View: 30373|Reply: 34
|
Rujuk sah, Diana Danielle harap dapat cepat bercerai
[Copy link]
|
|
Selesai pengesahan rujuk, pelakon Diana Danielle berharap prosiding perceraian dengan suami, Farid Kamil yang bersambung pada 2 Disember depan diselesaikan dengan segera.
Menurut Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, semua urusan pengesahan rujuknya hari ini berjalan lancar, selebihnya tidak banyak penjelasan dapat diberikan buat masa sekarang.
“Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar hari ini. Selepas ini, proses perceraian pula akan diteruskan.
“Saya tidak mempunyai banyak perkara untuk dikongsi buat masa ini, tetapi saya mohon doa daripada semua agar proses perceraian dapat diselesaikan dengan segera.
“Itu adalah yang terbaik untuk semua pihak. Saya juga mendoakan segala kebaikan untuk semua yang terlibat,” katanya dalam Instagram Story hari ini.
Dalam masa sama, Diana sempat menitipkan penghargaan selain memahami cara kerja pengamal media yang bertugas membuat liputan kes perceraiannya di mahkamah selama ini.
“Saya faham bahawa mereka juga mempunyai tanggungjawab kepada editor dan pihak atasan masing-masing.
“Selain itu, saya sangat menghargai sokongan mereka selama ini dalam membantu perkembangan karier seni saya, termasuk mengimbangi kekurangan yang wujud sepanjang saya bergelar anak seni.
“Sebagai tanda penghargaan, saya percaya apabila mereka menyokong kita, wajarlah kita turut memberi sokongan kepada mereka,” ujarnya.
Terdahulu selepas prosiding hari ini, Diana masih dengan pendirian tidak berkongsi lanjut mengenai prosiding mahkamah yang berlangsung hari ini sebaliknya menyerahkan perkara tersebut kepada peguam syarie yang mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kadir.
Sementara, Akberdin pula memberitahu mahkamah hari ini mengesahkan Farid dan Diana kembali rujuk sebagai suami isteri pada 31 Ogos tahun lalu.
Mahkamah seterusnya menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh untuk plaintif iaitu Diana menyediakan dokumen berkaitan sijil rujuk bagi meneruskan prosiding perceraian yang difailkan terhadap Farid.
Pada 4 November lalu, Akberdin berkata, Diana memfailkan cerai kerana tiada persefahaman dan shiqaq (perbalahan) berpanjangan.
Terdahulu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan akan memfailkan cerai buat kali kedua terhadap Farid dalam satu hantaran Instagramnya pada 28 Oktober lalu.
Bintang filem Imaginur itu turut memberi peringatan kepada Farid agar tidak memujuknya lagi selain jemu dengan janji yang tidak ditepati sebelum ini.
Farid bagaimanapun menegaskan dia masih menyayangi Diana dan anak-anak selain nekad mempertahankan rumah tangganya.
Pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun kembali rujuk sebulan kemudian.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Sumber : – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Ni baru tajuk yg lebih tepat le kan
Tp tetap le bodow ada ke rujuk sebelum ni x didaftar..sejenis tak fikir panjang |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg la xbyk perkara nak dikongsi sbb ko la yang kata dulu rujuk xpyh file xpyh regis..
Now dh nk bercerai baru terhegeh nk daftar rujuk tu...
Cer klu itu silap FK,mesti dh menceceh ko bising salahkan FK tu kan..tp sebab in silap ko..nk xnk senyap jela kan..siap suh reporter jom balik |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 21-11-2024 12:30 AM
Ni baru tajuk yg lebih tepat le kan
Tp tetap le bodow ada ke rujuk sebelum ni x didaftar..sejenis t ...
Entah2 x jadi cerai sb dia pernah kata apa jua keputusan dia akan akur... |
|
|
|
|
|
|
|
Lain sungguh muka DD..dah mcm muka Dayah isteri arwah abam |
|
|
|
|
|
|
|
makin lama makin tak lawa DD nie..dah sebijik muka mak dia versi putih jek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak cerai, cerai je la.. letih netizen ni taww nak layan kerenah bipolar kau tu dgn laki kacip kau tu.. ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Nak cerai, cerai je la.. letih netizen ni taww nak layan kerenah bipolar kau tu dgn laki kacip kau tu.. ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kisah la...muka tu sila slim kan balik...lately dah nampak tembam agaknya stress dgn laki tak blh pakai sampai dd makan banyak |
|
|
|
|
|
|
|
dah kenapa nak pakai songkok mcm ada kematian tu ? |
|
|
|
|
|
|
|
la kenapa tak daftar rujuk |
|
|
|
|
|
|
|
Macam muka syura pulak gambar sheols ni |
|
|
|
|
|
|
|
Jawanya muka sheols skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sape taw klu lawyer x bg contact direct anak guam dia, melalui lawyer saja, tp bila tanya thru lawyer,diorang palau,,, mmg normal ke |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 21-11-2024 12:30 AM
Ni baru tajuk yg lebih tepat le kan
Tp tetap le bodow ada ke rujuk sebelum ni x didaftar..sejenis t ...
Mungkin DD tak betul2 fham aturan rujuk mesti juga lapor. Dahlah tak faham, diberitau pun ak nak ikut, main otak sendiri. Tak sangka pula akan terjadi masalah untuk kedua kalinya. Dah tersandung baru kecoh, kalut jadinya. Dgn persoalan begitu boleh sedarkn tidak saja kpd DD tapi juga kpd wanita2 lain agar tak perlekehkn bab rujuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak belajar2 bab perkahwinan ni rujuk lah mahkamah ikut prosedur sebetulnya. Tak faham aku perempuan2 dlm Malaysia ni boleh terima benda tangkap muat. Org nasihat kemain ego dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
cepatlah selesai kesian dd menderite |
|
|
|
|
|
|
|
dd cantik sgt syg tak digarhai |
|
|
|
|
|
|
|
aavakateimani replied at 21-11-2024 12:02 PM
dd cantik sgt syg tak digarhai
kita ni hidup brkawin bkn sbb cntik je...cntik handsome tu boleh pudar seiring masa..cri la pasangan yg boleh get along well... |
|
|
|
|
|
|
|
hunters replied at 21-11-2024 12:59 PM
kita ni hidup brkawin bkn sbb cntik je...cntik handsome tu boleh pudar seiring masa..cri la pasang ...
rupa pun penting. mana tahan hari2 bgn tidur tgk muka pembancuh simen kat sebelah |
|
|
|
|
|
|
| |
|