View: 138|Reply: 0
|
Peluang Selangor buru mahkota Liga Super masih terbuka
[Copy link]
|
|
SELANGOR terus bernyawa untuk menghambat Kelantan sehingga ke garisan penamat kali ini selepas berhempas pulas menewaskan Felda United 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.\rJelas sekali anak didik K Devan memanfaatkan sepenuh ruang yang ada untuk mengutip tiga mata di laman sendiri buat kali terakhir, musim ini.\r\n\n\n\n\r Jaringan pembukaan Selangor hadir pada minit ke-23 apabila percubaan rembatan P Gunalan dari luar kotak penalti tepat memasuki gawang gol Felda United yang dijaga Mohd Hamsani Ahmad.\r\r\n\n\n\n\nFELDA United menyamakan kedudukan menerusi Azrul Ahmad (m-68). Selangor pula menambah jaringan menerusi Safiq Rahim (m-74). \rDi Stadium Sultan Ismail, Terengganu terus menghidupkan peluang bersaing dengan Kelantan dan Selangor merebut kejuaraan Liga Super musim ini selepas mencatat kemenangan 3-2 ke atas T-Team.\rTuan rumah terlebih dulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti minit ke-59 yang disempurnakan Abdul Hadi Yahya, namun, T-Team menyamakan kedudukan menerusi Samsul Kamal Mohamad dua minit kemudian dan mendahului menerusi Indra Putra Mahayuddin minit ke-73, sebelum jaringan Md Ailim Fahmi minit ke-74 dan Abdul Manaf Mamat minit ke-86 memastikan kemenangan skuad Penyu.\rDi Stadium Utama Negeri, Kangar, Perlis sekali lagi dikecewakan di laman sendiri selepas tewas 1-0 di tangan Sabah hasil sepakan penalti Razlan Otto (m-28).\r\n\n\n\n\rDi Stadium JCORP, Pasir Gudang, Johor FC berjaya menewaskan Pahang 2-1 hasil jaringan Mohd Khairul Ismail (m-24) dan Mohd Rashid Aya (m-85). Gol tunggal Pahang dijaringkan Azamuddin Akil (m-85).\rDi Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah dan Negeri Sembilan terikat 1-1.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|