CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 26625|Reply: 0

Sentap pengantin tak salam, makcik puaka rosakkan majlis kahwin

[Copy link]
Post time 23-2-2025 08:33 PM | Show all posts |Read mode


Hari perkahwinan biasanya menjadi memori terindah untuk pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Majlis yang diadakan dianggap sebagai hari yang cukup istimewa kerana dirai sanak saudara, sahabat handai dan jiran tertangga sebagai raja sehari.

Namun, bagi seorang pengantin perempuan hari gembiranya bertukar menjadi sebaliknya gara-gara mulut mak cik 'puaka'.

"Masa aku bersanding ada seorang makcik belah laki aku cakap 'harap ini perkahwinan yang pertama dan terakhir'.

"Dia cakap macam tu seolah-olah memerli aku yang pernah memegang status janda sebelum ni.

"Dalam majlis yang sepatutnya aku menjadi raja sehari menjadi suram lepas dengar kata-kata 'ajaib' dari mak cik tu," luah seorang wanita.

Dedah wanita itu, lebih menyakitkan hati apabila makcik tersebut turut memuat naik status di laman sosial memuji kecantikan bekas tunang suaminya.

"Katanya bekas tunang suami aku lagi manis dari aku. Salahnya sebab aku tak sempat nak salam dengan saudara mara masa majlis tu.

"Sedangkan atas pelamin semua orang aku salam dengan senyuman. Tapi dia nak juga aku turun dari pelamin untuk salam.

"Sebagai pengantin sumpah penat. Baru duduk meja beradab orang datang nak bergambar juga. Sesuap nasi pun tak sempat dijamah," katanya.

Tambah wanita itu, disebabkan dia dan suami berkongsi majlis, ibu saudara itu juga menuduh ibunya tidak suka kepada pengantin lelaki kerana meninggalkan kenduri lebih awal..

"Dah pukul 4.15 petang, mesti la mak aku yang dah tua umur 70 tinggalkan dewan tu sebab faktor usia.

"Kami yang pengantin pun tak sempat rehat nak bagi majlis ni dipermudahkan. Tapi mak cik belah lelaki yang menghancurkan semua dengan kata-kata puaka dia," katanya.

Kebahagian adalah hak milik setiap insan. -Gambar hiasanKebahagiaan adalah milik setiap insan. -Gambar hiasan

Sementara itu, warga maya mengharapkan wanita itu bertabah dan mengabaikan kata-kata yang dilemparkan ibu saudaranya itu.

"Tahniah, abaikan ja kata-kata negatif tu. Yang penting awak dan suami bahagia.

"Sumpah biadab mak cik ni! Kurang ajar.

"Mentua orang tu OK je, saudara mara pula yang lebih-lebih bukan anak dia yang kahwin," kata netizen.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.741936 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list