CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14285|Reply: 9

Bidang Mengenal Kraf Tradisional

[Copy link]
Post time 1-5-2011 11:09 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by fleurzsa at 1-5-2011 11:13

Salam n Good Day

Kraf tradisional boleh didefinasikan sebagai perusahaan (kerjaseni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarkat yang diwarisi turun- temurun.


Mengenal Kraf tradisional adalah melibatkan penghasilanbarangan kraf yang menggunakan bahan gantian seperti kertas warna, straw,plastisin dll

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2011 11:11 AM | Show all posts
Jenis-jenis Kraf Tradisional terbahagi kepada:

1.        Alat domestik                     
2. Alat permainan
3. Alat pertahanan diri            
4. Perhiasan diri
5. Batik                                    
6. Tekat
7. Ukiran                             
8. Tenunan
9. Anyaman                             
10. Tembikar
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 11:24 PM | Show all posts
kalo nak tau detail mengenai bidang kraftangan....better masuk website kraftangan malaysoa....banyak info berguna ada kat sana...ni link dia......

http://www.kraftangan.gov.my/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 01:46 PM | Show all posts
BIDANG KRAF TEKSTIL (BATIK)

Sejarah perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke 15 Masihi dan ianya terus berkembang terutama selepas tamat perang Dunia Kedua.  Pengusaha batik di Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan batik di negara ini.  Hasil-hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaannya dan reka coraknya melambangkan kemahiran dan kehalusan kerja tangan masyarakat setempat.

Di Malaysia, batik dihasilkan melalui beberapa teknik, proses dan gaya tertentu.  Salah satu teknik yang terdapat di Malaysia ialah batik blok.  Proses awal dalam perkembangan membuat batik blok adalah menggunakan sarang bunga atau acuan yang diperbuat daripada kayu dan diterap dengan sejenis warna hitam dan teknik awal ini dikenali sebagai Terap Hitam.

Batik kini telah dimodenkan selari dengan perkembangan tren semasa. Bagi mereka yang ingin melihat produk-produk kraf batik or laian-lain bidang kraf, boleh visit website ini:

http://www.malaysiacraft.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 02:00 PM | Show all posts
BIDANG KRAF TEKSTIL (SONGKET)

Kain songket lambang kehalusan seni kemahiran tangan warisan yang menjadi kemegahan bangsa telah lama bertapak dalam budaya tradisi kita.  Mula berkembang di beberapa negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.  

Di Kelantan kegiatan menenun ini dipelopori oleh Cik Siti Wan Kembang yang memerintah Kelantan sekitar tahun 1610 hingga 1677.  Kampung Gerung yang terletak dalam jajahan Tumpat antara daerah yang terawal menjalankan kegiatan menenun.  Kemudian kegiatan ini berkembang ke Kampung Penambang yang terletak  berhampiran dengan pusat bandar.

Di Terengganu tenunan songket dipercayai bermula  sejak pemerintahan Sultan Marhum Janggut atau Sultan Mansur (1726-1793).  Kawasan yang banyak menjalankan kegiatan ini terletak di sekitar Kampung Banggol, Kuala Ibai dan Chendering.

Songket berasal dari perkataan ‘sungkit’ iaitu ‘teknik menyungkit’ benang loseng (warp) dengan menggunakan bilah buluh atau nibung bagi tujuan menghasilkan reka corak atau sulaman pada kain tenunan .  Kemudian benang emas atau perak disulam atau disungkit mengikut reka corak yang telah ditentukan mengikut bilah buluh atau nibung tadi.

Cara sulaman atau sungkitan yang halus dan  rumit buatannya ini kemudiannya terkenal sebagai pakaian sultan,  kerabat diraja dan orang kenamaan. Malah beberapa corak dan motif tertentu seperti corak ‘teluk berantai’ dan ‘jong sarat’ adalah merupakan corak istimewa untuk pakaian khas diraja.

SOURCE: KRAFTANGAN MALAYSIA
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 02:02 PM | Show all posts
BIDANG KRAF HASIL RIMBA (ANYAMAN)

Seni anyaman yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional masyarakat di seluruh kepulauan Nusantara termasuk Malaysia.  Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang dapat dilihat di mana-mana.  Ini tidak menghairankan  kerana tumbuh-tumbuhan tropika banyak yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman.  

