agama Islam dan perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam tanpa tauliah.
"Operasi ini kita lakukan hasil aduan dan maklumat daripada orang awam. Berdasarkan maklumat yang diterima pusat rawatan ini telah aktif hampir dua tahun lalu.
"Daripada penahanan 13 individu ini, kita akan adakan siasatan lanjut dan mengambil keterangan daripada mereka, kesemuanya akan dibebaskan pada hari ini dengan jaminan.
"Mereka yang disabitkan kesalahan di bawah enakmen itu boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Tambah Zaaba, ketika operasi itu dijalankan, pihaknya turut mengeluarkan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kepada 36 orang peserta seminar terbabit yang terdiri 31 orang lelaki dan lima orang wanita.
Katanya, pihaknya turut menyita beberapa barangan meliputi peralatan termasuklah risalah-risalah mengenai perubatan alternatif milik pusat rawatan berkenaan.
Mengulas lanjut aktiviti pusat rawatan berkenaan, Zaaba berkata, pihaknya mendapat maklumat, pihak berkenaan menjalankan aktiviti seminar rawatan alternatif kepada peserta dengan bayaran RM250 seorang dan menyediakan khidmat rawatan alternatif.
Rawatan alternatif itu, jelasnya, turut termasuk rawatan berpunca daripada gangguan makhluk halus seperti saka.
Zaaba berkata, pihaknya juga akan menjalankan siasatan lanjut terhadap premis itu khususnya ajaran sesat.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0731&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm
Dr Maza pung pernah kena tahan JAIS...... skrg nie tok belagak lak....... kalu nabi hidup lagik, kena pohon tauliah dgn JAIS gak? :re: |
|
|
|
|
|
|
|
ikut JAIS, ada pihak media yg buat laporan? adakah pihak media tu harian metro yg kena saman RM2 juta oleh tok belagak?
Jumaat, 29 Julai 2011
Baca Yasin mengundur
BIMBANG...Siti mendedahkan ajaran bomoh yang digelar Tok Belagak.
SHAH ALAM: Mampu mengimbas siapa yang bakal masuk syurga atau ke neraka, mampu menghantar roh orang sudah mati ke Makkah untuk beribadat hingga kiamat dan memulihkan mangsa santau dengan bacaan Yassin secara mengundur - itu antara kebolehan luar biasa Tok Belagak.
Namun, semua itu dakyah songsang satu kumpulan dipercayai ajaran sesat yang kini bergiat aktif di pinggir bandar raya ini untuk mencari pengikut. Ia diketuai seorang bomoh lelaki berusia 50-an yang digelar Tok Belagak.
Mendedahkan perbuatan bertentangan akidah itu, seorang ibu tunggal yang mendakwa dua anak lelakinya berusia 30-an terpengaruh ajaran terbabit berkata, dia amat bimbang akidah anaknya akan terpesong daripada ajaran Islam sebenar.
Wanita berumur 56 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, pada mulanya kedua-dua anak lelakinya itu menemui lelaki terbabit untuk mendapatkan penawar penyakit dialaminya yang tidak sembuh sejak sekian lama.
“Pada mulanya anak-anak saya ingin mencarikan penawar untuk sakit saya dan tidak kebah sejak dulu. Namun, selepas diberikan air kononnya boleh menyembuhkan penyakit saya, anak tertarik untuk mengikuti ajaran kumpulan digelar Darul Saka itu.
“Mereka tertarik menyertai kumpulan itu selepas melihat penampilan ahli dan ketua ajaran terbabit. Dari luar mereka kelihatan alim dan warak serta selalu membaca kitab dan berzikir. Sebab itu saya tidak membantah pelawaan anak untuk menyertai kumpulan mereka pada mulanya sejak dua tahun lalu.
“Tok Belagak pula tak kedekut menurunkan ilmu kepada anak saya untuk mengubati mereka yang terkena saka dan mereka seperti teruja kerana mempunyai ilmu itu,” katanya.
Namun, Siti pelik apabila anaknya membaca surah Yasin secara mengundur ketika mengubati orang yang mengalami sakit buatan orang atau dirasuk.
“Lebih menghairankan apabila Tok Belagak mendakwa boleh tahu berapa banyak amalan arwah suami saya ketika hidup. Arwah meninggal dunia lima tahun lalu dan Tok Belagak mendakwa mampu menghantar roh suami saya ke Makkah untuk beribadat sehingga kiamat untuk menampung dosa ketika masih hidup.
“Saya rasa itu dah cukup melampau kerana saya sentiasa mendoakan untuk arwah suami. Tok Belagak mendakwa dia tahu sejauh mana amalan arwah. Bagi saya itu semua kerja Allah dan dia tidak patut mengeluarkan kenyataan begitu,” katanya.
Siti berkata, dia mula mencurigai amalan kumpulan diketuai bomoh terbabit sejak Ramadan tahun lalu, apabila melihat anaknya yang rajin ke masjid atau surau berhampiran rumah untuk menunaikan solat sunat tarawih tidak lagi berbuat demikian, malah tidak sekali pun melakukan ibadah itu.
“Bagai nak gugur jantung apabila mereka menyatakan tak perlu menunaikan solat tarawih di masjid atau surau kerana mereka bersolat dengan Rasullulah s.a.w di langit. Saya mempersoalkan kenyataan mereka, tetapi sedih betul anak-anak yang saya sayangi memarahi dan meminta saya tidak masuk campur urusan ibadah mereka,” katanya.
Menurutnya, dia kini buntu memikirkan cara untuk memulihkan akidah kedua-dua anak itu, namun pada pada sama tidak berani mendedahkan kegiatan songsang bomoh terbabit kerana bimbang keselamatan diri.
