CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 54417|Reply: 66

Saya Sudah Fikir 20 Tahun Ke Depan Mengenai Segala Keperluan Nur Izzara - Ramli MS

[Copy link]
Post time 29-11-2024 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS memberitahu dia sudah merancang 20 tahun ke hadapan mengenai kehidupan dan keperluan anak angkatnya, Nur Izzara.



Menolak soal ajal, Ramli, 65, atau mesra disapa Tok Ram berkata, sejak hari pertama anak angkatnya menjejakan kaki ke dalam rumah, dia sudah memikul satu tanggungjawab baharu.

Apabila anak itu sudah masuk ke dalam rumah, saya sudah memikul satu tanggungjawab. Saya sudah fikir 20 tahun ke depan mengenai segala keperluannya.

Sama ada saya panjang umur atau tidak, saya perlu memikirkan tentang kehidupan anak itu 20 tahun ke depan. Kena fikir tentang pembejalaran dan lain-lain.

Tok Ram berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert minggu pertama Gegar Vaganza 11 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), baru-baru ini.

Dalam pada itu, Tok Ram mengakui kehidupannya dengan isteri, penyanyi Datin Alyah sedikit berbeza selepas kehadiran Nur Izzara.

Ini bukan soal kekok apabila ada anak, saya dah hidup 65 tahun dan sudah faham perangai manusia.

Ketika umur saya 30, saya sudah dapat anak pertama. Pengalaman dahulu dengan kehadiran anak angkat yang sekarang, keadaan sedikit berbeza.

Kalau boleh saya mahu ambil lagi anak-anak yang kurang bernasib baik. Ambil lima, sepuluh orang pun saya okay.



Sementara itu, Tok Ram turut menitipkan pesanan kepada golongan muda yang ingin mendirikan rumah tangga supaya berfikir dengan betul sebelum berkahwin.

Siapa-siapa lelaki yang mahu berkahwin, tolong fikir tentang 20 tahun ke depan. Anak bukan satu pelaburan.

Jangan fikir satu pelaburan apabila anak sudah besar akan jaga orang tua mereka. Jangan fikir bergitu, kerana kadang kala anak boleh derhaka dengan ibu bapa mereka.

Terdahulu, Alyah menerusi hantaran di Instagram berkongsi berita gembira apabila mengambil seorang anak angkat perempuan.

Alyah mendirikan rumah tangga dengan Tok Ram pada 2013. Namun, mereka belum dikurniakan anak.

Bagaimanapun, Tok Ram yang pernah berkahwin dengan pengarah acara muzik, Jennifer Thompson dikurniakan sepasang cahaya mata yang kini sudah dewasa dan mempunyai kerjaya masing-masing.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak tok ram syg btul anak angkat dia ni, yela comel kan mestilah syg.. muka pun dh mcm seiras tok ram campur alyah
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 03:56 PM | Show all posts
comelnyaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
comelnyaaaa .... seiras betul mak ayah... tapi byk muka mak sgt....  jgn2 mmg anak dorang pakai ibu tompang hahahaa gurau je
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 05:01 PM | Show all posts
comel betul baby ni... cantik pun ye juga..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Xsangka tokram kelek anak kecik lg sekarang. Lg la anak angkat je kan. Nampak betul2 kasih & sayang pada baby tu. Semoga bahagia sampai ke hujung hayat buat rokram & family
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2024 05:22 PM | Show all posts
semoga berbahagia nok...
soka tgk tokram lam projek bapak2
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 05:52 PM | Show all posts
Suka komen Tok Ram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2024 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cantik anak dorang, sebelum setuju nak adopt tu mestilah dah fikir, umur dorang pun bukan muda lg tapi klu mati atau sakit ni, anytime je pun
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
comelnya baby izzara
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan. Bagus dia nak ambil lagi anak angkat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 06:33 PM | Show all posts
anak bukan satu pelaburan... betul tu... anak adalah amanah aaagiteww
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...Comelnye...semoga menjadi anak yg soleh dan membahagiakan ibu ayah yg telah lama menantikan kehadiran anak comel ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur2 cam tok ram ni mmg santai2 je.. ada anak angkat pun syukur..layan mcm anak sndri. Makcik aku camnilah dgn arwah laki dia. Masing2 dah berumur amek ank angkat. Mmg manja budak2 tu. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel betul ya
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Comelnya anak angkat derang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2024 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara benda yg iols kagum betul dgn connection antara anak angkat & parents angkat ialah muka diaorang akan ada iras2 .Bukan dlm kes tok ram ,tin yah & izzara ni je tapi bnyk nampak mcm gitu .
Haritu tengok live Tin Yah ,sebab ramai orang
mentioned pasal anak susuan ,dia tak explained lebih sebab dia kata kalau viewers semua perempuan takpe lah jugak nak cakap pasal ni tapi apa yang boleh dia cakap Izzara ni dah jadi mahram kekal dgn Tok Ram sampai bila2 .Betul lah kalau dia berjaya susukan pun takkan nak cerita details pulak .
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 08:24 PM | Show all posts
lawa nya mata ko zara.semoga jadi ank solehah
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
cantiknya babyyyy omel sgttt
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2024 04:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin besar makin comel Izzara ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.092630 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list