Keseluruhannya, kemahiran asas dalam seni anyaman tidak banyak berbeza, cuma bergantung kepada jenis tumbuhan yang dijadikan bahan anyaman.  Antara tumbuhan yang paling banyak digunakan dalam seni anyaman ialah pandan, mengkuang, buluh, bemban, rotan, ribu-ribu, daun serdang dan daun sal.  Perbezaan ciri tumbuhan ini menghasilkan pelbagai bentuk dan barangan seni anyaman seperti  yang dapat memenuhi keperluan hidup seharian masyarakat tradisi.   

Pembuat anyaman mencerna ilham dan kreativiti hasil dari pengamatannya terhadap alam dan kehidupan yang terdapat di sekeliling mereka.  Melalui kemahiran ini lahir reka corak kelarai bersandarkan  alam seperti bunga pecah lapan, bunga cengkih, bunga tanjung, tampuk pinang, siku keluang, tapak harimau dan tulang ikan.   Seni anyaman warisan bangsa jelas mempamerkan kemahiran dan kesungguhan  masyarakat terdahulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-6-2011 11:25 PM | Show all posts
best ada forumner kongsi ilmu di sini. i tgh busy giler ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2011 12:05 PM | Show all posts
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air.

Kegiatan  kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik  membuat,  alat dan bahan, motif, corak dan hiasan.

Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2011 12:07 PM | Show all posts
Penilaian Hasil Kraf Tradisional

-Penyediaan alatan, bahan

-Pengwujudan idea – memilih tema, lakaran

-Gubahan – olahan warna, susunan corak

-Fungsi – kesesuaian bahan & motif

-Kemahiran/Proses/Teknik – aplikasi, kehalusan

-Keaslian – kreativiti rekaan, corak

-Kemasan – cara persembahan
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 05:16 PM | Show all posts
thank you momod..kasik tacang..

it's my passion sebenarnya..
saya ada buat sikit kajian pasal kraf....

saya try to educate generasi seusia saya dan mungkin lebih muda dari saya untuk mengenal apa itu kraf (jangan ingat saya tua hoccay )

contoh terbaik pemakaian aksesori logam seperti dokoh di baju...tau tak apa itu dokoh...macam gambar kat bawah....



sumber gambar:www.malaysiacraft.com.my

selalunya saya akan buang rantai tu..pinkan saja pada baju kurung...memang cantik sekali..

tahukah ini adalah hasil dari bidang seni logam kraf iaitu piuter..Piuter adalah tempaan aloi yang sekurang-kurangnya 80% adalah dari timah.(ini berdasarkan kajian saya..mungkin ada lagi kurang dari peratusan ini)..

Dan tahukah bahawa Malaysia (dulu Tanah Melayu) adalah antara negara tertua yang mengusahakan bijih timah iaitu sejak tahun 1616..Jadi produk piuter merupakan produk yang hampir 100% dihasilkan dari Malaysia. Bermula dari bahan mentah sehingga ke aspek pembuatan.

kalau dibandingkan dengan batik, proses pembuatan saja dari Malaysia, namun bahan mentah batik iaitu kain kapas diimport dari China. Maka peratusan genuinely diperbuat dari Malaysia bukanlah 100%.

Satu fakta menarik yang dapat saya kumpulkan pasal piuter adalah kerana produk ini sukar ditiru oleh org lain.Walau dari negara China!

Bukan sahaja dari segi rekaan malahan dari bahan mentah sekali. (umum tahu bahawa China mampu meniru apa saja produk dengan harga yang jauh lebih rendah termasuk batik!).

Ini kerana seperti yang saya katakan bahan mentah trsbt tidak terdapat di China. Dan harganyanya pula bukan murah untuk dijadikan pengeluaran oleh China.

kerana itu piuter Malaysia sangat dikenali terutamanya di Eropah. Satu sumber yang saya dapati (tak dapat dipastikan kebenaran fakta ini), piuter Malaysia digunakan dalam pengambaran Lord of The Ring (tak pasti siri mana) dan ditempah dengan Royal Selangor Pewter.

Ini maklumat dari sumber kedua iaitu saya dapat dari mulut ke mulut.Jadi masih boleh dihujah lagi. Namun sekiranya betul, bukankah itu satu kebanggaan pada kita?

Kerana itu saya bangga memakai produk tersebut.. Manarik kan..

Sorrylah penggunaan bahasa saya bercampur-campur sikit...sebab saya terus tulis dari apa yang terlintas di kepala saya..

Moga saya memberi sedikit info tentang perkara ini.Seperti yang saya katakan tadi, ini adalah berdasarkan pengumpulan maklumat saya..Keterangan di atas adalah merupakan study saya yang tak seberapa ini.

Ada umur panjang, mungkin saya boleh kongsikan lain-lain bidang kraf pula.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.063007 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list