CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3986|Reply: 0

[Sarawak] Kuching tuan rumah Persidangan BIMP-EAGA TVET Ke-4, 11-12 Disember

[Copy link]
Post time 2-12-2024 01:31 PM | Show all posts |Read mode


Hallman (duduk, tengah) bersambar bersama ahli jawatankuasa penganjur menunjukkan katalog program selepas sidang media di Kuching semalam.

KUCHING: Kuching bakal menjadi tuan rumah kepada lebih 500 tetamu dari sembilan negara sempena Persidangan BIMP-EAGA TVET Ke-4 pada 11 dan 12 Disember ini.

Program yang bakal dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu menghimpunkan perwakilan, penceramah, ahli panel dan moderator itu, akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di bandar ini.

Pengarah Urusan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skill) Hallman Sabri dalam satu kenyataan, berkata, program yang sangat bermakna itu adalah kali keempat dianjurkan pihaknya.

“Program tersebut di bawah anjuran Kumpulan Kerja Pembangunan Sumber Manusia (HRD) (HRD-WG) Kluster Sosiobudaya dan Pendidikan (SCE) BIMP-EAGA dan akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Premier Abang Johari,” katanya.

Katanya, dengan bertemakan 'Membina Masa Depan Mampan Melalui TVET', program kali ini turut disertai Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei Darussalam–Indonesia–Malaysia–Filipina (BIMP-EAGA) dan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skill).

“Kami juga sangat menghargai sokongan dan bantuan rakan strategik kami yang lain iaitu Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KESUMA), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT), Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Persekutuan Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC), Jabatan Perniagaan dan Perdagangan, Suruhanjaya Tinggi British Kuala Lumpur dan Kolej Universiti i-CATS.

“Terima kasih juga kepada Business Events Sarawak dan penaja kami atas pelbagai bentuk sokongan mereka,” ujarnya.

Menurut Hallman yang juga pengerusi Persekutuan Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC), para perwakilan juga akan berpeluang mempelajari Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030) dan inisiatif kerajaan untuk mentransformasikan enam sektor ekonomi utama sejajar dengan pertumbuhan wilayah itu.

“Manakala pada hari kedua persidangan akan diadakan Dialog Kemahiran UK yang dianjurkan oleh Jabatan Perniagaan dan Perdagangan, Suruhanjaya Tinggi British Kuala Lumpur diikuti dengan dua perbincangan/forum panel.

“Persidangan antara lain bertujuan menangani permintaan industri dan tenaga kerja yang semakin berkembang serta memupuk kerjasama serantau dengan menghimpunkan pemegang kepentingan utama, pemimpin industri dan pengamal.

“Justeru, persidangan kali ini akan menampilkan barisan cemerlang 39 penceramah, ahli panel dan moderator dari Malaysia dan luar negara termasuk Australia, Brunei, China, Perancis, Jerman, Indonesia, Filipina dan United Kingdom,” katanya.

“Semasa persidangan tersebut, para penceramah yang merupakan pakar, pengamal dan pemimpin pemikiran terkemuka dari spektrum luas akademik, industri akan berkongsi perspektif mereka mengenai pelbagai topik di bawah empat subtema iaitu Memajukan Pembangunan Kemahiran Untuk Masa Depan Kerja, Transformasi Perkongsian Ekosistem, Industri dan Institusi TVET serta BIMP-EAGA dan Transformasi TVET.

Dalam perkembangan sama, Hallman turut menegaskan akan berkongsi salah satu acara utama persidangan iaitu pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak dan Kolej Universiti i-CATS dengan 17 rakan strategik dari pelbagai negara, termasuk negara anggota BIMP-EAGA.

Ini katanya membuka jalan kepada pihak-pihak untuk mensinergikan kepakaran dan sumber mereka terutama dalam bidang inisiatif pembangunan bakat bersama.

Selain sesi persidangan, perwakilan akan berpeluang melawat ruang pameran yang disediakan oleh penyedia pembelajaran, agensi dan penaja korporat.

Sehubungan itu ujarnya, pelajar dan kakitangan dari sekolah menengah, kolej dan universiti termasuk orang ramai digalakkan untuk mengunjungi ruang pameran tersebut.

Bagi majikan yang berdaftar dengan HRD Corp, yuran pendaftaran sebanyak RM1,500 boleh dituntut oleh setiap perwakilan.

Sementara bagi pelajar prasiswazah dan pascasiswazah boleh hadir pada kadar istimewa pelajar iaitu RM398.

Untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran, peluang penajaan serta penyewaan tapak pameran boleh menghubungi urus setia persidangan iaitu Linda John di talian 011-29929916 atau Flavian Jerry Francis di nombor 013-8355675 atau 082-539222.

Mereka juga boleh dihubungi melalui e-mel di [email protected] atau melalui laman web persidangan tvetsarawak2024.my.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.052429 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list