View: 19963|Reply: 0
|
AS catat kes pertama (cacar monyet) mpox Clade I
[Copy link]
|
|
WASHINGTON – Kes pertama wabak mpox (cacar monyet) daripada varian lebih teruk yang dikenali sebagai Clade I dikesan di Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita United Press International (UPI) semalam.
Pegawai-pegawai kesihatan di California mengesahkan bahawa mereka mengenal pasti kes pertama daripada varian itu namun menekankan, risiko kepada orang ramai masih rendah.
Jabatan Kesihatan Awam negeri menyatakan bahawa pihaknya mengesan jangkitan pada individu yang baru-baru ini mengembara ke Afrika.
Ia kemudian disahkan berkaitan dengan strain Clade I mpox yang berterusan di Afrika Tengah dan Timur.
Menurut pegawai, pesakit yang dijangkiti itu telah dirawat di daerah San Mateo dan mengasingkan diri di dalam rumahnya.
“Tiada kebimbangan atau bukti bahawa mpox Clade I sedang merebak antara individu di California atau AS,” kata mereka.
Pegawai-pegawai di negeri itu mengaku bahawa varian mpox Clade I dari segi sejarah telah menyebabkan penyakit yang lebih teruk daripada jenis lain dikenali sebagai Clade II.
Pesakit-pesakit dijangkiti mpox melalui sentuhan dengan luka kulit atau cecair badan haiwan liar yang dijangkiti di Afrika (hidup atau mati) atau manusia.
Pada kebiasaan, gejala-gejalanya adalah demam, ruam, sakit kepala, sakit otot dan nodus limfa yang bengkak. – AGENSI
Sumber - KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
| |
|