CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13171|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak capai sasaran 4 juta pelancong untuk 2024

[Copy link]
Post time 19-11-2024 11:45 AM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan pada persidangan DUN hari ini. -Gambar UKAS

KUCHING: Sarawak telah mencapai sasaran empat juta ketibaan pelancong untuk 2024, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata, jumlah pelancong ke negeri ini dicatatkan seramai 4.08 juta orang setakat 15 November ini.

"Pelbagai acara antarabangsa dan acara pelancongan peringkat kebangsaan, konvensyen, persidangan dan mesyuarat telah menyebabkan pertumbuhan mendadak ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Karim memberitahu, bagi tempoh 10 bulan tahun ini iaitu dari Januari hingga Oktober,  Sarawak merekodkan 3.98 juta pelancong.

"Ini merupakan peningkatan sebanyak 25.03 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023 yang mencatatkan 3.18 juta.

“Sekali gus telah menjana anggaran sebanyak RM10.27 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 27.26 peratus berbanding RM8.07 bilion hasil pelancongan pada tahun 2023," katanya.

Susulan pencapaian ini, Abdul Karim berkata sektor pelancongan Sarawak dijangka pulih sepenuhnya menjelang tahun 2025.

"Justeru, kementerian saya akan berusaha untuk mencapai lima juta pengunjung pada tahun 2025, seperti yang diumumkan oleh Premier Sarawak kita semasa ucapan Belanjawan Negeri 2025, menjana RM12.73 bilion dalam hasil pelancongan.

"Pertumbuhan sektor pelancongan setakat ini selaras dengan kebanyakan matlamat yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030," katanya.

Mengenai ketibaan pelancong di Malaysia, beliau berkata negara ini telah menerima sejumlah 18.4 juta pelancong dari seluruh dunia dari Januari hingga September tahun ini, peningkatan sebanyak 27 peratus berbanding 2023.

“Bagaimanapun, menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, Malaysia menyasarkan untuk menerima 35.6 juta pelancong dan menjana hasil sebanyak RM147.1 bilion," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.034522 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list