CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 719|Reply: 1

Usahawan Kopi Tanpa Bancuh Serik Guna Khidmat Selebriti, Rugi RM500,000 Artis Tak Buat Kerja

[Copy link]
Post time 29-3-2025 02:37 PM | Show all posts |Read mode

Dalam dunia perniagaan, selebriti sering dijadikan duta produk bagi meningkatkan promosi dan jualan. Namun, tidak semua mampu memberikan komitmen yang sewajarnya, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengasas produk.

Terbaru, pengasas kopi tanpa bancuh Liquffe, Fadzil Ismail, meluahkan kekecewaannya terhadap beberapa artis dan pempengaruh yang dilantik sebagai wajah produk tersebut.

Menurutnya, akibat kegagalan mereka menjalankan tugas seperti yang dipersetujui, dia mengalami kerugian kira-kira RM500,000.

“Bagi saya, pengasas produk dan selebriti sebenarnya saling memerlukan. Namun, saya rasa terkilan dan kecewa apabila selebriti yang saya percaya tidak melaksanakan tugasnya sebagai wajah Liquffe.

“Dalam masa yang sama, anggaran kerugian yang saya tanggung adalah kira-kira hampir RM500,000 akibat selebriti tidak melaksanakan tugasnya.

“Siapa artis itu, biarlah saya tidak umumkan di sini. Rasanya ada pihak media yang kenal artis itu yang sebelum ini terlibat secara langsung mempromosi produk Liquffe.

“Saya tidak berniat mahu mengaibkan atau memalukan sesiapa. Cuma, cukuplah apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat saya dan mungkin pengasas produk lain yang melalui situasi yang sama,” katanya.

Serik

Disebabkan pengalaman pahit itu, Fadzil mengakui serik untuk menggunakan khidmat selebriti dalam mempromosikan Liquffe.

“Kalau ditanya serik atau tak, memang saya serik untuk guna khidmat selebriti. Saya tahu bukan semua selebriti cuai jalankan tanggungjawab sebagai wajah atau duta produk yang diwakilinya.

“Namun, buat masa ini biarlah saya sendiri turun padang mempromosikan produk kopi tanpa bancuh Liquffe ini. Siapa lagi nak promosi produk kita, kalau bukan kita sendiri.

“Bukan mudah untuk memulakan bisnes Liquffe ini. Macam-macam dugaan yang saya lalui. Ia tidak mudah yang dilihat. Hanya Allah yang tahu betapa ‘sakitnya’ saya untuk menghasilkan produk ini,” ujarnya.

Bangkit semula

Walaupun berdepan cabaran besar, Fadzil tetap bangkit dan menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran serta motivasi untuk terus maju dalam tahun 2025.

“Dalam bisnes ini, saya tak boleh nak pandang ke belakang lagi. Apa yang jadi, biarlah berlalu dan saya mahu buka buku baru.

“Sejujurnya daripada hati saya, tiada sekelumit dendam pun terhadap selebriti itu. Apa yang dia pernah lakukan untuk Liquffe dulu, saya ucapkan terima kasih.

“Mungkin ‘jodoh’ bersama dalam bisnes ini tidak panjang tapi di luar kami masih boleh berkawan atau lepak. Kawan tetap kawan, cuma untuk bisnes saya sudah serik.

“Bisnes adalah bisnes. Jangan campur adukkan dengan urusan peribadi. Kami masih boleh berhubung sebagai kawan. Tiada masalah kerana tak berkat hidup apabila kita memutuskan silaturrahim,” katanya.

Berkongsi mengenai Liquffe, Fadzil menegaskan bahawa produk kopi tanpa bancuh ini menggunakan bahan organik dan berasaskan tumbuhan, termasuk nektar kelapa yang terbukti baik untuk kesihatan.

Menurutnya, penyelidikan selama tiga bulan dijalankan untuk mendapatkan rasa kopi terbaik tanpa menggunakan gula putih, sebaliknya menggantikan dengan nektar kelapa.

“Kalau nak tahu, nektar kelapa ini mempunyai nutrisi yang tinggi seperti menstabilkan paras gula dalam darah, membantu melawan keradangan, meningkatkan metabolisme, bagus untuk kesihatan usus dan banyak lagi,” jelasnya.


Sumber: The Tarik Kaw

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2025 11:20 PM | Show all posts
Sape la retis & influencer tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.932871 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list