Katanya, sebelum ini dia pernah mengikuti anaknya ke tempat bomoh itu beroperasi untuk ikhtiar mengubati penyakitnya, tetapi selepas menghidu ajaran songsang bomoh terbabit, dia tidak lagi mengikut anaknya ke sana.
“Tok Belagak yang mempunyai isteri dan lima anak turut mendakwa menjalankan aktiviti membuang saka dari jarak jauh. Malah, dia mendakwa mempunyai kawasan jajahan di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.
“Saya difahamkan di kawasan Lembah Klang saja, lebih 300 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sudah terpengaruh dengan mengikuti dan menyebarkan ajaran Tok Belagak menerusi blognya di Internet,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Acong wehhhhhhh..Apo yg misterinya ??:re: |
|
|
|
|
|
|
|
Acong wehhhhhhh..Apo yg misterinya ??:re: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# medangmru
misteri RM2 juta........!!!  |
|
|
|
|
|
|
|
Acong wehhhhhhh..Apo yg misterinya ??
medangmru Post at 31-7-2011 13:38 
Betul le tu medang....
Selalunya kalau berkenaan Rawatan Islam kan masuk BOD MPS.....
Atau kena letak kat BOD Lagenda, Mitos & Sejarah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Entah-entah orang yang tak puas hati dengan charge yang di kenakan tu buat aduan.... |
|
|
|
|
|
|
|
kaa ada org vvip yg berdendam dgn tok belagak? ( ada kaitan dgn kes ustaz kena belasah dek vvip kat area sentul? ) |
|
|
|
|
|
|
|
b€ukan tok belagak tu salah seorang forumer mps ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni kalau jais ke jawi ke jakim ke buat pantUan kat bod mps ni...mau kemana gue? Xkan mau posting dlm bod matematik pulak?
Ni bila nak start puasa daaa...?
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
Entah-entah orang yang tak puas hati dengan charge yang di kenakan tu buat aduan....
jazaa1 Post at 31-7-2011 14:06  mahal kaa charge tok belagak tu? btw, tok belagak tak caj bayaran pun utk org berubat kena santau atau buatan org lain........  |
|
|
|
|
|
|
|
mahal kaa charge tok belagak tu? btw, tok belagak tak caj bayaran pun utk org berubat kena santau at ...
Acong Post at 31-7-2011 17:33 
Pernah baca kat blog dia....kalau buang saka dia charge RM120....
Ala...orang mcm2 perangai, kekadang depan baik...belakang mcm p*****k....
Tapi ada satu thread kat Cari forum ni pertikaikan charge pusat rawatan Islam....
Tak tau kat mana, tapi mcm kenal je..... |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni kalau jais ke jawi ke jakim ke buat pantUan kat bod mps ni...mau kemana gue? Xkan mau posti ...
juragan_malam Post at 31-7-2011 16:43 
takper..wak ju wat buku sendiri ..mesti ilah nak beli... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang misterinya JAIS...nak sampaikan dakwah kena ada sijil....alamatnya kalu orang nak meninggal,..tak sempat nak mengucap ler sebab kena ambik sijil dulu...sebelum ajar mengucap.... |
|
|
|
|
|
|
|
kesian lar pulak semalam aku tgk berita tok belagak ni kene tahan |
|
|
|
|
|
|
|
Risalah wirid antara buku kena rampas
Oleh AMIR ABD HAMID
[email protected]
SHAH ALAM: Risalah bertajuk Wirid Amalan Darul Saka, Khifiat Amalan Kerezekian dan Buku Yasin 7 Mubin antara penerbitan yang dirampas dalam serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah premis di Kota Kemuning, di sini, semalam.
Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari itu, seorang lelaki berusia 46 tahun yang menggelarkan dirinya Tok Belagak turut ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Penolong Pengarah Perancangan Strategik, Bahagian Penguatkuasaan Jais, Zaaba Zakaria berkata, pihaknya menahan 49 individu, termasuk seorang dipercayai penceramah dikenali sebagai Tok Belagak.
“Hasil maklumat awam, kami menyerbu premis berkenaan dan ketika serbuan, seorang lelaki yang lebih dikenali sebagai Tok Belagak mengajar peserta berkaitan perubatan Islam untuk rawatan seperti saka, buatan orang dan ‘sakit dalaman’ menggunakan ayat al-Quran.
“Apabila diminta dokumen pentauliahan mengajar, dia gagal menunjukkannya. Setakat ini, siasatan terhadap lelaki itu dilakukan mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003,” katanya.
“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Menurut Zaaba, isteri penceramah berkenaan yang berusia 30-an turut ditahan dan 13 daripada mereka dibawa ke Pejabat Jais untuk tindakan susulan manakala 36 yang lain, termasuk lima wanita Kursus Asas Rawatan Islam Darul Saka diberi notis supaya hadir memberi keterangan di pejabat Jais Shah Alam.
Jelasnya, mereka yang ditahan dibebaskan dengan jaminan mulut dan dikehendaki hadir ke pejabat Jais untuk memberi keterangan.
Terdahulu, ketika ditanya Zaaba dalam serbuan di premis itu, lelaki berkenaan mendakwa dia bernaung atas nama Silat Gayung Fatani Malaysia.
Laporan muka depan Harian Metro pada 16 Mac lalu memetik, seorang ibu tunggal berumur 56 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Siti mendakwa bimbang dua anak lelakinya berusia 30-an terpesong akidah Islam sebenar apabila didapati melakukan beberapa amalan pelik selepas didakwa menyertai kumpulan diketuai Tok Belagak itu.
http://www.hmetro.com.my/articles/2011073103143720110731031437/Article/artikelMA
|
|
|
|
|
|
|
| |
|