CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21537|Reply: 2

[Sarawak] Kilang terbakar dan meletup, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan

[Copy link]
Post time 19-11-2024 12:07 PM | Show all posts |Read mode


Tangkap layar rakaman video kebakaran yang tular di media sosial Facebook

BINTULU: Sebuah kilang di Taman Perindustrian Samalaju (SIP) di sini dilaporkan terbakar dan meletup petang tadi.

Video tular di laman media sosial Facebook memaparkan sebuah kilang terbakar dan meletup.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad yang mengesahkan kejadian itu berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju berada di lokasi kejadian untuk menjalankan kerja-kerja pemadaman.

Bagaimanapun, maklumat lanjut berhubung insiden kebakaran itu belum dapat diperolehi.

Sementara itu OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd mengesahkan bahawa kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 petang di kemudahan kilangnya di Taman Perindustrian Samalaju di sini tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan membabitkan pekerja.

Pengurus Kanan Pentadbiran OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd Chieng King Tung berkata insiden itu melibatkan limpahan bahan cair daripada acuan tuang, menyebabkan letupan setempat dalam bengkel relau yang terjejas.

Menurutnya, respons segera dan Protokol Keselamatan melalui protokol tindak balas kecemasan diaktifkan serta-merta dan semua kakitangan di kawasan terjejas dipindahkan dengan selamat ke zon ditetapkan.

"Kami dengan sukacitanya mengesahkan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan akibat kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.
Chieng berkata, kerosakan dialami adalah kecil dan operasi dijangka disambung semula dengan gangguan minimum.

Katanya, pihak berkuasa berkaitan dimaklumkan dengan segera dan syarikat memulakan siasatan terperinci mengenai kejadian itu.

"Keselamatan pekerja kami tetap menjadi keutamaan dan kami komited sepenuhnya untuk melindungi kesejahteraan pekerja, kontraktor dan masyarakat sekeliling.
"Kami akan memberi kemas kini situasi berlaku apabila lebih banyak maklumat tersedia dan semasa penyiasatan berlangsung.

"Pada masa sama, kami mengucapkan terima kasih kepada pasukan tindak balas kecemasan, pekerja dan pihak berkuasa tempatan tindakan pantas serta kerjasama semasa kejadian," jelasnya.

Chieng berkata, pihaknya menghargai pemahaman dan kerjasama orang ramai dan kemas kini diberikan melalui saluran komunikasi rasmi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2024 12:08 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2024 12:51 PM | Show all posts
OM Materials sahkan insiden letupan kecil



BINTULU: OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd mengesahkan berlaku insiden letupan kecil di fasiliti mereka di Taman Perindustrian Samalaju sekitar, 1.30 tengah hari tadi.

Insiden tersebut melibatkan limpahan bahan logam cair daripada acuan tuangan, yang mengakibatkan letupan kecil di dalam bengkel yang terjejas.

Menurut kenyataan syarikat terbabit, tiada mangsa atau kecederaan dilaporkan, dan hanya mengalami kerosakan kecil.

Operasi dijangka dapat diteruskan dengan gangguan minimum.

Menurut kenyataan itu lagi, protokol kecemasan diaktifkan serta-merta, dengan semua kakitangan di kawasan terjejas dipindahkan ke zon keselamatan yang ditetapkan.

“Tindakan pantas pasukan kecemasan berjaya memastikan keselamatan semua pekerja.

“Pihak berkuasa yang berkaitan dimaklumkan dengan segera, dan syarikat memulakan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca kejadian,”ujarnya.

OM Materials menegaskan, pihaknya akan memberikan maklumat terkini seiring perkembangan siasatan.


https://suarasarawak.my/om-mater ... iden-letupan-kecil/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.563663 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list