CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14862|Reply: 0

[Sarawak] SFC tumpas sindiket seludup hidupan dan tumbuhan liar, rampas pelbagai barang bernilai RM15 juta

[Copy link]
Post time 2-12-2024 02:56 PM | Show all posts |Read mode


Antara barang yang dirampas dalam OBK yang dijalankan oleh SFC bersama PGA Miri di sekitar bandar raya Miri.

MIRI: Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan hidupan dan tumbuhan liar dengan merampas pelbagai barangan dianggarkan bernilai RM15 juta dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).

Operasi itu yang dijalankan dengan kerjasama Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri telah diadakan di sekitar bandar raya ini.

Menurut jurucakap SFC, antara barang yang dirampas termasuk kayu gaharu, serbuk gaharu, minyak pati gaharu, sisik tenggiling, geliga landak, tanduk rusa, tanduk kijang, kepala burung kenyalang dan hidupan liar.

Turut dirampas tengkorak hidupan liar, terumbu karang, hempedu beruang, taring babi, kuku beruang, haiwan eksotik, anak buaya dan wang tunai berjumlah RM42,635.

"Kesemua suspek yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 (Bab 26)," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.



Semua barang yang dirampas dibawa ke pejabat SFC untuk tindakan lanjut.

Dalam kenyataan sama, Kontroller Hidupan Liar Sarawak memuji keberhasilan operasi ini dan memberitahu bahawa ia merupakan salah satu tangkapan terbesar setakat ini.

"Ini membuktikan SFC dan beberapa agensi lain yang terlibat amat berdedikasi dalam usaha berterusan membanteras jenayah yang melibatkan flora dan fauna di negeri ini.

"OBK ini bertujuan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang serta membanteras jenayah berkaitan biodiversiti seperti pencerobohan hutan, pemburuan haram, penyeluduhan hidupan liar, pengambilan sumber biodiversiti secara haram.

"Usaha ini melibatkan kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, selain agensi serta jabatan berkaitan di Sarawak dan Sabah," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pemburuan atau penyeludupan hidupan liar digesa melaporkan melalui talian hotline SFC untuk membantu memelihara khazanah alam semula jadi Sarawak demi generasi akan datang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.099470 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list