
Gambar hiasan
SIBU: Bekalan darah di Hospital Sibu kini berada pada paras yang sangat rendah dan keadaan ini dijangka berlanjutan sehingga April 2026.
Sehubungan itu, Klinik Kesihatan Lanang mengambil inisiatif menganjurkan kempen derma darah bagi membantu menampung serta memulihkan stok bekalan darah di Hospital Sibu.
Menerusi kenyataan di Facebook rasmi Bank Darah Hospital Sibu, kempen tersebut akan diadakan di lobi KK Lanang pada Khamis ini, bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari.
“Jom turut serta kempen derma darah anjuran KK Lanang. Sambil menemani yang tersayang jumpa doktor, anda boleh ikut serta menderma,” ujarnya.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen derma darah sepanjang tahun 2026 boleh mengikuti Facebook, Instagram dan TikTok Bank Darah Hospital Sibu.
Sumber : Utusan Borneo
|