View: 43056|Reply: 29
|
Najib persoal kenapa tiada tindakan terhadap bekas Gabenor Bank Negara (BNM) Zeti, keluarga
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan keluarganya bersabit skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib menegaskan tiada pendakwaan dibuat terhadap Zeti atau suaminya, Datuk Dr Tawfiq Ayman, yang menerima jutaan dolar daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
Menurut Najib, tiada tindakan diambil walaupun perkara mengenai salah laku oleh keluarga Zeti didedahkan melalui keterangan bersumpah bekas rakan kongsi Goldman Sachs, Tim Leissner.
Leissner menjadi menjadi saksi utama dalam perbicaraan jenayah bersubahat membabitkan bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia, Roger Ng, yang juga bekas rakan kongsinya, di Mahkamah Peserkutuan Brooklyn.
Najib berkata, menurut keterangan Leissner, Tawfiq telah memanfaatkan kedudukan isterinya untuk memudahkan kelulusan pemindahan semalaman (overnight) berjumlah AS$1 bilion, namun tiada tindakan diambil terhadap Zeti mahupun suaminya.
Menurut Najib, perbicaraan itu mendedahkan bahawa atas arahan Jho Low kepada firma guaman multinasional, Sherman dan Sterling dan seterusnya kepada Iron Rapsody Ltd, akaun yang dimiliki oleh Tawfiq telah menerima masing-masing AS$6,250,000 dan AS$732,234 pada 17 Disember2019 dan 21 Mei 2010.
Katanya, ia juga mendedahkan Jho Low mengarahkan Asset Central Holding, iaitu sebuah syarikat yang dimilikinya untuk memindahkan AS$1,250,000 pada 18 Disember 2009, kepada Iron Rapsody.
"Sehingga kini, tiada tindakan diambil terhadap Tawfiq atau Zeti walaupun terdapat bukti jelas pembabitan mereka.
"Sebaliknya, saya dipilih sebagai individu tunggal yang diburu secara agresif oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"erbezaan yang ketara ini menggariskan agenda pendakwaan politik yang disengajakan dan disasarkan terhadap saya," katanya.
Najib berkata, beliau terkejut dengan pendakwaan terpilih, yang disifatkannya sebagai 'sengaja membutakan mata' walaupun hakikatnya Pihak Berkuasa Mata Wang Singapura (MAS) mendapati transaksi itu begitu membimbangkan sehingga mereka memaklumkan BNM.
Najib berkata demikian ketika membela diri terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.
Sumber – Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 4-12-2024 01:19 AM
Semakin menarik .. Sebagai unjuk rasa X puas dan dikurbankan ... Tampaknya phase salah menyalahkan, Tuding menuding atau MalingTeriak Maling antara sesama koruptor mulai disuarakan oleh Najib Razak ...
Najib pasti berargumen seperti ini ....
"Ini betul-betul X adil ..Kita ini sama-sama Maling .. tetapi kok hanya gue yang dipenjara... sedangkan Zeti masih bebas di luar penjara" |
|
|
|
|
|
|
|
boss ku jgn petik nama org |
|
|
|
|
|
|
|
Org suruh bela diri ko gi salahkan org lain. Sape berani kata NO zaman ko. Ko lah piyem ko lah semua. Org buka mulut sket ko suruh siasat…. duit masuk. Signature ko… arahan ko. yes Zeti may aprprove duit yada yada at the end duit masuk balik ke akaun sape ? Dah naik makamah baru sedor ke kena tipu sama si Apek? Piyem apa incompentece.. cuai? Only lousy piyem la kot |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Rohana replied at 4-12-2024 06:56 AM
Org suruh bela diri ko gi salahkan org lain. Sape berani kata NO zaman ko. Ko lah piyem ko lah semua ...
Exactly heheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by white_musk at 4-12-2024 09:06 AM
Cable car langkawi masih beroperasi kan.. akak terngin nak naik |
|
|
|
|
|
|
|
so sbb dah dpt najib, yang lain terlibat dibiarkan?
patut la jho low sampai sekarang x kena tangkap |
|
|
|
|
|
|
|
jaringan yg terlibat berlingkar2 mcm ubat nyamuk
|
|
|
|
|
|
|
|
transfer 100k pun bank dah call
ini yang main B B ni boleh senyap gitu ekk
dah tersepit baru nak menyalak
ingat dulu boleh selamat forever kan
lupa la tu Allah wujud |
|
|
|
|
|
|
|
biarlah dapat PM yang kena tipu, asalkan bukan PM penipu tegar kaki sembang cakap lain buat lain
lagipon najib ditipu oleh team penipu bertaraf dunia dianggotai oleh Jho Low (pengaruh kuat di kalangan pak arab), roger ng, tim lesner, chris kirchner, pegawai akaun najib sendiri nik faisal, gabenor bank etc, bukannya ditipu penjual minyak dagu dekat chow kit |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by minahrecon at 4-12-2024 12:42 PM
kemaruk: biarlah dapat PM yang kena tip ...
Kannn.....Ala Rakyat biasa pun ada kena scam pak Man telo....MLM, kalau level datuk yg ada penasihat cam arwah datuk sosilawti pun kena tipu..,siapa je yg xkena tipu...ni keliling tipu yg lain semua lepas..sorang je kena..xpe la kan jnji dpt dpt minum air kencing ptptn hapus, anwar naik minyak turun...da duduk dlm kerajaan Baru tahu kan level penipu pemimpin...tp sbb da terrlampau bnyk minum air kencing Redha kan je la..
. |
|
|
|
|
|
|
|
kasi heols karipap sat..bior senyap sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 4-12-2024 12:57 PM
kasi heols karipap sat..bior senyap sikit
Dia suka sik ayam chee meng kaka
Fav dia sik ayam |
|
|
|
|
|
|
|
Wooow.... Berarti politik tipu menipu kepada rakyat dan sesama parti adalah juga warisan tamadun melayu juga rupanya ...
Jadi X heranlah jika ada yang mahakaya berkat keahlian tipu menipunya yang sudah level tinggi itu di Malaysia ...Hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
oh ya ka
haa order dia sik ayam chee meng satu... !
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah kantoi sakau sanggup mengaku bodoh ye |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kena, ko pun mesti kena jugak. -tokjib
|
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 4-12-2024 09:21 AM
jaringan yg terlibat berlingkar2 mcm ubat nyamuk
Sekarang ubat nyamuk stick mcm colok tu. Takyah guna yg berlingkar2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin sebab utama adalah kerana Najib adalah pemimpin utama kerajaan, nak jatuhkan kerajaan kenalah buat fitnah, tuduh dan dakwa ....kalau ambil tindakan terhadap yg sakau duit 1mdb, yg masih berpoya2, yg beli barangan mewah diluarnegara, maka tak dapatlah nak jatuhkan kerajaan...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|