View: 153|Reply: 0
|
Ileana dituduh mungkir janji
[Copy link]
|
|
Pengarah marah aktres berlakon filem lain\rCHENNAI: Bintang filem Telugu, Ileana D’Cruz, kemungkinan diharamkan berlakon dalam industri perfileman Tamil atau Tollywood selepas produser Mohan Nadarajan, menuduh aktres itu mungkir janji membintangi filemnya.\r\n\n\n\n\rDalam aduannya kepada Majlis Produser Filem Tamil dan Dewan Perdagangan Filem India Selatan, Mohan juga mendedahkan Ileana sudah diberi wang pendahuluan untuk berlakon dalam filem Deiva Thirumagal bersama Vikram selain dimaklumkan tarikh penggambaran.\r\r\n\n\n\n\nTetapi, Ileana pada masa sama berlakon dalam filem Nanban arahan Shankar, sehingga memaksa Mohan menggantikan aktres itu de-ngan aktres terkenal, Anushka.\rMohan mendakwa, Ileana tidak memulangkan wang itu dan tidak menjawab cubaan menghubunginya menerusi telefon.\rIa menyebabkan beliau meminta industri filem tempatan menghukum aktres itu dengan tidak mengambilnya berlakon.\rSumber rapat Mohan berkata: “Pada mulanya, Ileana mengelak untuk menjawab apabila pengarah menghubunginya. Tetapi, kebelakangan ini dia langsung tidak menjawab panggilan.”\r\n\n\n\n\rBagaimanapun, syarikat penerbitan, Balaji Motion Pictures menawarkan aktres berusia 23 tahun itu memegang watak dalam filem Once Upon A Time In Mumbai 2.\rWatak itu pada awalnya dianggap sesuai untuk aktres Kareena Kapoor dan Katrina Kaif, dua nama besar Bollywood.\rSementara itu, Ileana dianggap mungkin tertekan dengan satu lagi berita mengatakan pengarah filem Once Upon A Time in Mumbai 2 tidak tahu siapa aktres yang bakal memegang watak penting dalam filem berkenaan.\rPengarah terbabit, Milind Luthira memberitahu media: “Saya tidak kenal Ileana. Saya tidak pernah dengar namanya sebelum ini. Kami belum lagi memilih watak utama filem ini dan kami akan maklumkan selepas memutuskannya.”\rIa mungkin taktik menarik perhatian ramai selepas media Bollywood menyiarkan aktres itu bakal menjadi heroin filem berkenaan. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|