View: 30692|Reply: 65
|
[Tempatan]
'Harga beg tangan dia sama harga rumah untuk orang miskin' – Asyraf Wajdi
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 5-11-2024 09:01 AM
Oleh KOSMO!
4 November 2024
Asyraf Wajdi ketika dibawa melawat sebuah rumah penduduk di Kampung Gerik, Perak kelmarin.
PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengkritik usahawan terkemuka yang menayangkan beg tangan berharga RM30,000 miliknya sedangkan masih terdapat golongan miskin dan daif memerlukan bantuan.
Beliau dalam satu hantaran di Facebook mempersoalkan apakah tiada perasaan bersalah pada usahawan itu memakai beg berjenama yang harganya menyamai sebuah rumah untuk golongan miskin dan daif.
“Tidakkah ada sekelumit perasaan rasa bersalah memakai beg berjenama dengan harga yang menyamai sebuah rumah untuk bantu bina atau baiki rumah orang miskin dan daif, yang masih banyak di kampung-kampung pedalaman?,” katanya hari ini.
Beliau namun tidak menyatakan usahawan terkemuka yang dimaksudkan.
Terdahulu, Asyraf Wajdi memaklumkan, kelmarin beliau dibawa melawat sebuah rumah tinggalan pusaka keluarga yang didiami dua beradik yang sudah berkeluarga di Kampung Gerik.
Menurutnya, beliau berasa amat tersentuh melihat kedaifan rumah tersebut bagaikan rumah dulu-dulu dalam filem seniman agung, Allahyarhan Tan Sri P. Ramlee.
“Kebetulan pula baru tengok dalam TikTok (fyp) koleksi beg-beg berjenama seorang usahawan terkemuka yang ditayangkan sehingga ada jenama Hermes yang bernilai RM30,000 satu beg,” katanya.
Katanya, beliau kemudian menghantar mesej kepada Timbalan KSU Pembangunan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sekiranya masih ada baki peruntukan untuk nembantu membaiki rumah warga miskin di Kampung Gerik itu.
“Alhamdulillah, beliau terus jawab untuk saya beri maklumat penuh untuk dibantu segera. Insya-Allah akan cuba dibantu dalam masa terdekat.
“Moga Allah permudahkan urusan kita semua untuk sentiasa membantu yang memerlukan. Sesungguhnya pada harta kita ada hak yang perlu diberikan pada yang memerlukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
30k mna cukup buat sebijik umah |
|
|
|
|
|
|
|
duit dia dari hasil titik peluh dia biar la dia nk beli dan habiskan utk tujuan yg dia suka,
sedangkan org miskin yg baju berlebihan dlm almari pun akan disoal kat sane, |
|
|
|
|
|
|
|
Masa aku handle rumah PPRT kat Selangor tu..dalam RM20 ribu lebih jugak Penaja taja rumah. Tapi tu tahun 2000 an. Ni dengan segala mala barang semua dah naik harga...tak mustahil rumah PPRT pun dah jadi RM50 ribu ke atas.
Kena banyak beramal orang2 yang Allah dah bagi rezeki duit yang berlebih, kuasa untuk menggerakkan agihan duit tu dan kuasa untuk memilih. Bukan semuanya layak dibantu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada bagus juga org dok kecam handbag vivy.
Bagi generasi sekarang lebih peka dan sedar. Kita bukan sentiasa di atas. Nak berniaga, berniaga. Cari duit cari duit. Tak perlu nak tayang semua benda koleksi terpaling mahal. Cukup lah kes rosmah dulu. Vivy dah jadi kes rosmah 2.0 |
|
|
|
|
|
|
|
nak berniaga, jangan pakai duit rakyat, tu je |
|
|
|
|
|
|
|
Abahmung replied at 5-11-2024 09:38 AM
rumah Mesra Rakyat kot..
Tak cukup.....dgn kos bahan binaan skrg kurang2 50k tp finishing hauk cement render, pintu flush door, dinding batu block pasir, jamban cangkung, tingkap nako boleh la....tu pun rumah 2 bilik |
|
|
|
|
|
|
|
uuuuuuuu
ni otai rumah kerajaan perihatin ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin 30k utk kos baik pulih rumah sedia ada..
tp tak kisah la, janji boleh tunggang kes vivik n her handbags
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 5-11-2024 06:07 PM
Yang orang miskin ada je yang beli support produk founder tu
So salahkan juga orang miskin support produk orang kaya tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jari10 at 5-11-2024 12:00 PM
Firenzza replied at 5-11-2024 11:25 AM
Tak cukup.....dgn kos bahan binaan skrg kurang2 50k tp finishing hauk cement render, pintu flush d ...
Rumah 3 bilik
Semenanjung RM66k
Swak/Sabah RM79k
Kos bantuan bina rumah baharu |
|
|
|
|
|
|
|
jari10 replied at 5-11-2024 11:59 AM
Rumah 3 bilik
Semenanjung RM66k
Swak/Sabah RM79k
Kannnn........kena jual 3 bijik Hermes la baru dpt sebijik umah |
|
|
|
|
|
|
|
time bini bossku
tak berkutip |
|
|
|
|
|
|
|
nerdy69 replied at 5-11-2024 09:44 AM
Menunggang isu....
Ye la kan. Angle ni pulak yg dia dok rintih. Isu ni bukan soal sampai hati ke tidak beli barang mahal. Kalau mmg berduit, pakai la apa pun. Isu dia sama ada terdapat unsur seleweng ke salah guna kuasa ke rasuah ke. Penunggang ni kalau check rumah dia pun haruslah rumah yang ok dan bukan rumah berharga 30k yg dia dok ratib tu. Takkan kita bising kata rumah dia kalau jual boleh bina banyak rumah 30k tu? Dah dia mampu, duduk la rumah yang selesa. |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan dia mengata FLOM |
|
|
|
|
|
|
|
Menghargai usaha Datuk Dr. Asyraf Wajdi dalam mencari bantuan untuk membaiki rumah warga miskin di Kampung Gerik. Ini menunjukkan tindakan proaktif yang patut dicontohi oleh pemimpin lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
|