View: 212|Reply: 0
|
Moggi digantung seumur hidup atur perlawanan
[Copy link]
|
|
MILAN: Bekas pengurus besar Juventus Luciano Moggi digantung seumur hidup daripada bola sepak Itali, menurut kenyataan yang dikeluarkan persekutuan bola sepak negara itu, kelmarin.\rMoggi digantung lima tahun akibat skandal mengatur perlawanan 2006 yang menyaksikan Juve diturunkan daripada liga utama Serie A dan kejuaraan mereka pada 2005 serta 2006 ditarik balik.\r\n\n\n\n\r Dengan penggantungan ke atasnya bakal berakhir, persekutuan memutuskan untuk menggantungnya seumur hidup bersama-sama bekas pengarah Juve Antonio Giraudo.\r\r\n\n\n\n\n Moggi ialah tertuduh dalam perbicaraan panjang mengatur perlawanan dan dia juga didapati bersalah memanipulasi pasaran perpindahan melalui agensi pengurusan dalam perbicaraan berasingan.\rKenyataan media olehnya yang kerap juga mengecewakan pegawai persekutuan yang masih menimbangkan sama ada Inter Milan juga patut dilucutkan gelaran 2006 selepas bukti baru diperoleh dalam perbicaraan itu. Inter bagaimanapun menafikannya.\rWalaupun Moggi digantung seumur hidup tetapi skandal mengatur perlawanan dalam bola sepak Itali masih dalam siasatan membabitkan divisyen dua dan perlawanan penting musim lalu. - Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|